Friday, December 10, 2010

TERKINI ~ Tragedi Mati Lemas di Pantai Pandak, Chendering

Petang td semasa suami K.Nor bersama geng fotonya yg balik bercuti ke Kuala Terengganu berada di Marang, dia terima panggilan dr sorang kenalan yg memberitau ada kejadian mati lemas di Pantai Pandak, Chendering. Pantai ni mmg menjadi tumpuan org berkelah dan mandi manda. K.Nor dan famili pun sering ke sana sbb pantai tu mmg cantik. Suami K.Nor bersama teman2nya bergegas ke tempat kejadian.


Dari apa yg diberitau oleh org ramai kat situ, seramai 6 org telah dikhuatiri lemas. Kesemuanya org India yg dtg dr luar negeri Terengganu. Setakat ni 3 org dah dijumpai, sorang dimasukkan ke ICU, Hospital Nur Zahirah dan dua lg disahkan meninggal. Manakala 3 lagi belum ditemui setakat ni. Setakat ni kerja pencarian rasanya masih dijalankan.


Ermmm... rasa cam dah jd wartawan la pulak!!! Tak per la kan, sesekali siarkan kejadian yg berlaku berhampiran tempat kita kan. Mungkin dah keluar dlm berita OL kut skrg ni. Kalau nak tengok cerita yg lebih detail dan lagi gambar2 tempat kejadian boleh la ke ET ni ya..

** masa suami K.Nor tiba ditempat kejadian, ketiga2 mangsa yg dah dijumpai tu dah dibawa ke hospital.

Ralat:
minta maaf ya, smlm masa post n3 ni K.Nor terlupa mention yg semua mangsa adalah dr keturunan India.. kesilapan dikesali.. maafkan K.Nor