f Secubit Garam: November 2010

Tuesday, November 30, 2010

Ayam Panggang Serai

Pagi2 td bukak blog, nampak ada menu baru kat rumah Ina, Ayam Panggang Serai. Nampak menyelerakan jer. Kebetulan mmg plan nak buat ayam versi panggang ni, terus K.Nor copy dan save resipi ni. Ni la menu lunch utk arini. Cam biasa la kalau tak derhaka tak sah kan.. hehe.. K.Nor cuma tambah sos tiram dan sedikit kunyit hidup dlm bahan2 diblend. (nk kasi ayam berseri2 sket..ampun ya Ina.. hehe) Alhamdulillah... sedap rasa ayam ni. Memang boleh buat lg lepas ni, insyaallah..


Ina, izinkan ya nak tempek resipi tu kat sini lak. Halal ya.. :) Tq...

RESEPI AYAM PANGGANG SERAI
By: hanamemories.blogspot.com
Sumber: SecubitGaramNor67

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
*1/2 labu bawang putih
*2 inci halia
*1-2 batang serai
1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
2 sudu besar kicap manis
1-2 sudu makan madu
garam sedikit
lemon
butter - potong kecil @ minyak zaitun
kentang, carrot, bawang besar - potong empat


Cara-cara
Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
Campurkan bahan blend dengan kicap, lada hitam, madu, sedikit garam dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.
Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada carrot, kentang dan juga bawang. Masukkan dalam mangkuk tahan panas. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.
Panaskan oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. dan bakar suhu 180 selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 15-20min jirus2kan air ayam ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.

MengApam Lagi..

Rasanya minggu ni dan minggu lepas demam apam begitu kuat menular kan. Memang sedap layan apam ni, nak2 time hujan2 pastu pekena dgn kopi O panas.. Berketul2 masuk mulut tanpa sedar kan.. heeeee... Sebelum ni duk demam Apam Beras, pastu ada Apam Kentang (haaa... yg ni belum buat lg.. coming soon hehe) Kali ni K.Nor nak sebar virus baru apam, Apam Gula Melaka. Resipi oleh Che'Iza yg tenggelam timbul 'Pangkin'nya tu. Masih main banjir lg ke Iza hehe... Bg K.Nor apam ni sangat2 sedap, dah acapkali K.Nor buat. Aritu dah buat utk majlis kat rumah MIL tp tak sempat nak posing. Maklum ler, sampai2 aje terus potong dan hidang. Kali ni kena posing cukup2, baru leh buat tayangan amal kat sini kan.


Mcm biasa K.Nor mmg suka derhaka sket pd resipi. K.Nor tak guna gula melaka tp guna nisan (haiiip!! bukan batu nisan ya...) Nisan ni atau sebutannya nissan (bukan kereta nissan tau haha) ... sejenis gula cam gula melaka gak tp bentuknya leper. Memang banyak digunakan dlm masakan kuih muih tradisional Tganu. Pastu utk upkan lg kaler Apam ni, K.Nor combinekan dgn gula merah. Sbb tu cantik jer kaler Apam Gula Melaka ku.. ^___^



Ok Iza, K.Nor nak ngopipes resipi tu kat sini ya.. Mudahkan geng2 lain nak rujuk nanti.. Mekasih..

APAM GULA MELAKA by Che'Iza MyR
sumber: SecubitGaramNor67

* 1 cwn air
* 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus ~ k.nor guna campuran nisan & gula merah
* sehelai daun pandan
2 cwn tepung
1 sk dry yeast
3/4 cwn air
3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
secubit garam

Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.

* gula pasir sebanyak 3 sudu dlm adunan tu K.Nor skip sbb dah cukup rasa manis dr nisan dan gula merah.





* sori banyak2 ya.. sbb smlm tu terklik publish sebelum sempat tukar date & time padahal nak buat schedulle post utk pg ni.. dah terkantoi awal2.. sib baik tak letak lg nama apam, tu yg jd apam misteri..^___^


Monday, November 29, 2010

Bebola Tauhu Udang (Ayam)

Resipi asal Bebola Tauhu Ayam by Che Mat Gebu, dah dibuat versi lain iaitu Bebola Tauhu Udang bila sampai ke Bangkok. K.Nor try ni pun versi udang jugak. Sedap! Makan panas2 dgn sos cili thai.. best tau.. 


Mintak izin ya Che Mat nak share resipi tu kat sini dan mekasih jugak buat dik Ijah sbb akak amik resipi tu kat rumah Ijah.. (Lama betul mek ni menyepi...) Tq..


BEBOLA TAUHU UDANG by CMGebu
sumber : Ika

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan isi ayam, kisar halus
1 keping tauhu keras
1 biji bawang besar, dadu kasar dan goreng dengan sedikit mentega, biar sejuk
4 camca besar serbuk roti
1/2 inci halia, parut dan perah jusnya
1 ulas bawang putih, tumbuk lumat
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
1 pokok daun bawang, hiris halus ~ k.nor ganti dgn daun saderi
1 biji cili merah, buang biji, cincang halus


CARA MEMBUATNYA :-)
Lecek tauhu tadi hingga halus, masukkan semua bahan2 diatas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa. Gaul dan perap 15 minit.
Panaskan minyak,biar sederhana panas. Sapu tapak tangan dengan sedikit minyak. ambil 1/2 camca besar adunan dan bulat2kan dengan tangan, masukkan kan ke dalam minyak sederhana panas lagi, buat 8 atau 10 biji bebola.
Goreng hingga kuning, besarkan sedikit api dan terus menggoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan atas paper towel. Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda...

@ Billboard :)

Semasa line tenet 'pitam' ptg semalam, duk la belek2 folder gambar. Belek punya belek terpandang 2 kpg gambar yg dah agak lama ni. Memang dah basi pun tp saja jer la K.Nor tayang kat sini utk dijadikan kenangan buat anak2 K.Nor terutamanya si hero bongsu, Luqman pada masa2 akan datang.


Pada 30 Okt 2010 hari tu, bertempat di Stadium Tertutup telah berlangsung upacara Khatam Quran beramai2 utk pelajar sekolah rendah, anjuran Yayasan Islam Terengganu. (fuhhhh dah sebulan duk terperuk dlm folder... tak per tak berkulat hehe) Luqman pun salah sorang peserta khatam quran pd hari tu. Bila sampai kat simpang traffic light kat stadium tu, K.Nor terpandang billboard yg menayangkan gambar Luqman duk mengaji.. hehehe Terkejut gak sposen, tak sangka gambar dia yg digunakan utk billboard tu. 4 hari sebelum berlangsung acara tu, ada dia beritau kena pakai baju melayu putih sbb ustaz nak amik gambar. Tak tau pulak utk digunakan pd billboard, ingatkan utk simpanan atau kerja2 kat sekolah. Wahhh anak mak dah makin maju nih.. nak setanding dgn Along ya.. Along dulu gambar dia ada di badan bas, poster2 dan macam2 lg utk projek Perpustakaan Awam Terengganu. Yer la, dah si ayah jd graphic designer, amik anak ler yg jd model utk apa2 job yg sesuai dgn usia Along.. Kat paperbag ada, kat iklan houseboat ada.. haaa... yg ni si emak pun ikut join jd model! siap masuk paper dan majalah lg.. haha.. itu memori jaman dulu2..^___^

close up sket..
khatam guna e-book :)


Sunday, November 28, 2010

Keli Masak Sambal

Argghhhh!!! tension betul petang ni gara2 line tenet buat hal. Line talipon rumah pun tak ada langsung. Bila angkat ganggang senyap sepi. Dah report pun tp duk pikir harus esok baru ok kut. Hari pun dah lewat petang mana ada org nak datang baiki line lg petang2 kan. Memang mati kutu ler bila tenet buat hal gini.  Dua tiga kali duk angkat ganggang talipon, still gak sunyi sepi. Last2 dah nak maghrib baru la dengar nada kat talipon tu.. Alhamdulillah.. sib baik dah ok.. legaaaaaa.. hehe


Berbalik pd menu lunch hari ni.. Tak per la kan dah masuk malam pun. Masih ingat dgn Bendi Bersambal yg pernah K.Nor postkan sebelum ni? Dengan sambal tu dah K.Nor buat versi Sosej Bersambal, Terung Bersambal. Hari ni pulak buat Keli Bersambal. Dengan resipi sambal yg sama K.Nor letak atas ikan keli yg dah digoreng. Boleh buat banyak2 sambal tu dan letak dlm freezer. Panaskan balik sambal yg dah di nyah beku dan tuang aje atas ikan keli yg dah digoreng. Kejap aje dah siap satu hidangan. Pastu buat la sikit kuah tumis air kobis ke, bayam ke.. terpulang la pd stok yg ada dlm esbok. Sonang kan :) Tengok kat SINI ya kalau nak reseipi sambal ni.

Apam Beras

Ada 2 nama utk apam ni kan. Ada yg bg nama Apam Beras, ada yg bg nama Apam Salju. Bila google resipi Apam Salju keluar la yg resipi ni asalnya dr K.Liza. Kalau tak silap K.Liza amik kat forum cari.com. Tapi bila check susur galur resipi dr blog ke blog org yg dah buat, resipi ni asalnya diambil kat MyR dgn nama Apam Beras. Penyumbang resipi ialah Cha. Dah K.Nor copy dr Myr, so K.Nor letak nama Apam Beras la ya.. 


Sedap apam ni, anak dara suka sungguh makan. Tp kan, ada kesilapan teknikal sket masa mengadun. Tersilap sukat air sebenarnya.. Dah terlebih la pulak.. Adunan jd terlembik. Masa siap mengadun tu dah perasan kenapa la adunan ni cair jer. Lepas dah cukup masa diperam, K.Nor kukus dulu beberapa biji, hasilnya apam ku lembik tp sedap! hehe.. Masih boleh dingap tau.. tak buang pun. Bila recall balik rasa2 cam dah terlebih letak air la. Pastu tambah tepung dan sedikit yis dan mix semula. Biarkan kejap dan kukus. Alhamdulillah.. menjadi la Apam Beras yg tak seberapa gebu tp tetap lembut dan sedap dimakan. Walau tak perfect, K.Nor tetap puas hati sbb tak la lembik semuanya. Dan tak buang satu pun dlm cik tong.. hehe.. Lain kali nak buat lagi, insyaallah kena sukat betul2.. hehe..

Buat Cha, izinkan K.Nor share kat sini resipi tu utk rujukan di masa akan datang. Mekasih..


APAM BERAS
source: cha myresipi.com

Bahan-bahan
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara
Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
Perap selama 3 jam.
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

RFC!!!

Tau apa RFC? Bukan fan club utk bola atau artis tau. Yg ni yg ditunggu2 selama ni. Kali pertama ke RFC ni 2 tahun lepas, masa tu kat Sg Petani, Kedah. Kali ke 2 masa ke Kota Bharu dlm tahun ni. Memang duk berharap lama dah agar RFC ni masuk K.Trg pulak. Minggu lepas, sesudah abis dating dgn dentist kat Klinik Paya Bunga tu, K.Nor 'jalan2' kejap kat bandar K.Trg. Tak sangka pulak bila lalu jalan belakang Stadium Sultan Ismail ternampak bangunan ni. Wahhhh banyak happy lor.... Alhamdulillah, impian dah jd kenyataan.. Nak tau apa bangunan apa? Nak tau apa RFC tu? Jom layan gambar yg ditembak oleh cik abg K.Nor petang td..

Ni la dia RADIX FRIED CHICKEN


Bangunan ni terletak di belakang Wisma Seri Amar dan Bangunan Yayasan Trg. 
Boleh gak masuk melalui jalan belakang Stadium Sultan Ismail.


Hasil temuramah che abg K.Nor (chewahhhh.. dah jd wartawan td tu.. hehe) dgn pekerja2 Radix yg sedang lepak sekejap kat luar kedai tu, RFC bakal dibuka 30 Nov ni, insyaallah.. Syukur rasanya, akhirnya dpt kembali menikmati ayam goreng dan yg sewaktu dgnnya setelah sekian lama TAK menjadi pelanggan KF* dan Mc*.. alhamdulillah...

Semoga dgn adanya RFC di K.Trg ni akan dijadikan alternatif terbaik buat yg mencari makanan & minuman halalan toyyiba buat ahli keluarga. Dan semoga RFC terus sukses dan penerajunya diberikan limpah rahmat dan keberkatan kerana menyediakan makanan yg halal sepenuhnya buat sesama umat islam.. amiin..

Saturday, November 27, 2010

Honey Sesame Chicken


Dah dua hari tayang menu ikan yer.. Hari ni tayang menu ciken pulak. Honey Sesame Chicken ni dah pernah buat dulu. Resipi amik kat rumah Ina@Hana. Nak resipi? Rajin2kan jari anda klik kat SINI ya.. hehe



** ermmm tak sampai 50 words jer arini ya.. hehehee



Lempeng Pisang Oat

Ada 3 bj pisang termenung atas meja makan. Nak buat apa ya.. Nak buat jemput2 pisang, tak cukup rasanya. Kang banyak tepung tak best, keras! Last2 teringat Ummi Kuantan pernah buat lempeng dgn pisang. Dia campur dgn oat. Pastu teringat pulak Che Mat pun ada buat gak versi derhaka dia.. derhaka baek punya tak per kan.. ehehe ampun Che Mat. Selongkar dapur Che Mat, salin resipi terus masuk dapur. Masa bancuh mmg ikut betul2 resipi, tak derhaka pun. Masa masak tu nampak cam lembik jer, payah nak balikkan. Last2 kena gak derhaka sket, K.Nor tambah 2 sudu besar tepung. Pastu mudah jer nak balikkan dan tak menjejaskan rasa lempeng tu. Sgt2 sedap! Tak terasa langsung oat kat dlm tu. K.Nor tak masukkan sedikit pun gula sbb pisang yg digunakan adalah pisang yg dah masak ranum. Dah cukup manis rasa lempeng tu dan masa makan pun, makan gitu jer. Memang lepas ni boleh dibuat lagi dan lagi nampaknya. Mudah aje penyediaannya dan hasilnya sangat2 sedap!.. erkk dah berapa kali ulang ayat sangat2 sedap nih! hehe


Makan lempeng ni bagus tau, sbb ada oats dlm tu yg bagus utk mengurangkan paras kolestrol dan juga sebab nanti akan mudah nak 'membuang' hehe.. Tp pada yg ada penyakit kencing manis tu takleh la amalkan sgt sbb pisang tak berapa elok utk pesakit gini. 

Pada Ummi dan Che Mat yg share resipi ni, mekasih ya.. Cam biasa nak panjang2kan resipi tu kat sini pulak utk mudahkan rujukan di lain waktu. Tq ya..


LEMPENG PISANG OAT
sumber: CMGebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram pisang, dilecek halus
200 ml susu segar (mat guna 100 ml susu sejat + 100 ml air)
1 cawan quaker oats
3/4 camca teh baking powder (mat tambah)
Sedikit gula jika perlu (mat tak letak)
Garam secukup rasa
Madu, untuk hiasan
Mentega, untuk hiasan
2 sudu besar tepung ~ ni k.nor tambah





CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan semua bahan2 di atas kecuali madu, mentega dan garam. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa. Rehatkan bancuhan tadi selama 5 mini, tujuan biar ianya menjadi pekat sedikit.
Lenser kuali non-stick dengan sedikit minyak (mat guna paper towel bersih, celup sedikit dalam minyak dan sapu atas kuali), panaskan dengan api sederhana.
Sendukkan bancuhan tadi ke dalam kuali dan leper2 kan sedikit. Tutup permukaanya, selepas 1 - 2 minit, buka dan jika permukaan kelihatan berlubang2, boleh terbalikkan lempeng. Masak sekejap lagi. Angkat dan buat kaedah yang sama untuk baki bancuhan.
Hidangkan bersama mentega dan madu..Selamat mencuba untuk semua

Friday, November 26, 2010

TQ So Much!

Rasanya dah ramai yg alert dgn segmen terbaru Ben kan. Segmen yg dipanggil SAYA SUKA BLOG AWAK LA.. Skrg ni dah masuk episod ke 4! Hebat betul idea Ben ni, mmg K.Nor kagum dgn dia. Petang tadi sempat borak2 dgn Ben, cakap2 tentang segmen terbaru dia ni. Beritau Ben yg K.Nor rasa happy dgn usaha Ben buat segmen tu yg banyak memberi manafaat buat ramai blogger. K.Nor yg tak join atau terlibat secara langsung pun turut menerima impaknya bila ada blogger lain yg meletakkan Secubit Garam dlm senarai salah satu dr blog yg dia org suka. Tak sangka sungguh! Fofuler jugak ya Secubit Garam hehe.. Walau hanya 4 blogger yg listkan Secubit Garam tu dah buat K.Nor rasa terharu sgt2. Masa mula2 dpt tu dr Cplud Miera pun dah buat terharu apatah lagi bila makin bertambah. Alhamdulillah.. tak sia2 menghasilkan Secubit Garam yg niat awalnya utk berkongsi sedikit ilmu dan terutamanya utk jdkan tempat rujukan atau kenangan buat anak2.. uhhhhh dah meleret ya...



K.Nor nak ucapkan terima kasih banyak2 buat mereka yg di bawah ni yg dah menamakan Secubit Garam sebagai salah satu blog yg dia org suka dlm segmen SAYA SUKA BLOG AWAK LA...

1. Cplud Miera
2. Khai's Sedap Sedapan
3. Shira C Gadis Kidal
4. Hidayahaida
7. Peri Pia

Semoga apa yg terkandung dlm Secubit Garam ni dpt memberi manafaat buat semua dan semoga ukhwah di antara kita semua berkekalan mekar hingga ke akhir hayat... amiin... Thank You So Much!! ^___^


Belut!!!


Sapa makan belut? Cepat angkat keyboard! Hahaha.. K.Nor tak makan, masak boleh aje. Tapi setakat buat sup aje la.. Yg lain2 tak pernah buat lagi. Ni pun buat sebagai menu utk sang teruna yg masih berpantang lg tu. Smlm buat ikan haruan dia tak makan banyak sgt tp bila dibuat sup belut, elok2 jer dia makan. Sedap pulak tu dia kata. Tp kan..K.Nor tak cakap pun tu ikan belut, agaknya mesti tak tertelan dia tu nanti. Perisi aje ikan tu, letak nasi dan kuah sup. Licin dia bedal siap cakap sedap lg lak tu :)

Thursday, November 25, 2010

Eggless Chocolate Cake (III)

Kalau kek coklat biasa, org dlm pantang tak leh makan, kan.. Tapi skrg ni dah tak ada masalah. Dah banyak resipi kek coklat yg tak diletakkan telur atau dgn kata lain 'eggless'. Sebelum ni dah pernah 2x try resipi Eggless Chocolate Cake by Dayang Jack. Kali ni masih juga menggunakan resipi dr Dayang tp versi yg lain pulak. Dua2nya sedap, lembut dan moist. Mcm tak ada beza pun dgn kek coklat lain yg diletakkan telur dalamnya. Jadi bg yg berpantang tu mmg boleh sgt2 la kalau nak makan kek versi eggless gini.


Dayang, izinkan K.Nor kopipes resipi tu kat sini untuk rujukan K.Nor dan lain2 di masa akan datang. Tq so much!

EGGLESS CHOCOLATE CAKE (Resepi III)
souce: Dayang Jack

bahan-bahan :
1 cawan (125g) tepung naik sendiri
1 1/4 cawan gula perang (soft brown sugar)
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air sejuk
1/3 cawan minyak jagung / minyak masak ~ k.nor guna melted butter
1 sk serbuk soda bikarbonat
1 sk esen vanilla
1 sk cuka / jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160-170C. Lengserkan loyang kek (DJ guna yg berukuran 17.5 cm) dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
Ayakkan tepung, koko, serbuk soda bikabonat di dlm mangkuk adunan. Kemudian masukkan gula. Kacau rata-rata.
Masukkan susu, air dan esen vanilla. Kacau sebati dgn menggunakan senduk kayu. Pastikan adunan tidak bergentel dan gula larut. (Jika perlu, boleh juga diputar dgn mixer)
Masukkan minyak jagung/minyak masak. Kacau lagi dgn menggunakan senduk kayu.
Akhir sekali, barulah dimasukkan cuka atau jus lemon. Kacau cepat2 hingga adunan sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30 minit atau sehingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Jika suka, bolehlah dihiaskan dgn topping atau ganache.
***sukatan dgn menggunakan cawan metrik.
***tidak perlu letak garam sb tepung naik sendiri sudah ada kandungan garam.

** K.Nor guna 1 cawan jer gula perang.

K.Nor tak buat choc ganache, cuma mekapkan dgn taburan gula icing (sikit jer)
Tu yg nampak putih2 kat atas kek tu..


Menu Dlm Pantang

Alhamdulillah, sang teruna dah makin ok. Dah tak ngadu sakit2 kecuali bila tersentuh si'anu' dgn kain ^____^ Smlm 'hujan' gak la terutamanya bila kesan ubat bius hilang. Sementara ubat penahan sakit yg ditelan berfungsi, masa tu sempat ler 'hujan' turun cuma tak bersekali dgn ribut jer.. hihihi Biasa la tu kan, bila abis kesan ubat bius. Dlm 3 org hero K.Nor, Along is THE BEST, langsung tak menangis dr A - Z. Abis kesan ubat bius pun dia steady jer. Lain la si bongsu ni.. anak bongsu ler katakan ^____^

Dah la ek, jom kita tengok menu tuan rumah hari ni..


Ermmm kari sotong, padat dgn telur tu!! Manyak syok woooo... Dengan kuah yg pekat, pastu pekena dgn nasi panas.. perghhhhhhh... enak sih... Kari ni K.Nor tak guna santan tp guna susu cair. Ada yg nak join? hehe


Haaaaa........... mesti ada yg heran kan. Ni bukannya menu utk org dlm pantang tp utk org yg BUKAN dlm pantang terutamanya utk si tukang masak yg antu sotong bertelur gini :) Org dlm pantang mana boleh makan seafood gini.. mau gatal kang :)


Ni menu utk org dlm pantang, cam biasa ler ikan haruan panggang berkunyit & lada hitam. Lebih kurang jer menu utk org yg berpantang kes bersalin ke, yg baru lepas surgery ke.. Haa... tu siap tayang dlm aluminium foil lg. Kang ada org tanya camna K.Nor bakar :)

Wednesday, November 24, 2010

Selesai Lah Sudah..

Alhamdulillah.. perkara yg mendebarkan dah pun selesai. Lepas ni insyaallah tak akan alami lg perasaan camni. Ni yg last kut hehe.. mudah2an... Nak tau apa citer? Hehe.. org yg ada anak lelaki akan lalui semua ni. Perasaan sorang ibu mesti berdebar. Mungkin lebih dup dap dup dap dr anak yg terlibat.. Meh tengok gambar..

Jauh tu menung.. dup dap dup dap ya dik :)

 Sebahagian alatan yg digunakan

 Siap tutup mata tu .... :)

 Dah siap!! Tak sampai 1/2 jam..
Tu Dr Aziz yg dah 'memotong' ke tiga2 anak teruna K.Nor.. tq doc 

Tahniah anak mak :)

Semoga luka adik cepat sembuh dan kembali cergas seperti biasa.. amiin...

Muffin Pisang Berkeju

Berprojek awal sket arini utk minum petang sbb petang sket nanti ada misi yg perlu diselesaikan. Berdebar jer rasa.. ish.. Mudah2an selamat semuanya dan dipermudahkan.. amiin..


Berbalik pd muffin ni, haihhhh silap betul gi buat 1/2 adunan jer. Utk 1/2 adunan ngam2 dpt 8 bj muffin. Cukup2 utk 2 ketul sorang. Kalau tau sesedap ni, sudah pastinya K.Nor godek 1 adunan penuh. Tak per la, lain kali lak buat. Resipi yg diceduk kat rumah Ina Jepun yg dah start kena demam puff. Hahhh! kang dah kena sama tu la asyik nak sindir akak ya.. hehe.. Resipi muffin pisang mabeles ni dr buku kan Ina. Dia derhaka gak tu sbb letak crumble. Versi akak no derhaka. Erkkk.. ada gak sket, sket jer.. disebabkan tak ada cheddar cheese yg dlm bentuk bar, K.Nor guna yg slice cheese jer. Pisang tu K.Nor guna 3bj saiz sedang, rasanya lebih dr 150gm kut. Ada la dlm 200gm kalau tak silap. Lebih pisang tak per, nanti lebih moist. Tp jgn over sgt lebih tu, kang lembik lak muffin tu ya..


Alhamdulillah.. enak sungguh muffin ni. Kena pulak serve dgn sedikit creamcheese topping lebihan dr buat Devil FCC aritu. Soooooooo yummy!! Thanks Ina sbb share resipi tu ya.. Nih akak nak share lak kat sini, kita pjg2kan resipi yg mabeles ni.

MUFFIN PISANG BERKEJU
sumber: Hanamemories

Bahan-bahan
250g tepung gandum
100g gula custor
50g gula perang
1/2 sk soda bikarbonat
11/2 sk baking powder
1/4 sk garam
75g keju cheddar - cincang kasar
300g pisang ambon atau apa2 pisang yg sesuai
2 biji telur
100g mentega - cairkan (hana kurangkan sket sbb agak oily)
1/2 sk esen vanila

Untuk Crumb ~ k.nor tak buat
50g gula perang
50g tepung gandum - ayak
50 butter tanpa garam sejuk - potong dadu
1/4 garam - jika menggunakan butter bergaram tak payah letak
1/2 sk serbuk cinnamon

Cara-cara
Untuk Crumb - Campur gula perang, tepung, garam dan kayu manis. Kacau rata. Masukkan butter dan gentel2kan sehingga jadik serbuk crumbs. Simpan dalam esbok sehingga masa hendak dgunakan.
Panaskan oven suhu 200 selama 20min. Dalam mangkuk campur tepung, baking powder, garam, keju, gula custor dan gula perang. gaul rata dan ketepikan.

Mangkuk lain, lenyek pisang. Kemudian masukkan mentega cair, telur dan esen vanila. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
Tuang ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata menggunakan senduk kayu/spatula. Tak perlu over mix. Kacau asal sebati.
Tuang adunan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh. Taburkan crumbs dr peti sejuk tadi.
Bakar selama 25min. Keluarkan dr oven, biarkan 5 min baru keluarkan dari loyang/muffin tray.
Letak atas redai. Boleh hiaskan dengan hirisan pisang dan parutan coklat putih.
Hidangkan hangat dengan secawan kopi.


Utk 1/2 adunan:
*k.nor letak butter 40 gm jer
** utk cheese k.nor guna 2 keping slice cheese

Tag? Tak minat.. Award? Boleh Aje :)

Bab tag mentag nih.. haishhhhhhh... mmg malesssss sungguh! Kurang gemor pun ya. Kalau pengunjung lama kat Secubit Garam ni rasanya mmg dah maklum K.Nor bukan penggemar tag apatah lg nak mentag org lain. Harap2 sgt ler teman2 atau adik2 blogger baru yg kenal2 dgn K.Nor maklum hal ni ya... haha.. Ikut la org tak suka ke, nak marah ke, nyampah ke.. mmg K.Nor tak suka dgn tag mentag. Tak nak la hipokrit, direct terus bg jawapan ya. Memang bg sesetengah org tag tu sekadar suka suki jer. Memang pun kan, tp tang mengjawab tu kekadang ada tag yg mengarut, yg boleh membuka aib seseorang. Tu yg buat K.Nor kureng sungguh dgn tag ni. TAPIIIIIIIIIIII kalau suruh amik award atau card, insyaallah K.Nor amik.

Kali ni tak leh nak mengelak dr Izah. Dia dah kejar K.Nor dr rumah dia, sampai ke shoutbox dan sampai ke skype suruh amik tag.. hehehe.. Ok la ya Izah Penggemar Muffin, ni akak dah amik. Nah.. siap gantung dah ni..


Terima kasih banyak2 buat sipemberi tag, Izah Muffin Lover yg sudi hadiahkan award ni buat Secubit Garam. Cantik tang mana la blog ala kadar ni ya.. hehe.. Nak bg tau nickname? banyak wooo.. cukup la dgn K.Nor dah la ya.. Nak citer bab pebret artis, sori la ya. K.Nor kurang minat sket bab2 artis ni. Cuma minat tang lagu2 dia org jer spt Maher Zain, Sami Yusof dan Ebie G Ade.

Pada sapa2 yg rasa dia tu top blogger dan belum dpt award ni dan berkenan dgn award ni, sila la amik ya.. Kang kalau K.Nor sebut 10 nama jer, yg tak tersebut tu, kicik ati lak.. hehe..

Ok Izah.. siap! Dah la main kejar2.. akak nak masuk opis lak nih.. Petang ni ada mission lain lak yg mendebarkan jiwa raga. Mudah2an dipermudahkan segalanya.. amiin...

~~~~~~~ 0^0 ~~~~~~~


Yg ni pulak award dr lovely Love2Cook. Love, akak gantung sekaligus la kat n3 ni ya.. Yg kat atas sinun utk blog cantik, yg ni pulak utk lovely blog.. sama ler tu kan.. heeee... Tq.. tq.. for both lovely ladies ni ya... Luv u :)


Tuesday, November 23, 2010

Pelangi Yg Mendap

Ermmmmmmm… sapa kata org yg terror masak… erkkkk silap2.. K.Nor tak terror.. K.Nor cuma “biasa atau suka masak” tak pernah gagal dlm baking atau dgn kata lain hasil baking sentiasa jer cantik, menjadi atau perfect. Kalau buat muffin ke, bukannya 100% muffin K.Nor tu cantik, ada yg senget benget ada yg merekah ada yg tak merekah langsung. Kalau buat kek pun, adakalanya crack dan pernah gak lepek. Cam Apam Pelangi yg K.Nor buat ni la.. hu hu.. Ia mendap kat tengah tu tp tak la bantat. Kalau dpt naik lebih cun kan. Apapun rasa apam ni tetap sedap, dgn manisnya sedang2 jer. Opsss lupa, apamku pun berlubang2 cam Che Mat Gebu buat jugak.. hehee

apam pelangi

Bila hasil tak memberangsangkan ni, kita kena kaji balik kat mana silap. Tadi K.Nor baca kat FB Min BakingProject, dia ada nyatakan pasal kejadian kek yg tak menjadi (What went wrong). Kalau nak baca boleh klik kat SINI atau kat Pautan Terpilih di sidebar kanan tu ada K.Nor letakkan link utk mudahkan sesiapa nak rujuk lain kali. K.Nor rasa la mungkin K.Nor dah terlebih beat adunan ni, tu yg hasilnya mendap (nak kata guna api yg kuat mmg tak sbb guna api yg sedang2 jer) Dan tentang lubang2 tu mungkin sbb K.Nor mix tepung dgn spatula cara kaup balik yg mana kaedah ni memerangkap udara dlm batter. Agaknya masa memasukkan tepung tu perlu menggunakan mixer gak utk menghasilkan tekstur apam yg halus dan sekata. Wallahua’lam.. kena try & error lagi nampaknya.

Jadi pada adik2 atau teman2 yg buat something tak jadi, jgn frust dan give up. Lihat lah… pandang lah.. hihihi… org lain buat cantik jer, K.Nor buat… ermmm tak perfect gak kan.. Kena la ingat bukan kita yg buat semua jadi. Semuanya dgn izin Allah jua.. kan! Practice makes perfect ok! ^___^

apam pelangi 2

Opss lupa nak cerita ttg resipi Apam Pelangi ni. K.Nor amik kat rumah Izah resipi Apam Pelangi yg asalnya dr rumah Ilah JY, ada gak kat rumah Ina, CManggis dan banyak rumah lg lah... Mekasih semua ya sbb dah menggoda dgn rupa paras apam yg cun ni, walau apam ku tak se cun apam org lain hu hu..Dan mintak izin jugak sbb nak share resipi tu kat sini pulak. Mekasih..


APAM PELANGI
sumber : Izah

Bahan-bahan
2 biji telur
1 sudu teh ovellet
1/2 sudu teh esen vanila
150 gm tepung gandum
150 gm gula halus - hana cume buh 90g je
125 ml santan kara ~ k.nor guna susu cair
1 sudu teh baking powder
garam secubit
pewarna

Cara-cara
Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yg kita suka. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak.


Alhamdulillah...

Alhamdulillah... Mekasih buat semua yg komen dan amik berat ttg sakit gigi K.Nor ni.. hehe. Mesti ada yg nyindir.. ekellehhhhhhh sakit gigi pun nak cakap kat blog kan.. Tak kisah la.. sekadar kongsi2 jer. Lagi pun tak sempat nak letak n3 masakan td, tu yg spontan jer letak n3 sakit gigi dan nak ke klinik gigi pg td.


Dah gi klinik gigi dah lepas masukkan n3 td. Alhamdulillah.. dah kurang sakitnya. (Cik abg pun menumpang semulut, menampal mana yg patut kat giginya hehe) Doc gigi tu dah tampal tp tampalan utk sementara jer. Katanya sbb lubang dah agak besar. Nanti lepas 2 -3 minggu kalau tak sakit, kena gi balik dan buat tampalan kekal. Kalau dlm jangkamasa tu, masih sakit gak, kena telan pain killer. Kalau berterusan sakit, gigi ku itu perlu dibuang! huhu... Gini la nasib org pempuan kan, bila dah berusia. Dah melahirkan anak2, gigi pun jd kurang kuat. Kalsium diserap oleh bb dlm perut. Utk adik2 yg peknen tu, kena makan makanan seimbang, biar cukup kalsium yg diperlukan oleh badan. Kalau tak bb serap kalsium dr tulang dan gigi kita (kalau tak silap K.Nor laa) Boleh ambil suplement tambahan utk kalsium dan magnesium. Semua ni utk kebaikan kita kaum ibu gak ya..


Ok la.. tak nak pot pet banyak2.. sekadar nak ucapkan terima kasih atas keperihatinan teman2 yg sudi tinggalkan komen kat n3 td dan shoutbox. Sayang anda semua:) N3 masakan? Tengok la, insyaallah petang2 sket kut :) Tq... Tq... Tq...

Sudah Tidak Tahan....


Aduss............. Dah 2 malam tak leh tidur. Duk berdenyut jer. Dah korek, dah guna floss.. masih duk berdenyut gak. Mesti ada sisa2 makanan yg kecik yg tak leh nak keluar tu.


Yg tension bab sakit gigi ni bukan gigi aje yg berdenyut, kepala, tulang pipi dan boleh kata sebelah muka pun turut berdenyut. Sebenarnya gigi bukannya buruk, tp berlubang. Berlubang pulak antara dua gig gerham.


Nampak gaya kena gak gi ke tempat yg paaaaaaaaaaaaaaaaaling tak suka. Bila sebut jer nak gi tu, dah sejuk perut. Nak makan pun dah tak lalu, asyik rasa nak 'membuang ' jer. Ramai rasanya yg tak suka gi klinik gigi kan. Camna la nak ilangkan rasa sejuk perut @ gemuruh ni.. Dah tua2 pun still rasa camni. Hahaha... padahal anak sendiri (insyaallah) bakal jd dentist.. Agaknya kena tunggu dia bukak klinik gigi dan gi buat rawatan dgn dia kut baru tak kena fobia gi klinik gigi.. hehe


Time menunggu ni yg tak tahannnnnnn!!!! Bukan sejuk perut jer, sejuk abis kaki tangan! hehe... Ok la.. dah lewat ni, kang ramai lak patient kat klinik tu.. Jumpa lagiiiiiiiiiiiiiiii .. hu hu...

Mudah2an lepas ni dah tak sakit lagi.. amiin..


Monday, November 22, 2010

Versi Stoberi :)

puding stoberi

Sebelum ni dah buat resipi asal menggunakan laici. Hari Sabtu baru2 ni dah tayang versi buah kiwi. Hari ni nak tayang versi stoberi pulak! Semua sedap, tak kira la versi asal iaitu laici ke, buah kiwi ke ataupun versi stoberi. Sapa2 nak buat versi lain, dipersilakan. Tak salah menderhaka pd resipi mengikut kreativiti masing2. Jgn tak jadi sudah la ya.. hehe

 puding stoberi 2

Sebenarnya K.Nor buat Puding Laici ni pd hari yg sama dgn Puding Kiwi. Saja tak nak tayang sekaligus.. Tak salah kan.. ngeeeeeeeeeeee…. Dari satu adunan puding tu, bahagikan 2. Satu bahagian dicampur dgn buah kiwi yg diblend dan 1/2 bahagian lg dicampurkan dgn buah stoberi yg juga diblend. Kan dah dpt 2 pilihan puding, senang aje kan :)

puding stoberi & kiwi

Nak resipi puding ni versi asal (Puding Laici) boleh klik kat SINI. Kalau nak versi Puding Kiwi boleh tengok kat SINI. Utk buat versi stoberi, gantikan aje buah kiwi tu dgn buah stoberi dan masukkan sedikit pewarna merah jika suka.

Mari Bermain Dgn Puff Lagi.. ^___^

Masih ada stok pastry puff lagi? Apa kata kita buat versi mudah ni. Insyaallah anak2 suka ni. Eh.. bukan anak2 jer, mak bapak pun suka. Sambil layan tv atau sambil BW pun boleh.. hehe The making ni spesel utk Izah yg bertanyakan cara nak buat Chocolate Filling Puff aritu. Sambil tu K.Nor buat satu versi lain, versi roll. Sila tengok kat bawah ya.. :)

chocolate filling puff 2

puf 1 puf 2 puf 3
puf 4 puf 5 puf 6



choc roll puff
versi roll siput :)

puf 7 puf 8 puf 9
puf 10 puf 11 puf 12


Tengok gambar2 aje rasanya dah boleh faham kan Izah, tak perlu la terang satu per satu ya.. :)