Ermmmm.... pagi2 dah tayang kek ya... Sebenarnya ni kek yg dibuat semalam. Salah satu dr 2 bj kek yg digodek utk jamuan akhir tahun kelas anak dara tu. Kalau ikutkan nak buat satu lg tp dia cakap maybe kawan dia pun bawak gak kek tu yg K.Nor buat 2 aje. Ingatkan nak buat Congo Bars yg satu lg tu. Tak per la, lain kali lak buat yg tu utk dia.
kek ku yg dilanda gempa bumi, dah kurangkan suhu oven still nak crack gak..
dah touch up dgn ganache sebelum masuk esbok smlm, ok la sket :)
Ni la kek pebret kita org, dah lama tak buat. Kali ni utk hasilkan kek sebesar ni (loyang 9"x9") K.Nor gandakan adunan kek tu. Alhamdulillah.. ngam2 jer dgn 1 adunan yg cheese.
Spt biasa ni resipi yg K.Nor guna.
KEK MARBLE CHEESE by Umi Feeza MyR
Bahan A
185gm butter
1/4 cwn serbuk koko
1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung naik sendiri
2 biji telur ~ k.nor guna 5bj utk 2 adunan
Bahan B
250gm cream cheese
1/2 cwn gula halus
1/4 cwn fresh milk
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung (dan selang selikan dgn susu fresh - yg ni k.nor tambah) dan gaulkan. Ketepikan dulu.
Dalam bekas lain, pukul cheese ngan gula dan esen hingga sebati. Then masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.
Tuangkan adunan koko berselang seli ngan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser ngan butter. Kemudian lorekkan ngan lidi untuk hasilkan marble.
Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong. Kek ni agak moist. Yang saya buat tu cheesenya terlebih kat tengah acuan. Tak sabar tunggu, potong awal...tu yg sememeh sket kat tengah tu, cheese xdan sejuk.
KEK MARBLE CHEESE by Umi Feeza MyR
Bahan A
185gm butter
1/4 cwn serbuk koko
1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung naik sendiri
2 biji telur ~ k.nor guna 5bj utk 2 adunan
k.nor tambah 1/3 cawan susu fresh sbb adunan agak pekat ~
( dgn menambah susu ni, kek kita lebih moist) ~ utk 2 adunan k.nor letak 2/3 cawan
250gm cream cheese
1/2 cwn gula halus
1/4 cwn fresh milk
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung (dan selang selikan dgn susu fresh - yg ni k.nor tambah) dan gaulkan. Ketepikan dulu.
Dalam bekas lain, pukul cheese ngan gula dan esen hingga sebati. Then masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.
Tuangkan adunan koko berselang seli ngan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser ngan butter. Kemudian lorekkan ngan lidi untuk hasilkan marble.
Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong. Kek ni agak moist. Yang saya buat tu cheesenya terlebih kat tengah acuan. Tak sabar tunggu, potong awal...tu yg sememeh sket kat tengah tu, cheese xdan sejuk.
haa... tu satu lg kek yg lap u lap me.. hehe
agak2 kek apa tu.. cuba teka!!!
IJAYUJI, DIAM!!
JARI PUN TAK LEH BERCAKAP GAK TAU hehehe
opsss... jawapan tak leh diberi skrg disebabkan tuan rumah dah kelewatan masuk opis. nak tau jawapannya? tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ............... :)