Tau nak bg nama apa kat resipi ni. Rasa dia ala2 mamak jer tp tak sure nak letak ala2 mamak sbb K.Nor tak pernah masuk makan kedai mamak. Kang silap, tak rasa cam mamak stail kang naya akak. Tapi kari ni mmg dibuat pekat tak cam kari biasa yg berkuah banyak. K.Nor selalu masak kari gini sbb anak2 suka, nak2 si Luqman yg mmg antu kari. Sapa2 yg biasa makan kat kedai mamak tu dan teringin nak try menu ni, try la ya.. Pastu kasi feedback balik, samada betul atau tidak rasa ala mamak tu. Ala jer kan, bukan betul2 mamak punya kari kan.. hehe
AYAM MASAK KARI KERING My Style
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
sedikit garam dan serbuk kunyit
Goreng ayam 1/2 masak ~ biar lembut jer, tak perlu sampai garing.
Angkat dan toskan.
~~~~~~~~~~~
bahan2 lain:
7 bj bawang merah ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
1 - 2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah kari ~ bancuh dgn sedikit air
2 tangkai daun kari
2 sudu besar sos tiram
1 cawan air
jus asam jawa
garam
gula ~ jika suka
Cara2:
Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih hingga garing,
Masukkan cili mesin. Goreng lagi.
Masukkan rempah kari dan goreng hingga sedikit kering.
Masukkan 1/4 cawan air dan juga daun kari. Masak hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan sos tiram, baki air, jus asam jawa, garam dan gula.
Kacau2 dan masukkan ayam.
Masak hingga ayam masak dan juga kuah pekat.
Angkat dan hidangkan panas2.