f Secubit Garam: Puding Laici jugak!! ^___^

Thursday, October 7, 2010

Puding Laici jugak!! ^___^

Semalam masa duk meronda2 kejap dr satu blog ke satu blog, ternampak kat rumah Ummi Kuantan (yg sedang meraikan besday dia hari ni), baru jer tayang Puding Laici. Bila baca rupa2nya Ummi pun buat resipi Puding Laici K.Liza jugak!! Tapi puding Ummi tu versi derhaka sbb resipi asal tu Puding Peach hehehe.. Disebabkan tak ada peach Ummi tukar guna laici, jadi la Puding Laici.. kan Ummi kan.. ^___^


Resipi Puding Laici yg K.Nor guna ni pun asalnya dr K.Liza tp K.Nor tak amik dr buku masakan K.Liza sebaliknya amik kat blog K.Liza. Sebenarnya kan, dah laaaaaaaaama benar K.Nor ngidam nak makan puding laici. Aritu dah sembang dgn K.Liza tanya sukatan gelas yg dia gunakan dlm resipi Puding Laici ni. K.Nor ni kompius sket kalau org main sukat guna gelas sbb gelas kan ada mcm2 saiz. Lain la kalau guna sukatan cawan metrik, standard semua kan. Rasanya dah lebih dr 2 minggu kut K.Nor tanya K.Liza hal ni, kan K.Liza.. sebelum kes kena serang malware aritu lg kan.. hehe

Bila nak buat puding ni smlm, K.Nor guna sukatan cawan metrik. Mudah nak ingat bila nak buat lak lain kali. Kurang2nya boleh jdkan panduan utk org lain yg nak cuba gak kan.. Alhamdulillah... walau di ejjas sket sukatan air tu, puding ni turns out very2 good, tak lembik dan tak keras cam agar2.. sedang elok jer. opss lupa, sukatan gula tu K.Nor dah reduce sket sbb rasa cam manis jer bila digabungkan dgn air laici yg dlm tin tu. Nanti K.Nor letak sukatan yg K.Nor guna kat bawah resipi asal dr K.Liza ok.. Ikut la nak cuba yg mana satu, tepuk dada tanya selera ... Apapun, mekasih buat K.Liza yg dah share resipi dan kongsi ilmu dia. Memang dah lama duk mencari resipi puding laici yg mudah dan simple nak buat.. dan outcome nya.. mabeles! Menepati piawaian K.Nor dan famili.. 2 thumbs up utk resipi ni.. Mintak izin ya K.Liza nak share resipi tu kat sini.. Tq..



PUDING LAICI by K.Liza

Bahan
10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]
6 gelas air
11/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin laici dlam tin... [mesin sikit]]
1 tin laici [untuk hiasan]

Cara:
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
5. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.

NOTA
Puding laici ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk mmemakannya.....



Yg ni sukatan yg K.Nor buat, cara2 masak tu K.Nor ikut cam yg dlm resipi K.Liza

1 paket agar2 serbuk  (10gm)
5 cawan air ~ cawan metrik
8 sudu besar gula ~ lebih kurang 3/4 cawan metrik
1 tin susu cair
1 tin laici ~ dimesin/blend dgn 1 cawan air laici dlm tin
1 helai daun pandan ~ ni k.nor tambah

1. blend laici dgn 1 cawan air laici. Blend kejap jer jgn sampai lumat/halus.
2. lebihan air laici tu K.Nor jadikan kuah masa makan puding tu (sejukkan dulu utk dptkan rasa yg lebih nyaman masa makan hehe)