Menu ulang tayang, kes nak perhabiskan stok udang geragau. Beli sepeket jer tp boleh buat 2x cucur udang ni. Kalau dulu2 suka tumbuk udang geragau ni utk dijadikan sambal belacan, letak buah mangga sket.. pergghhhh sedap woo makan nasi panas2 dgn kuah singgang, ikan panggang dan ulam2an.. Ulam wajib tau.. Skrg ni dah kadang2 sgt jer buat sambal belacan. Cik abg lak mmg tak leh mkn sgt gak, takut bp naik. K.Nor ni dah alergic dgn belacan. Kalau makan sket jer walau yg duk dlm lauk, gerenti sportlight memancar dgn terang benderang keesokkan hari tu. Cam lampu kat stadium jer haha... Tak kose dah nak biar sportlight kluar pastu dgn hidung yg gatal2.. ermmm... tak per la tak makan sambal belacan pun... sbb dulu2 duk makan sokmo doh.. Hari2 wajib tumbuk sambal belacan, kalau kenduri kendara kat rumah famili terdekat cik abg dah jdi tugas K.Nor tukang buat sambal belacan.. opsss... buat U-turn la ya.. jauh dah pergi nih...
Masih menggunakan resipi Cucur Udang Geragau Che Mat. K.Nor letak 1/2 jer sukatan udang tu sbb Luqman cerewet sket. Yg dulu buat dia dah tanya, mak letak udang ke. K.Nor jawab tak.. heheh tak per la kan, tipu sunat kalau kata ya, mmg dia tak makan. Hari tu dia makan banyak sgt, tak sangka gak dia suka. Yg buat ni pun dia makan banyak padahal masa dia masuk dapur kebetulan K.Nor sedang masukkan udang geragau tu dlm bekas adunan. Bila dah direndam dan di ramas2 buang air, udang tu dah tak nampak rupa udang. Dia pulak cakap... oooo mak letak ikan bilis ek.. K.Nor cuma kata ermmm... hihihi... sori la ya anakku, terpaksa cakap gitu, kang adik tak makan..
Mintak izin ya Che Mat, K.Nor nak c&p sekali lg resipi tu kat sini. Insyaallah lepas ni akan buat lagi dan lagi.. Mekacih ya.. :)
CUCUR UDANG GERAGAU by CMGebu
BAHAN-BAHANNYA :-)
70 g udang geragau kering (kalau yang segar, guna 150 g)
1 biji bawang besar, didadu
1 biji kentang, didadu kecil2
1 biji cili hijau hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
3 tangkai daun sup, hiris
3/4 camca teh garam
1 camca teh baking powder ~ k.nor gantikan dgn 1 sk yis
2 cawan tepung gandum
1 3/4 - 2 cawan air suam (kurang lebih)
Sos cili, sebagai pencicah
CARA MEMBUATNYA :-)
- Udang geragau direndam, cedok udang yang timbul dan asingkan dalam bekas lain, rendam lagi sekali dengan air yang baru. Ini kerana udang geragau kering dikhuatiri mengandungi pasir2 halus, jadi bila rendam pasir dia jatuh ke bawah, kalau guna yang segar, buang kotoran, cuci dan toskan.
- Dalam satu bekas, masukkan udang geragau tadi (toskan dahulu), bawang besar, cili hijau/merah, daun sup, kentang, kentang dan garam. Gaul rata.
- Masukkan tepung dan baking powder, kacau rata dan tuang air suam tadi sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang sempurna (tidak terlalu cair), kiranya boleh di"jemput" dengan tangan untuk dibuat cekodok.
- Goreng dalam minyak sederhana panas dengan kaedah mencedok dengan sudu atau men"jemput" dengan tangan, pastikan anda basahkan hujung jari sebelum men"jemput" adunan tadi. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan letak atas paper towel. Hidangkan bersama sos cili....