f Secubit Garam: Sosej Puff

Thursday, November 11, 2010

Sosej Puff

Salam di pagi Khamis..

Tak sangka rupanya ramai gak yg meroyan nak dptkan pastry puff Kawan tu ya, ingatkan K.Nor sorang jer.. hehe... Dan mekasih banyak2 bg mereka yg sama2 kongsi kegembiraan dgn K.Nor. Tak sangka, ingatkan benda remeh temeh gitu tak dpt sambutan rupanya hebat sekali.. Betul2 diluar jangkaan K.Nor.. Tq.. tq... love u all :)

Awal pagi td Yatie dah tayang Sardine Puff dia.. ermmmm yg tu pun sebenarnya dah ada dlm list nak buat. One by one la kan.. Banyak lg plan nak buat dgn pastry puff ni, tak per.. sabar.... sabar.. Agak2 nak kena rembat lg tak puff tu wat stok? haha...


Ni la hasil pertama bermain2 dgn benda idaman hati nih. Geram jer bila tengok Yani tayang kat rumah dia tu. Masa drive balik dr Giant smlm, ni la resipi pertama yg bakal dicuba. Kiranya resipi wajib cuba la ni. Alhamdulillah.. puas hati dpt buat ni. Semua suka, yg paling best bila tengok Luqman makan dgn berselera. Boleh la buat lagi dan lagi lepas ni tp kena buat filling yg dia suka jer la spt letak sosej cam gini.


Resipi Sosej Puff ni hasil tangan Yani. Sapa2 nak resipi boleh la gi tengok kat rumah dia di Deco Choco. Bukan tak nak kopipes kat sini tp sbb instruction dia tu bersekali dgn gambar jd tak leh nak kopipes la. Mudah aje.. Tengok aje gambar yg Yani tunjuk tu, insyaallah boleh buat. Tq Yani, akhirnya K.Nor dpt gak buat Sosej Puff yg duk idam2kan selama ni. :)


Yg ni hasil kurang memberangsang sket. Puff tu tak sempat nak fluffy kes nak cepat masak. Cik Abg dah nak ke surau masa tu. Tak per.. belajar dr pengalaman... tak leh bukak api kuat2 biar masak dgn slow & steady jer.. hehe


updated : dah dpt penjelasan dr org di sana, nun di Jepong. Puff ni perlu dibakar dlm suhu yg tinggi lebih kurang 190 - 200C (bakar lebih kurang 20min). Kena pastikan oven dah betul2 panas baru masukkan puff yg dah siap dibentuk. Ini utk menghasilkan puff yg fluffy. Tq Ina.. :)