Monday, October 18, 2010

Menu @ Gader 16 Okt 2010

Masa tanya Ben aritu pukul berapa flight PIL dia nak depart, dia kata pkl 3 ptg. Jd K.Nor target insyaallah Ben dan Zila akan singgah rumah lepas settle semua urusan kat airport la kan. Lebih kurang pkl 4 gak la mungkin Ben akan sampai rumah K.Nor. Kiranya tea time dah tu, so tak pikir dah menu lunch. Terus teringat makanan kegemaran Ben, Cucur Udang! Ok masuk list.. Pastu plan buat yg simple2 jer sebagai tambahan, Mihun Soto dan dessert sket. Mulanya plan nak beli limau, potong dan serve gitu jer tp mlm tu dtg idea lain... Tak jd la nak serve gitu jer limau.. hehe...

Ok ni jer la juadah yg sempat K.Nor siapkan. Kalau ikutkan hati nak buat Muffin Roselle sbb semua bahan2 dah ada. Tapi dek kerana kekurangan assistant (anak dara ke sekolah kes ada kelas tambahan) tak sempat lak nak godek muffin. Tp nasib baik gak tak buat sbb Waniey dtg bawak kek coklat dan keropok lekor. Alhamdulillah.. banyak rezeki aritu.. Gambar minuman jer lupa nak snap. K.Nor hidangkan jus roselle.. homemade jus ya.. :) Jom cuci mata dgn hidangan tak seberapa dr tuan rumah. 

 Mihun Soto

Begedil 

 Cucur Udang

Fruit Jelly... yg jd tumpuan tetamu hehe

**Opss.. lupa nak cakap. Ben, Zila thanks ya sbb bg buah2an tu.. Manis buah dokong tu.. best :)