Friday, September 3, 2010

Pertama Kali

Salam di pagi Jumaat nan mulia..

Ermmm.... ni la pertama kali bg Ramadhan tahun ni, K.Nor sekeluarga berbuka kat luar atau lebih tepat berbuka kat kedai makan. Sebelum ni berbuka gak 4x kat luar tu pun kerana kenduri tahlil tempohari. Semalam terasa penat sgt2. Dah keluarkan pun bahan2 basah utk dimasak tp lepas solat Asar terasa berat jer nak masuk opis. Bila beritau cik abg, dia pun ajak berbuka kat luar.. Alhamdulillah... lega .. :)

Sebenarnya pd hari Rabu 1 Sept. baru2 ni mak sdara suami K.Nor meninggal di Hospital Sultanah Nur Zahirah akibat penyakit kanser lebih kurang pukul 6.25 ptg. Setelah bertarung derita selama 4 bulan dgn 3 bulan terakhir berkampung di hospital, akhirnya arwah pergi juga. Arwah ni rapat dgn suami K.Nor dr kecil lg dan juga rapat dgn K.Nor sejak K.Nor awal perkahwinan K.Nor dgn suami dulu. Tengahari Rabu tu K.Nor dan suami sempat ziarah arwah kat hospital tp dah ternampak cam arwah dah tak dpt bertahan lama. Tekanan darah dah semakin menurun dan tanda2 lain pun dah makin muncul..

Masa duk sibuk menyediakan juadah berbuka ptg tu dpt panggilan yg arwah dah dijemput mengadap Ilahi.. Innalillah..... Awal pg smlm K.Nor seharian di rumah arwah di Kg Wakaf Tengah. Hampir masuk waktu tengahari, jenazah dibawa ke tanah perkuburan Sheikh Ibrahim dan disemadikan disisi kubur arwah Che' (kakak arwah yg juga ibu suami K.Nor), kubur arwah Che' Su (adik perempuan arwah) dan kubur wan (emak arwah yg juga nenek kepada suami K.Nor) Semuanya dikuburkan bersebelahan antara satu sama lain.

Balik rumah terasa letih sgt2, tambah lagi matahari begitu terik akhir2 ni. Lepas solat terus tumbang cam tak nak celik langsung mata ni. Tu yg rasa tak larat sgt nak masak smlm. Jom la layan mata tengok apa yg kita org order utk berbuka smlm.. Opss.. kita org berbuka kat T-Cafe, bersebelahan dgn Giant. Tak kose nak g jauh2.. lg pun nak acu try test kedai makan baru tu gak. Alhamdulillah.. makanannya boleh tahan gak la.. tak la terlampau sedap tp boleh la.. cuma service jer kureng memuaskan. Nak buat camna, semua makan serentak kan.. tu yg kelam kabut sket delivery dia org ni..

Laksa Penang utk anak dara


Nasi Ayam Luqman


Char Kue Tiaw si emak


Mee Hot Plate si ayah


Minuman tak sempat nak snap sbb sampai betul2 dkt  bedil nak berbunyi :)

Apa kata anak2??... lebih syok berbuka kat rumah, tak kelam kabut.. makanan lg best.. yer la tu anak2ku  hehe