f Secubit Garam: Chicken 65

Friday, December 3, 2010

Chicken 65

Salam Jumaat buat semua...

Semua sihat? Mudah2an gitu la hendaknya.. Semoga kita semua mendapat limpah rahmat dan keberkatan dr Allah pd hari Jumaat yg penuh berkat ni. Sebelum terus ke menu hari ni, K.Nor nak amik kesempatan ni mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran buat 2 rakan blogger yg baik hati Yatie @YatiMemories dan Nina SL yg menyambut ulang tahun kelahiran dia org pd hari ni. Semoga anda berdua dipanjangkan usia dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat bersama keluarga tersayang... amiin....


Sebenarnya moody betul dua tiga hari ni. Kes curi gambar kat blog yg satu ni tak abis2 lg. Semakin menjadi2 lak nampaknya blogger ni. Dah diberi nasihat oleh beberapa org blogger lain yg turut sama gambar2 dia org kena curi.. masih tak mendatangkan hasil, seperti mencurah air ke daun keladi jer. Nampaknya dia semakin galak mengupload resipi BERSERTA gambar2 dr blog kita org. Sedih, geram, terkilan semua ada.. K.Nor harap sangat pd MAMAMAS74@MIRA AINA yg mengkopipes resipi2 kat sini maupun kat blog2 lain yg tak suka gambar2 dia org dicuri, hentikan la perbuatan anda tu. Anda dah melukai hati kami, setelah kami berikan komen dan nasihat kat n3 anda tu. TOLONGLAH HENTIKAN.. tak baik tau melukakan hati sesama manusia ni. Kita ni kan sesama Islam kenapa perlu berterusan melukankan hati org lain.. Perbuatan anda tu bukannya boleh disembunyikan sampai bila2. Bukannya tak jatuh ke tanah tupai yg pandai melompat. Ingat la.. setiap perbuatan ada balasan dr Allah.. Kalaulah betul nak jadikan resipi2 dan gambar2 kami sebagai koleksi dan utk jalan mudah anda buat blog (supaya mudah nak rujuk anytime) tolong la, buat la private. Biar anda jer yg boleh buka dan baca. TOLONG HORMATI HAK ORG LAIN SEBAGAIMANA ANDA INGIN ORG LAIN MENGHORMATI ANDA..

Berbalik pd menu hari ni, Chicken 65 ni. Jgn tanya ya kenapa namanya gitu. K.Nor cuma try resipi Ayu S'pore yg dah lama post resipi ni kat blog dia. Apapun rasa ayam ni mmg sedap. Ada kelainannya bila makan, dgn rasa crunchy dan juga rasa masam2 perahan limau masa menghidang tu.. Try la buat bg penggemar ayam terutamanya bg yg mencari menu ayam yg simple tp sedap.. 


Ayu, Nor kopipes resipi Chicken 65 tu kat sini ya.. Thanks..


CHICKEN 65 by Ayu Singapore
source : SecubitGaramNor67

Ingredients:-
2kg chicken wings
2 tbsp minced ginger
1 tbsp minced garlics
1 tbsp turmeric powder
1 tbsp black pepper powder
1 tbsp corn flour
3 tbsp plain flour
1 egg
2-3 tsp water if it gets too dry
100g yogurt
salt & msg to taste
some colourings agent- orange or red

Garnishings:-
curry leaves
onion slice in rings
lime juice

Method:-
Marinate all the ingredients except curry leaves, onion rings and lime juice for a few hours. Deep fry till golden brown. Dish out, with the balance oil fry curry leaves till slightly crispy. Dish out and sprinkle on top of fried chickens. Garnish with onion rings and lime juice.