f Secubit Garam: Spaghetti Versi Anak Tekak Melayu

Tuesday, December 7, 2010

Spaghetti Versi Anak Tekak Melayu

Tau kenapa tajuk tu jd gitu? Haa... betul la tu, mmg rasa spaghetti ni sesuai sgt dgn selera anak tekak org Melayu. Sudah semestinya ada rasa pedas!! Menyengat! Berasap! Keluar abis air idung, air mata, air ..... haip!!! jgn kuning atau biru.. konar balik ya.. cukup la dgn air mata dan air hidung, jgn duk pikir air lain2 lak..Tak baik ya.. Memang pedas tp yg pastinya SEDAP!! Naim pun cakap sedap, siap menambah lg masa makan smlm. Yep semalam, bukan menu arini. Ni menu berbuka semalam utk K.Nor dan cik abg.. alhamdulillah.. Ada yg berpuasa lagi hari ni? Alhamdulillah.. semoga puasa kita mendapat keberkatan dr NYA.. amiin..


Tau tak sapa pemilik resipi spaghetti pedas berasap ni? Sapa lagi kalau bukan jejaka Sedenak nun.. erkkk.. silap2.. YB Sedenak! hehee... Masa ni la nak buat baik2 dgn YB, time pilihanraya tak leh buat baik, kang org kata ada udang disebalik mee sanggul.. kan.. hehe.. ampun Che Mat, kita gurau2 jer ya..

Cik Min pun dah buat menu ni kan, sedap kan.. K.Nor buat basah2 sket. Kalau nak tau, K.Nor guna semula air rebusan spaghetti tu. Pernah tengok kat AFC, chef tu guna balik air rebusan spaghetti utk menyedapkan lg rasa spaghetti yg dimasak. Asingkan air rebusan kedalam bekas lain dan toskan spaghetti yg dah direbus tu. Try la..insyaallah rasa spaghetti lebih enak! Ada satu part yg terpaksa K.Nor derhaka iaitu penggunaan meatloaf Ayamas tu. K.Nor ganti dgn sosej ayam Ramly dan sedikit chicken ball. Dan daun salam K.Nor ganti dgn daun ketumbar. Sori la ya Che Mat, bukan sengaja nak derhaka tp mmg tak pernah beli daun salam. Tak tau camna bau dia..Tp tau ada dijual kat rak spices di Giant tu, cuma tak terbeli jer hehe..


Halalkan ya Che Mat, nak kopipes resipi tu kat sini.. Insyaallah bakal dibuat lg nanti.. Tq..


SPAGHETTI LEMAK PEDAS by CMGebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cekak spaghetti
2 biji tomato ceri tomato, hiris bulat
1/4 bahagian red capsicum, dadu
1/4 bahagian green capsicum, dadu
1/4 bahagian yellow capsicum, dadu
1 helai bay leaf
3 biji cii padi, hiris halus (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/3 cawan susu cair IDEAL
1 keping meat loaf "ayamas", didadu
1/2 kiub pati ayam "Maggi"
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
Rebus spaghetti tadi hingga lembut mengikut arahan pada paket atau citarasa masing2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun dalam kuali tak melekat. Tumis bawang putih hingga layu, masukkan bay leaf dan meat loaf tadi, kacau sekejap dan tuang susu + air, biar mendidih. Tambah serbuk lada hitam dan kuib ayam, kacau dan biar masak perlahan.
Masukkan red/green/yellow capsicum bersama cili padi. Tambah spaghetti dan gaul rata. Masak hingga pekat, dan rasa jika perlu tambah sedikit garam. Bila dah ok boleh matikan api.
Alih ke dalam pinggan yang sesuai, hias dengan hirisan tomato dan taburkan sedikit lagi serbuk lada hitam. Hidangkan segera.