f Secubit Garam: Jawapannya!! hikhikhikkk

Monday, December 6, 2010

Jawapannya!! hikhikhikkk


Wahhhh meriah nyer arini! Tak sangka pulak teka teki pg td mendapat sambutan yg cukup meriah. Memang dah rasa mesti ramai yg dpt jawab dgn tepat. Nasib baik hadiah teka teki berupa penginapan kat rumah sendiri dgn makan sendiri tanggung.. kalau tidak fuhhhhh naya K.Nor hihihi...


Bila buat gini terasa mesranya persaudaraan sesama kita semua walau melalui alam maya kan. Happy jer rasa hati ni. Sayang semua.. mmmmmmuah!! Hug sket ya.. hehe

Ok lah.. spt yg masing2 teka, betul la tu. K.Nor buat bingka ubi. Tapi tak ada yg bagi jawapan tepat nama resipi kan. Semua layak hadiah saguhati jer hahaha.. jgn mare :) Mesti la kan kalau parut ubi kayu, terus org terfikir nak buat kuih tradisional spt bingka, kuih talam. Kalau belebab K.Nor tak pernah jumpa lg org buat. Cam K.Rosaliza kata ada satu lg versi kuih dr ubi kayu yg jadi pebret K.Nor, poli@puli. Org Ganu mesti tau ni. Tp rasanya la Poli@puli ubi ni lebih kurang rasa dia cam kuih JLo.. hehehe Kuih Lopes. Sedap!! Sapa2 ada resipi Poli@puli ubi ni sila beritau ya, nak gi skodeng resipi tu. Lama dah tak makan nih..


Ni la dia kuih yg dimaksudkan.. Bingka Ubi Gula Melaka. Resipi yg diambil nun di seberang tambak, rumah Ayu S'pore. Cantik jer yg Ayu buat, nampak gebus dia. Tp yg K.Nor buat ni padat la Ayu, cam padat gitu. Padatt2 pun, sedap! Serius tau! Naim pun suka ni. Rasanya K.Nor tau pasal apa padat, sbb dah banyak hari ubi yg dah diparut tu menyejukkan diri dlm esbok. Main duk keluar masuk keluar masuk esbok jer. Nak ke pasar beli santan, malessss sbb hujan tak berhenti 3 - 4 hari lps. Smlm jer panas elok tp last2 tak buat gak dgn santan, guna susu pekat jer.. hehe.. Tu la akibat kerajinan diri sendiri kan.. Tak per, kuih ni tetap sedap. K.Nor tak guna gula melaka tp guna nisan@nissan dan sedikit campuran gula merah.

Mekasih ya Ayu, share resipi tu. Nak letak kat sini lak ya, mudah utk rujukan akan datang sbb rasa cam nak buat lagi jer.. hehe


BINGKA UBI GULA MELAKA by K.Fida Myr
sumber : Ayu S'pore
sumber : SecubitGaramNor67


1 kilo ubi siap parut-(Ayu tapis -buang airnya dan ambil kanjinya saja dan gaul balik dengan ubi parut tadi)
300 g gula melaka*-(Ayu gunakan 225g aje)
200 ml air*
200 ml santan pekat*
2 helai daun pandan*
100 g gula halus-(Ayu gunakan 30g aje)
3 biji telur
2 sb mentega/majerin
2 sb tepung pulut
1/2 st garam

Method:-
Masak bahan2 bertanda (*) hingga mendidih dan gula hancur kemudian tapis dan sejukkan.
Dlm sebuah mangkuk, campur gula halus, telur dan mentega dan di kacau rata.Masukkan ubi parut,garam campuran gula melaka dan kacau hingga sebati.
Tuang adunan ke dlm loyang yg disapu mentega sekelilingnya
Bakar selama 40-45 min pd suhu 160C.(Ayu bakar dalam 1 jam lebih sebab nak garing sikit atas and bawahnya tu.)
Jika ingin permukaan kuih yg garing, hidupkan api grill dan bakar lebih kurang 5 min. Tahap ini, jgn ditinggalkan kuih di dlm oven tu, nanti permukaan kuih akan hangus...
Sejukkan kuih, potong dan hidangkan
Sources:-From kakfida@myresipi.com

** nisan + gula merah K.Nor guna 100gm jer utk 1/2 adunan
** gula cuma 20gm jer


Ok pd semua yg terlibat dlm teka teki ni, sila la amik sikit sorang ya.. Nak bg banyak pun K.Nor buat 1/2 jer dari adunan takut tak mendapat sambutan.Lain kali nak buat kena buat 1 aduanan penuh.. insyaallah.. Mekasih buat semua yg memeriahkan acara hari ni.. Lain kali kita buat lagi dan jgn serik ya.... hehehe