Semalam mesti ramai yg mengukis kan sempena cuti hari Merdeka. K.Nor pun tak lepaskan peluang gak, sbb assistant ada kan.. hehe Buat tart ni mana boleh wat sorang2.. pingsan wooo.. mana nak masak lg.. ni pun buat dlm kepala yg tak ok 100%. Tak per.. sabo..
Dah lama aim nak buat Tart Blueberry ni. Sebelum puasa aritu ada sembang dgn Fiza DJ Kelantan FM tu. Kebetulan dia tanya camna nak buat Tart Blueberry ni dan dia mintak resipi. K.Nor mmg tak ada resipi khusus utk Tart Blueberry dan K.Nor cadang nak buat dgn menggunakan resipi Tart Nenas yg K.Nor ada ni. Pastu ajar la dia ejjas situ sini utk hasilkan Tart Blueberry. Alhamdulillah.. menjadi katanya.. Jadi utk Tart Blueberry ni K.Nor guna resipi yg sama gak dgn menambah perisa/esen blueberry dan juga pewarna purple. Intinya pulak K.Nor guna jem blueberry yg dibeli kat kedai baking. Kalau sesiapa nak cuba Tart Blueberry dan tak ada inti/jem blueberry, boleh guna inti nenas dan blendkan blueberry filling. Pastu masakkan balik atas dapur hingga pekat. Ni mengikut apa yg diajar oleh sifu kukis & kek lapis Nina Sweetlily.. Tq Nina :)
Jom tengok resipi Tart Blueberry..
TART BLUEBERRY
250gm butter
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi
1 bj kuning telur
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 1/4 cawan tepung gandum
inti blueberry secukupnya
1 sudu teh perisa/esen blueberry
pewarna purple (lebih kurang 1 sudu teh)
** bila ditambah esen dan pewarna ni, adunan jadi lembik sket
so tambah la tepung ya.. lebih kurang 1/4 - 1/3 cawan tpg gandum
hiasan:
1bj kuning telur
1 titik pewarna kuning
1 sudu air
Bancuh ketiga2 bahan ni hingga sebati.
Cara2:
Ayak ke tiga2 tepung.
Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
Masukkan minyak sapi, kuning telur, garam, esen blueberry dan pewarna purple.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
Perap sebentar (arahan tuan resipi asal ya..) supaya doh mesra.
Buat la cam biasa (dr start picit doh kat acu tart tu, letak inti yg digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )
Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C.
Angkat dan sejukkan atas redai/rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.
versi dlm papercup