Friday, October 1, 2010

Gambar Raya ~ edisi terlewat

Memang terlewat kan. Org lain dah laaaaaaaaaaaaaaaaama tayang tp K.Nor baru jer nak tayang nih. Mostly kes terlupa nak letak tp bila sekali teringat tu rasa malesssssss la pulak nak letak. Sebab tahun ni tak beraya mana pun. Mood beraya kureng sket tahun ni. Mungkin gak sbb tak cukup ahli sorang tu yg kureng sket mood nak beraya apatah lg mood nak tayang gambo raya. Tapi masa duk sembang2 dgn K.Hanieliza baru2 ni (dia cakap dia sendiri pun belum tayang lg gambo raya.. K.Liza tu yer la.. bz like a bee tuh hehe) dia suruh gak K.Nor tayang walaupun org lain dah berzaman duk tayang. K.Liza kata tak per, gambar tak basi, mesti ada lg yg sudi tengok. Lagi pun Syawal masih berbaki lg sket nih, kan. Meh la nak tayang walau tak banyak mana yg sempat di shoot. Sekurang2nya utk dijadikan kenangan buat anak2 cucu.. hehe cucu!! Along... duk diam2, wat balik ijazah dulu pastu kerja dan kumpul duit dulu ya............. hehehe...

Tema tahun ni.... Hijau .. hijau apa ni ya.. rasanya bukan hijau lumut, jauh sekali dr hijau pucuk pisang.. tapi... Hijau Kecoklatan...





Selepas solat raya kat Masjid Putih, terus balik rumah. Tak sempat nak gi ziarah kubur arwah mak, tokki & nenek K.Nor serta  kubur arwah mak, mak sdara, dan nenek suami disebabkan hujan yg turun dr awal pagi. Balik rumah terus terpa ke PC sbb dah janji dgn buah hati nak OL. Tunggu punya tunggu buah hati tertidur la pulak. Katanya dia berjaga hingga lewat mlm tu sbb duk masak juadah raya bersama housematenya. Last2 K.Nor sms kat dia baru dia terkejut dr tidur.. hehe.. apa la punya si emak ni kan.. Tapi dah rindu nak sembang, nak tatap wajah buah hati di pagi raya, tak pedulii dah semua tu. Alhamdulillah.. dgn mata yg masih kuyu dia melayan kita org di pagi nan penuh syahdu. Sedih tau tak dpt beraya dgn kesemua anak2 ni. Tapi demi masa depan dia org terpaksa la tabahkan hati. Tak per la, tak lama lg insyaallah 2 tahun lagi tamat la pengajian buah hati tu kat Jordan.

Ni saja la pengubat rindu hati seorang ibu, bersembang cara live dgn anakanda terutamanya di pagi raya. Melalui webcam kat skype. Guna skype lebih cantik gambar dia dari guna yg YM. Mutu gambar pun tak tersekat2. Dengan cara ni la dpt mendekatkan jarak yg jauh beribu2 batu. Cuma tak dpt memegang dan tak dpt memeluk dia jer.. hu hu.. rindu tau... :(  Hanya yg berada dlm situasi yg sama jer dpt rasa apa yg K.Nor rasa ni. Kalau setakat anak study kat dlm negara, anytime boleh balik, kan. Raya2 pun boleh balik. Ni duk nun jauh, dah la tambang lebih dr 3K sekali gi dan balik.. tak cam yg duk India cam anak K.Ina KL tu. Murah jer rasanya tambang Air Asia dr India ke M'sia kan.. Sabo aje la.... 


Anak ku yg kebetulan berbaju hijau gak masa tu.. hehe