Tak mau pot pet banyak2.. ada benda nak ku godek kat dapur.. Layan aje menu lunch arini ya... Ayam Goreng Herba, resipi yg diambil dr rumah Suzi dan dah ada ditayang kat rumah Hana. Td Mas pun nampaknya buat menu ni gak kan :) Cam biasa diderhakakan sket. K.Nor tambah cili padi utk beri rasa pedas2 sket dan tambah perahan jus limau nipis bila masakan dah hampir kering utk menambah keenakkan pd masakan ni. Pastu ikut gak stail mek Jepun tambah daun kari sket :)
Mintak izin ya Suzi, nak share resipi tu kat sini lak ya.. Maceh :)
AYAM GORENG HERBA
sumber: Suzi
sumber: Ina@Hana
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil
sedikit serbuk kunyit dan garam
Bahan tumis:
3 ulas bawang merah india*
2 ulas bawang putih*
1 batang serai*
2 sm halia*
1 sudu teh jintan manis*
1 sudu serbuk kari - takde dalam resepi asal.
Garam dan gula secukup rasa
Minyakk masak secukupnya.
cili padi ~ dihiris (ni k.nor tambah)
1 sudu besar jus limau nipis ~ juga k.nor tambah
bahan *----> dikisar.
Cara Memasak:
Gaul ayam dan sedikit kunyit dan garam.( dalam resepi asal tak gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kunyit hidup dikisar dan letak semasa menumis).
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separa masak. Angkat dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumis/kisar hingga naik baunya./
Kemudian masukkan ayam dan biarkan hingga sebati.
Perasakan dengan garam dan gula.
Angkat dan hidang.
updated:
lupa nak mention, k.nor tambah 2btg serai yg dihiris halus dan ditumis sekali dgn bahan2 tumis.. lg syok bila ada extra serai gitu :)