f Secubit Garam: Jom Ke Bali :)

Tuesday, October 5, 2010

Jom Ke Bali :)

Ada sapa2 nak itut g Bali tak? Meh ler tp tiket flight, hotel dan makan2 semua sendirian berhad yg tanggung ya.. Kalau nak suruh K.Nor tanggung boleh.. tunggu dpt BE manjang, pastu tunggu earning ribu raban tiap2 bulan.. haha.. yer la tu.. org kata tunggu kucing bertanduk dulu kut.. eh bukan ke dah ada kucing yg bertanduk? ermmm tak pasti la.. sekarnag ni dah banyak perumpamaan dolu2 yg dah tak boleh diguna pakai spt takkan pisang berbuah dua kali sbb dah ada pokok pisang yg berbuah 2x kan.. Pernah terbaca kes ni sebelum ni..

Ok lah... tak yah nak berangan la nak gi Bali tu.. baik gi umrah dulu kan.. lagi best. Sebab tak dapat ke Bali meh kita makan lauk ada kaitan dgn Bali gak nih. Tak tau la menu ni berasal dr Bali atau tidak tp K.Nor ambil kat satu blog yg baru jer K.Nor kenali 2 - 3 hari lepas. Kalau tak silap tuan empunya blog Oh Malaysia ni asal dr Kg Mengabang Lekor, Batu Rakit. Tempat kopok lekor banyak tu....Sekarang Amir Said dah jd org Kemaman. Sorang anak muda yg rajin masak tu.. dia duk kat Aussie. Kalau tak silap kat Adelaide kan? Anak sdara saya ada sorang kat Adelaide, baru jer gi sana this year. Juga study dlm bidang farmasi tp tak pasti la kat U mana.


Jom kita tengok resipi Ayam Masak Bali by Amir Said. Tak tau rasa camna sbb tukang masak tak leh nak merasa lagi.. :) Tapi kalau ikutkan dr bau masa goreng ayam tu, mmg wangi jer. Insyaallah sedap la tu .. Amir, saya edit sket bahan2 dan cara memasak ya  yg kaler hijau tu) dan mekasih ya kerana sudi berkongsi resipi.


AYAM MASAK BALI Oh Malaysia
resipi/sumber: Amir Said Oh Malaysia

Bahan-bahan
Ayam ~ k.nor guna 1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar / 6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 sudu serbuk kunyit ~ k.nor guna 1in kunyit hidup
1 sudu kecil ketumbar (coriander powder)
1 sudu kecil jintan manis (aniseed)
1 sudu kecik jintan kasar (ground fennel seed)
3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
Kicap pekat ~ k.nor letak 1 sudu besar
Cili kering ~ k.nor letak 2 sb cili mesin
1 tangkai daun kari
3-4 helai daun limau purut
Asam keping
Minyak masak
Garam
Gula



Cara-cara
Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.
Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.
Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.


* * Kaedah K.Nor:
Setelah ayam digoreng 3/4 masak, angkat dan ketepikan.
Pastu tumis semua bahan2 perapan hingga kering dan masukkan sedikit air dan masak lagi hingga pecah minyak.
Pastu boleh la diteruskan kaedah berikutnya spt dlm resipi.