Wednesday, December 8, 2010

Pancake, Air Tangan Siapa? :)

Salam semua... Dah sarapan? Kalau dah, alhamdulillah, syukur dgn nikmat yg Allah limpahkan. Kalau belum, meh kita join sarapan sama2. Hari ni tuan rumah@tukang masak tak masuk dapur utk sediakan sarapan. Tuan rumah duk lepak2 jer sembang dgn K.Liza td.. hehe Lama tak sembang dgn chef tersohor ni. Bz mengalahkan bee tu duk wat road tour masak2. Suara pun dah mengalahkan ratu rock dah.. Sian K.Liza, semoga segera sembuh ya.. Nak kena buat dua lg demo masak2 Jumaat dan Sabtu ni. Kalau tak silap, Jumaat kat Mesra Mall, Kerteh dan Sabtu kat Mega Mall, Kuantan. Sapa2 yg berdekatan tu jgn lupa ramai2 hadirkan diri tengok K.Liza masak2 disamping memberi sokongan pd org kita ya.. Lepas siap masak2 tu insyaallah dpt rasa masakan air tangan K.Liza tu.. 


erkkk.. konar2.. jgn tak konar.. melencung sat td. Pancake ni sebenarnya cik abg K.Nor yg masak. Dari A - Z.. K.Nor cuma bg bahan2 jer kat dia dan beritau sukatan. Dia yg sukat, bancuh dan seterusnya masak hingga habis 2 adunan! Masa mula2 nak buat pancake tu K.Nor tak terfikir pun nak suruh dia. Masa tu dia duk lepak2 main tenet. K.Nor cuma tanya jer, "Nak belajar masak tak arini?" Dia terus jer jawab, "Nak!" K.Nor cakap la , meh belajar wat pancake. Dia pun terus ler masuk dapur. Dia kata biar dia buat semua. Mula2 masak tu, banyak yg ireng2 dan ada yg 'tercedera' hehe.. Tapi lama2 lepas dah diberi tunjukajar.. makin lama makin cun. Dia pun makin seronok nampaknya tu dan siap cakap lepas ni nak belajar lg masak2 menu yg lain lak. haha.. Org yg mmg tak reti masak dan tak pernah masak bila dpt buat sesuatu dgn jayanya ni mmg seronok kan. Kita pun seronok dpt ajar dan makan hasil tangan org yg kita ajar tambah2 lagi dr hasil tangan suami sendiri. Anak2 pun seronok gak tu dpt makan apa yg ayah dia org masak dan siap duk puji lagi, pandai ayah masak sbb pancake ni sedap! Tu yg si ayah bersemangat jer nak masuk dapur lg lepas ni.. hehe


Jom la layan Pancake Mayo yg dihasilkan sepenuhnya oleh cik abg K.Nor ni. Hari ni banyak kerja, kena masak awal2 sbb Naim nak balik ke asrama tengahari ni. Nak resipi Pancake Mayo sila ke SINI ya..