Mood meroti belum abis lagi ni.. Rasanya tengah kemaruk nak meroti.. :) Memang K.Nor suka buat roti, nak2 time membentukkan tu. Suka buat pelbagai versi roti. Kadang2 K.Nor buat sampai 2 adunan dlm satu masa. Biasanya 1 adunan habis dimakan lepas masak dan 1 adunan lg simpan utk dibuat sarapan. Kalau buat 1 adunan mmg biasanya tak sempat wat sarapan la jawabnya :)
Kali ni K.Nor cuba Black Sesame Seeds Bun dr Ros JintanManis. Bimbang gak nak buat, takut nanti Luqman tu payah nak makan. Tp bila dah siap masak, dia tanya apa hitam2 tu, K.Nor jawab la bijan, sama cam atas roti burger. Haa.. kalau bijan dia mmg makan. Dia mmg suka roti burger yg ada bijan kat atas. Alhamdulillah, suka tengok bila dia duk ngadap jer bun bijan ni.
Mekasih buat Ros yg dah share resipi ni. Izinkan K.Nor panjang2kan kat sini pulak ya.. Halal ya Ros :)
BLACK SESAME SEEDS BUN
sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis.com
sumber: SecubitGaramNor67
Bahan-bahanya
*Untuk Doh*
250gram tepung roti
2 sudu besar water roux
3 sudu besar bijan hitam
1 sudu besar skim milk@susu tepung
1 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 1/2 sudu besar butter ( boleh ganti dengan marjerin atau shortening)
110ml susu segar ( atau air suam)
1 1/2 sudu kecil yis
*untuk topping*
sedikit bijan hitam
* Untuk Gliss* - baki telur+beberapa titik madu + 1/2 sudu kecil susu segar
Cara-caranya
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada 6 bahagian kecil dan bulatkan, biarkan naik dua kali ganda, boleh juga dibentuk memanjang seperti roti hotdog.
5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dan taburkan bijan hitam, gliss sekali lagi bagi memastikan bijan hitam melekat.
6. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 23 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar glis pemukaan roti dengan butter untuk bun lebih berkilat, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun.
7. Cara Penyediaan-Bun dibelah dua dan letakkan burger ayam@daging, salad dan tomato, bolehjuga diganti dengan tuna+mayonis. Selamat Mencuba.