Sunday, November 7, 2010

Bendi Bersambal

Semalam tengok Gert post BLANCHED OKRA with SPICY SAMBAL atau dalam kata lain Bendi Bersambal gak la kan.Terus aje plan nak buat sbg salah satu menu utk lunch hari ni sbb kebetulan baru aje beli bendi masa ke pasar tani pg tu. Terus copy dan save resipi dia.. opss dah mintak izin pun ya.. Pastu ke rumah Che Mat sbb pernah nampak dia buat gak Bendi Bersambal ni. Bila ditilik2 mmg ada perbezaan sket dr segi bahan2 yg digunakan dlm ke dua2 resipi tu. Jadi K.Nor amik jalan mudah, combinekan aje kedua2 resipi yg nampak menyelerakan tu. Ikhlas cakap ni tau, tak main tipu.. tak nak ngaku yg resipi ni hasil idea sendiri sebaliknya hasil dr gabungan dua resipi tu. Hopefully Gert dan Che Mat tak marah ya.. kalau marah jugak, ampun patik beribu2 ampun :)


Yg ni resipi Gert manakala yg kat bawah tu resipi Che Mat. Terpulang la pd masing2 nak guna yg mana satu sbb bg K.Nor dua2 nampak sedap dan ada keistimewaannya. 

BLANCHED OKRA with SPICY SAMBAL by Gert

Ingredients:
10 okras – cut the ends off

Sambal – blended into paste
4 red chilies
2 shallots
2 cloves garlic
1 ripe tomato – cut into chunks
2 tbsp dried shrimps – soak for 15 minutes
Sugar and salt to taste.

1. Blanch okra in boiling water for 1 minute, drain well and set it aside.
2. Heat up frying pan with 2 tbsp of oil. Stir fry blended ingredients until fragrant and dry. Add in sugar and salt to taste. Continue to stir-fry until you see oil started to appears. Dish out and serve with the blanch okras.

~~~~~~ * * * ~~~~~~

Yg ni resipi Che Mat. Mintak izin ya Che Mat, nak kopipes resipi tu kat sini..

BENDI BERSAMBAL by CMGebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 biji bendi muda, cuci tos dan buang sedikit pangkalnya
1 biji bawang besar*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk lumat)
2 1/2 camca besar cili kisar
1 camca teh gula
2 camca besar kicap cair
1 camca besar sos tiram
1 biji limau nipis, perah jusnya
Bawang goreng sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Didihkan air, masukkan sedikit garam dan 1/2 camca teh minyak masak. Masukkan bendi dan celur hingga lembut sedikit. Angkat dan terus masukkan bendi ke dalam bekas berisi air ais. Biar hingga bendi sejuk. (Tujuan untuk memberhentikan proses memasak dan bendi akan kekal rangup walaupun lembut). Angkat dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga wangi, masukkan cili kisar, sos tiram dan kicap cair, masak hingga terbit minyak. Tambah gula dan juga sedikit air jika perlu. Masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan jus limau nipis, gaul rata dan matikan api.
Susun bendi tadi dalam pinggan sesuai, sudukan sambal tadi atas bendi, hias dengan taburan bawang goreng dan hirisan limau nipis jika suka. Hidangkan segera....

~~~~~~ * * * ~~~~~~


Haaaaaa... yg ni pulak resipi gabungan dr si tukang masak. Kalau nak cuba yg ni pun boleh.. silakan..

BENDI BERSAMBAL
(K.Nor Style)

Bahan:
13 bj bendi
1 sudu besar cili mesin
2 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
garam
gula
minyak

Bahan diblend:
2 bj cili merah
5 bj bawang merah
3 ulas bawang putih
1 bj tomato
1 sudu besar udang kering ~ direndam

Cara:
Celur seketika bendi dlm air yg dididihkan (masukkan beberapa titik minyak dlm air)
Angkat dan rendam dlm air utk memberhentikan proses masak), kemudian toskan.
Panaskan minyak dan tumis cili mesin hingga garing.
Masukkan bahan2 yg diblend dan goreng lg hingga kering sedikit.
Masukkan kicap dan sos tiram dan air.
Masak hingga pecah minyak dan masukkan garam dan gula secukup rasa. Hati2 bila masukkan garam sbb dah ada rasa masin dr udang kering, kicap dan sos tiram.
Masak hingga garing dan hidangkan atas bendi yg dah disusun atas piring.
Hidangkan panas2.

* Sekiranya ada sambal yg lebih boleh makan dgn telur rebus atau pun daun salad. Potong dua telur dan letakkan sambal atasnya. Kalau utk makan dgn daun salad, masukkan sedikit sambal ke dlm daun, lipatkan dan boleh lah di ngap! Shedapppp!! :)