f Secubit Garam: Donut Kentang Lela

Tuesday, December 14, 2010

Donut Kentang Lela

Resipi asal dr Lelayong sbb tu K.Nor bg tajuk tu Donut Lela. Tapi K.Nor amik resipi kat rumah Naz yg buat dlm bentuk bebola kecik. Cantik lak buat gitu, mudah dan senang kerja. Sbb tak perlu canai dan terap2. Just bulat2kan aje dan perap tunggu naik pastu terus goreng. Senang kerja hehe.. Hasilnya pun sangat memuaskan hati, donut yg lembut dan sedap. Dah sejuk pun tetap lembut. Boleh buat lg resipi ni lain kali.. insyaallah..


Apapun mekasih buat Jun yg dah bg idea utk membolakan donut ni dan mekasih buat Naz sbb K.Nor dtg seru nak buat bila tengok kat rumah Naz. Tak lupa mekasih buat Lela yg sudi berkongsi resipi. Izinkan K.Nor share kat sini resipi tu ya.. Thank u ladies :)


POTATO MUNCHKIN@DONUT LELA by Lelayong
sumber : Jun, Naz
sumber: SecubitGaramNor67

Bahan-bahan:
1/2 kilo tepung gandum
3/4 cawan susu suam (kitorang gunasusu pekat campur air suam)
2 biji kuning telur
1 sudu besar yis (mauripan)
4 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin
3 biji ubi kentang (rebus, kemudian lenyek)

Cara-cara:
1.Tepung gandum digaul dengan marjerin dan kentang sehingga sebati
2.Telur dipukul sedikit & dicampur dengan susu berserta yis
3.Campurkan ke dalam tepung gandum tadi dan uli sehingga menjadi doh
4.Biarkan doh tadi naik 2 kali ganda
5.Kemudian tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bentukkan doh anda mengikut citarasa masing-masing
6.Panaskan minyak dan goreng.

* K.Nor cuma guna air suam dan masukkan 2 sudu besar susu tepung ke dalam adunan.
instead of guna 2 kuning telur, K.Nor guna 1 bj telur