Kalau time nak masak cepat, buat lauk ni mmg kejap jer dah siap. Boleh guna taugeh, boleh guna sayur2 lain juga spt kobis. Rasanya dah lebih 6 bulan K.Nor tak masak lauk gini sejak cik abg kena by pass ni. Jarang betul masak lauk2 bersantan. Sesekali terasa gak nak layan anak tekak dgn lauk gini. Sesekali tak per kan. Lagi pun arini cik abg tak lunch kat rumah. Duk ralit 'menembak' kuda kat Lembah Bidong nun hehe.. Nanti la bila dia balik karang, kut2 ada gambo2 kuda yg boleh diupload kat sini. Mcm2 ada tu, siap pakai baju songket lagi tu.. hehe.. bukan pengantin aje yg tau pakai songket, kuda pun!! hehe
Tak payah resipi la ya sbb rasanya ramai yg dah tau cara nak buat sayur lemak gini. Lauk yg paling mudah nak sediakan. Tak sampai 15 min dah siap :)