f Secubit Garam: Kek Gula Hangus

Wednesday, October 20, 2010

Kek Gula Hangus

Lama betul tak buat kek ni. Walhal kek ni la yg selalu duk buat masa dolu2, masa zaman anak dara lg. Ni la kek wajib tiap2 kali raya. Zaman dulu2 bukan cam zaman skrg. Nak makan kek? Anytime boleh makan, rasa berkenan jer dgn show org lain atau time angin rajin bertiup dan bila lihat bahan2 cukup terus masuk dapur dan godek kek. Kejap jer dah boleh makan. Tapiiiiiiiiiiiii kalau dulu2 gak, tunggu raya jer baru boleh makan kek. Kalau tak raya jawab dia tak yah berangan nak makan kek. Tak tau la kat rumah org lain. Mungkin tak kut.


K.Nor mmg suka dgn kek gula hangus ni. Kalau ikutkan nama dia dulu2 kek span. Skrg ni org dah tak panggil kek span tp kek gula hangus atau kek sarang semut. Resipi asal kek ni adalah milik arwah emak K.Nor. K.Nor simpan sampai la ni. Memang sayang dgn resipi ni. Dulu2 kalau org mintak rasa sayang jer nk bagi. Bukan kedekut tp kes sayang pd arwah buat K.Nor sayang pd harta atau koleksinya. Tapi bg gak kalau org mintak. Tak pernah tak bg pun.. Cuma sedih jer bila terkenang kat arwah. Skrg ni dah tak kisah, bukan tak sayang tp bila fikirkan balik.. kalau kita panjang2kan ilmu nanti ilmu tu akan bertambah berkat. Secara tak langsung juga boleh memberi manafaat atau saham buat arwah di akhirat nanti.. insyaallah..

Datang seru nak buat kek ni bila Che Mat duk tayang kek yg dibuatnya baru2 ni tak berapa nak berlubang. Terus teringat resipi arwah emak ni dan nak cuba tengok camna hasilnya setelah lebih dr 15 tahun tak buat hehe.. Alhamdulilllah.. menjadi walau tak seberapa cantik lubang2nya. Tak banyak sgt lubang yg terhasil dan tak besar sangat spt yg pernah K.Nor buat dulu2. Tak per la.. asal tak bantat dah.. kan hehe

Di sini K.Nor nak kongsikan resipi arwah emak K.Nor ni dlm versi asal dan juga versi yg diedit sket sbb K.Nor tak nak buat banyak2 sgt (anak2 K.Nor tak berapa suka kek ni, jd tak nak la buat banyak2). Versi asal ni guna banyak telur dan kalau ikutkan resipi asal gak, emak K.Nor guna buttercup yg dlm tin paling kecik tu (250gm). Dia tebuk tin dan cairkan terus butter dlm tin tu. Nak buat kek ni pun senang tak perlu guna mixer. Just guna spatula atau skrg ni dah ada handwisk, lebih mudahkan kerja membancuh. Tp jgn over beat ya. Sekadar sebatikan aje. Jom kita tengok resipinya..


KEK GULA HANGUS
(resipi asal arwah emak K.Nor)

1 tin kecil butter (250gm) ~ boleh gunakan 1 ketul/bar butter
12 bj telur ayam
1/2 cawan susu pekat manis
4 cawan gula
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum ~ ayak
4 sudu kecil soda bikarbonat

Cairkan butter dan biarkan sejuk.
Goreng gula hingga hancur dan masukkan 2 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.
Telur dikacau hingga cair (jgn dipukul) dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.
Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan gula hangus kedalam adunan telur.
Kacau hingga sebati dan tapiskan.
Tuang ke dalam loyang (7" x 7") yg dah digriskan dan dialas dgn baking paper.
Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak)
Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 - 180C lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.

* perlu hati2 masa menuang air kedalam gula yg tengah panas dan masa mengacaunya ya.. bubbling tu boleh mencederakan kalau tak berhati2..

Yg ni versi K.Nor yg dah diedit sbb nak buat dlm portion yg sikit. Hasilnya spt dlm gambar kat atas tu..

125gm butter
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 1/4 cawan gula
2 sudu kecil soda bikarbonat

updated:
Berdasarkan pd eksperiman yg dah berjaya CMGebu buat, kek ni perlu dibakar dgn menggunakan api bawah sahaja utk tempoh 35 min pertama, lepas tu baru la di on kan api atas dan teruskan proses membakar lebih kurang 10 min lagi ya. Test dgn lidi, utk pastikan kek telah pun cukup masak. Suhu yg digunakan 165 - 175C.