Friday, January 21, 2011

Ayam Cencaluk

Akhirnya dapat gak try menu ni. Mula2 Che Mat tayang dulu dah masuk list. Pastu bila nak try buat, pikir balik. Kang terasa sgt cencaluk tu Luqman lak tak makan. Dia mmg tak makan benda2 gini. Itu anak sedikit cerew**.. hehe.. Pastu bila Ummi pulak tayang.. haa... teringin balik nak buat sbb bila tanya ummi terasa tak cencaluk tu, Ummi cakap tak. Sampai Aiman tu suka, kan Ummi :) So kali ni K.Nor lak nak try.. Harap2 la tak dtgkan masalah utk Luqman masa nak makan nanti. .


Bila tengah masak tu, harum jer bau cencaluk. K.Nor diamkan aje bila Luqman makan, tak cakap pun ada letak cencaluk dlm masakan ayam ni. Alih2 bila dia makan, siap mintak tambah lg ayam. Fuhhh... lega! Sampai sudah K.Nor tak cakap ada letak cencaluk dlm tu.. hehee... Memang betul la, tak terasa mana pun cencaluk dlm tu. Memang sedap tambah lg bila ada rasa masam2 dr limau kasturi dan keharuma daun limau purut. Best!! Boleh buat lagi lain kali. Tapiiiiii... stok cencaluk dah abis... Sebelum ni ada jiran tingkat bawah, dia suami isteri org Melaka. Tiap kali dia nak balik kg mesti K.Nor kirim cencaluk dgm dia org ni. So dpt la cencaluk yg baru dan best. Yg tak bestnya dia org ni dah pindah ke Seberang Prai. Payah ler nak dpt cencaluk sedap..Kalau beli kat kedai sini selalu dpt yg dah agak lama. Bila buka penutup mula la nak melotop. Bau pun dah tak fresh mana.. hu hu.. Sapa2 yg duk kat Melaka nun, meh ler antor cencaluk sedap utk K.Nor hehehe..


Meh ler tengok resipi Ayam Cencaluk dr jejaka Sedenak nun. Mintak izin ya Che Mat, nak share resipi tu kat sini pulak.. Mekasih gak utk Ayu sbb Nor copy dr rumah Ayu.. Dr Sedenak merentas Tambak Johor dan naik balik ke Kuantan terus meredah ke Kuala Terengganu.. ^_____^

AYAM CENCALUK by CMGebu
sumber: Ayu S'pore
sumber : K.Nor@SecubitGaram

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*(*dihiris halus)
600 g dada ayam, potong sedernana kecil
1/2 cawan cencalok, toskan airnya
3 helai daun limau purut
1/2 cawan jus asam jawa
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
2 camca besar gula
2 biji cili merah, hiris
2 biji cili hijau, hiris ~ k.nor tambah cili padi sket
8 biji bawang merah*
2 cm kunyit hidup*
3 batang serai, hiris halus*(*dikisar halus)
Garam (jika perlu)
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1 1/2 cawan), goreng hirisan bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar hingga harum dan pecah minyak, gunakan api sederhana.
Masukkan ayam, cencalok dan daun limau purut, gaul rata. Masukkan air asam dan tambah gula dan juga air. Kacau dan biar mendidih. Masukkan sebahagian bawang merah/putih goreng tadi dan juga hirisan cili merah/hijau. Kacau rata2.
Perlahankan api dan renih hingga ayam masak dan pekat. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa. Jika perlu tambah garam (tapi rasa mat tak perlu lah tambah garam, sebab cencalok pun dah masin). Hidangkan segera bersama nasi hangat.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak pedas cili hijau/merah tu tadi boleh ditukar dengan hirisan cili padi. Guna udang pun sedap juga, campur dengan petai....Sesuaikan rasa ikut citarasa individu, kalau tak nak masam, tak payah letak jus limau kasturi (tapi kurang "kick")....Selamat mencuba!...