Friday, October 8, 2010

Cucur Udang Geragau

Haaaaaa... akhirnya tercapai gak hajat nak buat Cucur Udang Geragau ni!! Punya la lama beli udang geragau kering tu. Jadi bahan pameran jer dlm gobok kat dapur. Pernah dah salin resipi cucur ni dulu, pastu dlm duk berkira2 nak bancuh adunan cucur tu... aik.. simpan balik. Tak jadi buat takut tak memenuhi selera anak tekak. Terutamanya anak tekak Luqman tu.

Pastu tadi nampak la Cik Puan Ayu S'pore tayang cucur udang geragau dia. Haihhh tak leh jadi, kena buat gak cucur ni. Nekad dah, kut mana2 pong kena bancuh gak arini. Bila dah bancuh, pastu goreng.. fuhhhh wangi jer bau......... nyummm... nyummmm... enak bangat!! Yg paling best Luqman makan banyak gak tuh... haha.. tu la kan, tak sangka pong. Ingatkan dia tak suka rupanya ermmmm... banyak pulak dia makan td tu. Insyaallah lepas ni boleh dibuat lagi dan lagi dan lagi.. 


Cucur Udang Geragau ni resipinya hasil sang teruna Sedenak nun, yg bersilat sakan kat dapur sepanjang Syawal ni. Memang tabik sungguh kat Che Mat ni, rajin betul dia main masak2 kat dapur melayan tetamu yg bertandang, beraya kat rumahnya.. Alhamdulillah kan Che Mat, tetamu membawa rezeki dan rahmat masuk rumah .. insyaallah.. Mintak izin ya Che Mat, K.Nor nak share lak resipi tu kat sini.. Opss lupa, derhaka sket. Skeeeeeet jer, K.Nor gantikan baking powder dgn yis.. Utk hasilkan cucur yg lebih kembung dan lembut. Tq ya Che Mat :)



CUCUR UDANG GERAGAU by CMGebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
70 g udang geragau kering (kalau yang segar, guna 150 g)
1 biji bawang besar, didadu
1 biji kentang, didadu kecil2
1 biji cili hijau hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
3 tangkai daun sup, hiris
3/4 camca teh garam
1 camca teh baking powder ~ k.nor gantikan dgn 1 sk yis
2 cawan tepung gandum
1 3/4 - 2 cawan air suam (kurang lebih)
Sos cili, sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
Udang geragau direndam, cedok udang yang timbul dan asingkan dalam bekas lain, rendam lagi sekali dengan air yang baru. Ini kerana udang geragau kering dikhuatiri mengandungi pasir2 halus, jadi bila rendam pasir dia jatuh ke bawah, kalau guna yang segar, buang kotoran, cuci dan toskan.
Dalam satu bekas, masukkan udang geragau tadi (toskan dahulu), bawang besar, cili hijau/merah, daun sup, kentang, kentang dan garam. Gaul rata.
Masukkan tepung dan baking powder, kacau rata dan tuang air suam tadi sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang sempurna (tidak terlalu cair), kiranya boleh di"jemput" dengan tangan untuk dibuat cekodok.
Goreng dalam minyak sederhana panas dengan kaedah mencedok dengan sudu atau men"jemput" dengan tangan, pastikan anda basahkan hujung jari sebelum men"jemput" adunan tadi. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan letak atas paper towel. Hidangkan bersama sos cili....

psst!! kalau nak tau, awal bulan 5 K.Nor save resipi ni kat draft dan hari ni 8/10/10 baru la buat.. haha lama betul ku peram resipi Che Mat nih.. Sib baik tak jd pekasam  ^___^