Ada 3 bj pisang termenung atas meja makan. Nak buat apa ya.. Nak buat jemput2 pisang, tak cukup rasanya. Kang banyak tepung tak best, keras! Last2 teringat Ummi Kuantan pernah buat lempeng dgn pisang. Dia campur dgn oat. Pastu teringat pulak Che Mat pun ada buat gak versi derhaka dia.. derhaka baek punya tak per kan.. ehehe ampun Che Mat. Selongkar dapur Che Mat, salin resipi terus masuk dapur. Masa bancuh mmg ikut betul2 resipi, tak derhaka pun. Masa masak tu nampak cam lembik jer, payah nak balikkan. Last2 kena gak derhaka sket, K.Nor tambah 2 sudu besar tepung. Pastu mudah jer nak balikkan dan tak menjejaskan rasa lempeng tu. Sgt2 sedap! Tak terasa langsung oat kat dlm tu. K.Nor tak masukkan sedikit pun gula sbb pisang yg digunakan adalah pisang yg dah masak ranum. Dah cukup manis rasa lempeng tu dan masa makan pun, makan gitu jer. Memang lepas ni boleh dibuat lagi dan lagi nampaknya. Mudah aje penyediaannya dan hasilnya sangat2 sedap!.. erkk dah berapa kali ulang ayat sangat2 sedap nih! hehe
Makan lempeng ni bagus tau, sbb ada oats dlm tu yg bagus utk mengurangkan paras kolestrol dan juga sebab nanti akan mudah nak 'membuang' hehe.. Tp pada yg ada penyakit kencing manis tu takleh la amalkan sgt sbb pisang tak berapa elok utk pesakit gini.
Pada Ummi dan Che Mat yg share resipi ni, mekasih ya.. Cam biasa nak panjang2kan resipi tu kat sini pulak utk mudahkan rujukan di lain waktu. Tq ya..
LEMPENG PISANG OAT
sumber: CMGebu
BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram pisang, dilecek halus
200 ml susu segar (mat guna 100 ml susu sejat + 100 ml air)
1 cawan quaker oats
3/4 camca teh baking powder (mat tambah)
Sedikit gula jika perlu (mat tak letak)
Garam secukup rasa
Madu, untuk hiasan
Mentega, untuk hiasan
2 sudu besar tepung ~ ni k.nor tambah
CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan semua bahan2 di atas kecuali madu, mentega dan garam. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa. Rehatkan bancuhan tadi selama 5 mini, tujuan biar ianya menjadi pekat sedikit.
Lenser kuali non-stick dengan sedikit minyak (mat guna paper towel bersih, celup sedikit dalam minyak dan sapu atas kuali), panaskan dengan api sederhana.
Sendukkan bancuhan tadi ke dalam kuali dan leper2 kan sedikit. Tutup permukaanya, selepas 1 - 2 minit, buka dan jika permukaan kelihatan berlubang2, boleh terbalikkan lempeng. Masak sekejap lagi. Angkat dan buat kaedah yang sama untuk baki bancuhan.
Hidangkan bersama mentega dan madu..Selamat mencuba untuk semua