Wednesday, December 15, 2010

Kailan Goreng Sos Tiram Pedas

Menu sayur yg cukup simple tp insyaallah menyelerakan. Mudah aje penyediaannya, nak masak pun amik masa yg kejap jer. Lagipun kailan atau sayur2an berdaun hijau tak leh dimasak lama2 kan, nanti hilang zat. Jom check resipi Kailan Goreng Sos Tiram Pedas.


KAILAN GORENG SOS TIRAM PEDAS
resipi : SecubitGaramNor67

Bahan:
3 pokok kailan
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 sudu besar sos tiram
5 bj cili api ~ dihiris serong
sedikit air
minyak

Cara:
Bersihkan kailan dan potong.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit garing.
Masukkan sos tiram dan batang kailan.
Kacau2 sedikit dan masukkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
Masukkan bahagian daun kailan dan cili, kacau hingga sebati (jgn terlalu lama digoreng)
Angkat dan hidangkan panas2.


**K.Nor tak masukkan garam sbb dah ada rasa masin dr sos tiram dan kalau nak masukkan secubit gula boleh juga utk balancekan rasa menu sayur ni.