f Secubit Garam: 2010

Friday, December 31, 2010

Akhirnya ... 1000





Alhamdulillah.. akhirnya dah mencecah angka 1000 follower SecubitGaram smlm. Sebelum ni duk jeling2 tiap2 hari, bila la nak cecah angka 1000 tu dan sapa lah agaknya follower bertuah tu. Tup2 bila baca n3 Double Happines tu (sepatutnya jd trip
le kut hehe) baru perasan bila Love beritau dia yg dah jd follower ke 1000.. Congratulation & Thank U So Much Love!! Tak sangka Love yg jadi follower ke 1000 tu.. hehe

Sori!!! Lupa nak letak td padahal dah siap snap smlm dan save dlm fail.. hehe


Terima kasih buat mereka2 yg dah jd follower SecubitGaram. Tanpa mereka semua ni, takkan tercapai angka 1000 tu kan.. Semoga akan terus bertambah follower SG dr masa ke semasa.



Sejambak mawar merah ni special utk Love yg dah jadi follower ke 1000 SG. Thanks again dear :)
** sori ya Love, lambat sket n3 ni keluar, smlm tak larat nak gi beli roses :)


updated :

ish3.... ramai pulak yg merajuk bila bg Love sorang jer red roses ni.. Dah dia yg jd follower bertuah ke 1000 tu kan.. hihihi.. Ok.. ok... nah utk yg lain.. amik roses ya.. Yg merah spesel utk Love aje tau.. yg lain2 amik yg kaler2 ni.. cun gak kan :)

Ok pilih yg mana berkenan :)


Menu Ulang Tayang lagi..

Alhamdulillah, badan dah makin ok. Dah tak seram sejuk lg cuma serombong jer masih tak pulih. Biasa la, selsema mmg lambat sket nak pulih kan. Tak per, Allah menguji sket jer tu kalau nak dibandingkan dgn org lain yg sakit lagi teruk, kan. 


Masih gak masuk dapur tp tak la beronggeng kat dapur ya Izah.. Akak masak ala kadar jer ni. Kejap jer dah siap dan boleh makan. Main dish, lauk kegemaran cik abg Tumis Pedas Ikan Merah dan Bendi Goreng Telur sebagai penemannya. Pastu tak lupa kicap yg ditenyeh cili api sebagai pelengkap. Alhamdulillah.. berselera semua makan hari ni.



Thursday, December 30, 2010

Kek Alunan Kasih

Buat semua pengunjung maaf sbb dah malam baru boleh update blog. Tuan rumah rasa tak sedap badan lg nih. Masa awal pg td dah rasa ok, pastu masa on the way ke majlis ilmu kawan K.Nor tu, dtg balik rasa seriau sejuk semacam jer. Tak makan la ubat sebelum keluar tu, ingatkan dah ok. Nak tak nak lawan jugak rasa tak sedap badan masa kat majlis td.

Setelah selesai majlis, terus balik rumah. Tukar uniform dan terus masuk opis, maklumlah masa tu dah pkl 12 tghari. Kena masak cepat2 sbb Naim nak kena ke Bitara, ada kelas permulaan utk mengambil lesen memandu. K.Nor cuma masak yg ringkas jer, singgang ikan, ikan aya panggang, sediakan budu dan ulam2an dan tak ketinggalan nasi putih. Pukul 1 dah boleh makan tp K.Nor jer yg tak makan sbb dah makan kat majlis sebelum tu. Alhamdulillah... berselera dia org semua makan terutamanya Naim dan Aisyah mmg sukakan budu dan semestinya kena ada bendi celur bila time makan budu. Dah lama betul tak buat budu, tu yg Aisyah request nak makan budu.


Lepas masak dan kemas2 semua, K.Nor terus solat Zuhur dan lelapkan mata kejap. Rasanya adalah dlm sejam kut. Bila bangun terus ke dapur, godek kek utk minum petang. Boleh caya tak, dlm badan tak sihat, dpt buat kek! Betul tau, mmg buat kek ni la petang td. Seronok sungguh, hilang penat bila tengok kek menjadi dgn cantik sekali. Tapi K.Nor tak buat banyak layer/kaler, sekadar 3 kaler jer. Heran gak sebenarnya, masa buat layer2 tu, dah ratakan adunan dgn elok. Tapi bila siap dia jadi beralun2! Anak2 pun heran camna boleh ada naik turun gitu. Puas hati betul arini dlm demam2 pun boleh buat kek secantik ni. Alhamdulillah.. syukur.. Mudah2an kebah la demam ni esok.. insyaallah..


Jom la try Kek Alunan Kasih ni, tak sukar nak buatnya. Cuma ayakkan serbuk koko biar rata2 atas setiap lapisan tu. Insyaallah cantik hasilnya.. Resipi asal K.Nor tengok kat Fb, tak dtg seru lg nak buat. Tapi bila AmFlora buat, terus terpikat dan masukkan dlm list. Alhamdulillah.. tak sia2 mencuba. Terima kasih pd pemilik resipi, Puan Mastura dan mekasih juga buat Am, sbb Nor copy resipi kat rumah Am..


KEK ALUNAN KASIH
(Sumber : Pn. Mastura Yasak - FB {Kongsi Resepi})
sumber : AmFlora
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
5 Biji Telur
1 ½ cwn Planta atau (250g) - akak ltk 250g butter
2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je)
1 sudu kecil baking powder
½ cwn susu cair**
1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
*Sebuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.


Cara2:
Pukul planta/butter dan gula smpai kembang...
Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau…
Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan
ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…
Pengalaman sendiri :
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratkan adunan tersebut
serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit
bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.

**
gula K.Nor guna 11/2 cawan jer
susu cair K.Nor letak 1 cawan
adunan kuning + vanila
adunan hijau + paste pandan
adunan merah + paste strawberry.

Double Happines :)

Dikala org duk riuh rendah bersorak time tengok bola perlawanan antara Malaysia dgn Indonesia dlm Piala Suzuki mlm tadi, K.Nor join bersorak gak! Sambil kejap ke dapur, kejap ke ruang tamu ngadap game bola. Seronok punya pasal sbb bukan aje Malaysia menang tp apam ku mekar berjambak2!! Alhamdulillah.. Kiri kanan rumah, sampai ke kedai makan kat dpn nun pun gamat dgn jerik pekik. Bukan aje time masuk gol, time sepakan penalti yg tak masuk pun dia org bersorak sakan. Siap ada yg main mercun! haha... Tahniah la buat pemain2 Malaysia terutamanya penjaga gol yg terror tu. Memang syok layan game bola mlm ni disamping hasil kejadian apam yg menjadi ni.

Jom sarapan dgn apam yg mekar ni :)

Dah 2 hari sebelum ni sana sinun org duk tayang Apam Gula Melaka, resipi dr Ita@Rossitamz MyR ni. Mula2nya rasa kat rumah Yatie, pastu terbang ke rumah Hani, pastu ke rumah Mas lak ... ermm tak leh jadi.. tirguda sungguh! Tapi fobia gak nak buat apam nih, selalu jer masam. Nak kata sengih pun tidak. Tak kira lah, nekad gak mlm td menggodek apam lepas solat Maghrib walau badan rasa seram sejuk jer cam nak demam. Tekak pulak perit, cam nak selsema jer. Bila duk layan bola dan projek apam, rasa segar sikit hehe. Alhamdulillah, pagi ni dah ok.. Lepas ni nak ke rumah kawan sama mengaji, dia ada buat majlis baca Yasin sbb anaknya nak sambung belajar ke Mesir. Harap2 terus sihat la lepas ni bila dah duk dlm majlis ilmu nanti.. insyaallah..

Mula2 kukus dlm muffin tin ni tp hasilnya gedabak sket
spt dlm gambar di atas

Ok Ita, mintak izin ya, nak kopipes resipi tu kat sini. K.Nor copy resipi ni dari rumah Yatie. Mekasih juga buat Yatie, Hani dan Mas yg dah menggoda dgn cukup baik dgn Apam Gula Melaka ni. Thanks ladies :)


APAM GULA MELAKA
resipi: Ita MyR
sumber : Yatie Memories
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan
125gm gula pasir
125gm gula Melaka - dipotong kecil2
150ml air
250 gm tepung gandum
½ sudu teh soda bikarbonat
½ sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
1 biji telur
100 ml minyak masak
Papercup secukupnya.

Cara-cara
Sediakan acuan dan panaskan kukusan.
Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.
Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.
Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).

Pastu kukus dlm foil cup, baru la kiut sket saiznya..


Wednesday, December 29, 2010

Chicken 65 (Love Version)

Kali ni K.Nor cuba Chicken 65 resipi Love pulak. Sebelum dah pernah cuba yg versi Ayu S'pore. Dua2 sedap.. Love, K.Nor nak share kat sini lak ya.. Tq :)


CHICKEN 65 by love2cook
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Ingredients :~
3 pcs boneless chicken breasts ~ cleaned, skinned, cut into medium size (may also use any other part of the chicken)
2 tbsp garlic-ginger paste
150ml plain yogurt
2-3 tbsp chilli powder
1/2 tsp turmeric powder
salt
1 tsp vinegar
1/2 tsp orange/red food colouring
2 sprigs curry leaves
1 pc lime ~ juice extracted
2 onions ~ cut into rings (garnishing)
cooking oil


Method :~
In a bowl, mix chicken with garlic-ginger paste, yogurt, chilli powder, turmeric powder, salt, vinegar, color and curry leaves. Leave to marinate for about 1 hour (the longer the better).
Heat oil in wok, deep-fry the chicken together with the curry leaves till cooked. Dish out.
Squeeze some lime juice over the chicken and serve together with onion rings.
This dish goes well with any rice/bread/naan.

Asam Pedas Batang Keladi

Hari ni masak batang keladi lagi. Ni kes nak abiskan 2 btg keladi belen yg buat Sayur Pedas Batang Keladi yg semalam sebelum ia menopos hehe. Saja2 mencuba buat stail asam pedas lak. Alhamdulillah sedap gak tp selera anak2 lebih suka yg jenis sayur pedas tu. Tak per, tak cuba tak tau kan. K.Nor tak jadi hal, asal batang keladi, mmg suka. Lg syok kalau dapat ratah gitu jer, pastu hirup kuah yg masam2 pedas tu.. perrghhh syok!


ASAM PEDAS BATANG KELADI
resipi: K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 btg @ 300 gm btg keladi
1 kpg asam keping
air secukupnya

Panaskan air bersama asam keping hingga mendidih.
Masukkan batang keladi yg dah disiang dan dipotong.
Celur sekejap hingga batang keladi lembut ( jgn sampai lembik)
Angkat dan toskan.
~~~~~~~~~~

Bahan kuah:
5 bj bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit kunyit hidup
5 tangkai cili kering
1 sudu besar udang kering
2 kpg asam keping
1 sudu besar sos ikan ~ optional
daun kesum
garam dan gula secukupnya


Blend bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, cili kering dan udang kering.
Masukkan bahan blend dan asam keping ke dalam periuk yg dah dimasukkan air.
Masak hingga mendidih dan masukkan sos ikan, garam dan gula secukup rasa.
Masukkan batang keladi dan biarkan merenih seketika.
Padamkan api dan boleh lah dihidangkan panas2.

** boleh gak kalau nak masukkan sedikit belacan dalam bahan yg diblend.

Talam Ubi

Masih dlm mood kuih muih berasaskan ubi. Maklum aje la kan, skrg ni musim hujan mmg banyak ubi 'timbul di tepi jalan' maupun di pasar2. Dah lama betul simpan hajat nak buat Talam Ubi ni, akhirnya terlaksana gak. Kalau kat Tganu org panggil Beka Ubi. Selalunya ada dijual di pasar2. Kalau kat K.Trg ni K.Nor biasanya ada dijual kat Pasar Chabang 3, Pasar Maghrib dan Pasar Batu 6. Cara packing tu dia org bungkus dlm daun pisang. Memang best betul nak2 kalau 'kepala' yg putih tu lembik2 sket.


Resipi Talam Ubi ni K.Nor guna yg diambil kat MyResipi, kepunyaan K.Fida. Sedap cuma bahagian bawah tu keras jer sket.. K.Nor suka yg lembut2 sket. Kata MIL K.Nor, kena campurkan sedikit air dlm bancuhan bahagian bawah tu. ermmm.. siap bagi kat MIL tu tau, nak bg dia rasa air tangan menantu dia buat lak. Dulu2 dia selalu buat. Kalau dia buat mesti dia roger2 menantu dia ni, utk gi makan.. hehe Tak leh nak mintak resipi dia sbb dia main humban jer tak ada sukatan pong. Tp bila dia makan yg K.Nor buat ni, katanya semua dah sedap cuma bahagian bawah tu kena campur dgn air sket supaya tak keras. Dlm resipi K.Fida ni, dia cuma suruh campurkan air dlm parutan ubi kayu kemudian tapiskan. Lain kali nak buat lagi dan nak tambah air lak bahagian ubi tu..

Mintak izin ya K.Fida, Nor nak letak resipi tu kat sini utk rujukan di lain waktu.. Mekasih.

TALAM UBI by K.Fida MyR

Bahan-bahan ( loyang 9x9 inc. )
Lapis Bawah :-
550 g ubi parut*
150 ml air* (* dicampur,tapis dan ambil sagunya)
170 g gula melaka**
100 g gula pasir**
135 ml air**
1 helai daun pandan - disimpul** (** dimasak,tapis dan sejukkan)
1/2 cawan kelapa parut putih (55 g)
1/2 sk garam
sedikit pewarna coklat (opt)

Lapis Atas :-
580 ml santan pekat (200ml KARA + air)
60 g tepung beras (6 sb)
20 g tepung kanji/ubi (2 sb)
1 sb gula pasir
1/2 sk garam

Satukan bahan2 lapis bawah dan tuang ke dalam loyang bergris yang dipanaskan dulu dan kukus 25 min. Garis2kan permukaan kuih dgn pisau atau garfu sebelum menuang lapisan atas.
Satukan bahan2 lapis atas,tapis dan masak hingga berwap sambil dikacau sentiasa.Matikan api dan tuang perlahan2 ke atas lapisan bawah tadi dan kukus lagi selama 25-30 min.
Biarkan kuih benar2 sejuk baru dipotong dan disajikan.

** K.Nor guna loyang 8"x 8"
utk bahagian bawah/bahagian ubi tu K.Nor guna campuran gula merah

Tuesday, December 28, 2010

Sayur Pedas Batang Keladi

Masakan ni adalah masakan org T'ganu. Kalau di negeri lain selalunya masak cara asam pedas atau asam rebus kan. Masakan ni menjadi salah satu pebret K.Nor sekeluarga. Kalau bulan puasa mmg selalu ada dijual kat bazar Ramadhan tp K.Nor tak suka beli sbb tak menepati citarasa kita org sekeluarga. Buat sendiri lg best hehe..


Bila masak menu ni mesti ada ikan panggang/goreng, ikan kering/masin goreng dan sambal belacan. Waahhhh manyak syok! Boleh menambah2 bila makan. Org kata kalau ex-bopren lalu kat belakang pun tak nampak, gerenti punya.. Taaaaapiiiiiiiiiiiiiii.. kalau Maher Zain lalu, gerenti berpaling!! hihiihii..



SAYUR PEDAS BATANG KELADI
resipi: K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
2 batang @ 300gm batang keladi
1 kpg asam keping
air secukupnya

Didihkan air bersama asam keping.
Siang/potong dan bersihkan batang keladi dan masukkan kedalam periuk.
Celur sekejap tp jangan sampai lembik.
Angkat dan toskan.

Bahan kuah:
3 bj bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
1 ekor ikan selayang saiz sederhana ~ amik isi
1 sudu besar budu
1/2 sudu kecil kerisik
daum kesum/kemangi
1/2 liter air
garam

Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada hitam dan isi ikan hingga lumat.
Bancuhkan bahan tumbuk dgn sedikit air supaya bila kita masukkan ke dalam kuah, isi ikan tidak berketul2.
Panaskan air dlm periuk dan masukkan bahan tumbuk dan budu.
Masak hingga mendidih dan masukkan batang keladi bersama dgn asam keping td.
Masukkan juga kerisik, daun kesum/kemangi dan garam.
Boleh dimasukkan sedikit gula jika suka.
Masak hingga mendidih dan padamkan api.
Boleh lah dihidangkan dgn nasi panas, ikan panggang, ikan kering goreng dan sambal belacan.
Insyaallah terangkat! :)


Donut Keledek

Sesi menghabiskan keledek oren yg berbaki 3 bj lagi smlm lepas buat Onde2 Keledek. Saja2 gatal tangan derhaka kat resipi asal Donut Kentang Ros.. ampun maaf ya Ros hehe.. Tp kan, mmg sedap donut ni, lembut jer. Haa... masa sejuk lama pun masih lembut, disebabkan adanya keledek dlm bahannya tu.


Sebenarnya kan, K.Nor bukan aje derhaka tang penggunaan bahan utama donut ni. Disebabkan K.Nor buat 2 adunan sekali gus (bukan tamak ya, mmg selalu buat lebih sbb Luqman mmg antu donut tambahan lak mmg plan utk wat sarapan pg ni.. Opsss lupa nak cakap, ni projek ptg smlm. Yg pagi ni digoreng balik jer kejap. Kaedah utk buat donut frozen ni (kalau utk makan dlm sehari dua, just letak kat fridge jer tak perlu letak kat freezer) goreng donut cam biasa tp jgn sampai garing. Kiranya goreng 1/2 garing jer, angkat dan toskan. Biarkan betul2 sejuk dulu baru simpan dlm bekas bertutup dan masukkan dlm freezer/fridge. Mudah aje bila terasa nak makan, terus aje goreng bila minyak dah dipanaskan. Kalau dulu2 selalunya K.Nor uli sampai 1kg tepung utk buat donut dan frozenkan. Uli tangan aje tau.. masa tu mana ada lg Bibik Melayu ni :)

Versi bebola
senang nak ngap :)

Haa.. berbalik pd bab derhaka, bila dah timbang keledek yg direbus tu, terlebih dr sukatan yg diperlukan.. K.Nor pun memandai2 la edit tang sukatan lain. Nanti kat bawah/foot note K.Nor akan letak sukatan yg K.Nor buat smlm. Buat Ros, mekasih sbb dah share resipi Donut Kentang ni. Izinkan K.Nor panjang2kan kat sini lak ya... Tq Ros :)

Sebelum digoreng.. cantik jer kan kaler oren
tak ada pewarna tambahan,,
bak kata Ayu, natural beauty hehe

DONUT KENTANG
by Ros Jintan Manis
sumber: K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahannya
250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)

Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..
Versi Big Apple Keledek ^____^


**
Ni sukatan yg K.Nor buat utk 2 adunan bg Donut Keledek

sumber: K.Nor@SecubitGaram
500 gram tepung gandum
200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
4 sudu besar susu tepung
1 biji telur ( dipukul sedikit)
200 ml air suam ~ k.nor lebihkan air sbb guna 1bj telur jer
3 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula ~ gula dikurangkan sket sbb keledek dah ada rasa manis
3 sudu kecil yis ~ lain kali nak kurangkan sket

Monday, December 27, 2010

Gader2 @ Puchong

Dah seminggu gambar2 ni terperap dlm fail. Tak per la kan, better late than never.. Kena letak gak kat sini, at least sebagai kenangan di masa akan datang. Bukan senang nak gader2 camni. Almaklum lah, K.Nor ni duk jauh di Tganu. Bukan senang nak ada peluang nak gader2 dgn geng2 forum or blogger ni :)

Haifa Hadhirah

Masa plan nak ke Puchong baru2 ni, K.Nor ada contact Lily (Lilydvalley MyR) beritau yg K.Nor sekeluarga ada nak ke sana. Pastu tanya la mdm ni, dah gi tengok bb Zie@Ziehelmy MyR ke belum? Bila Lily jawab belum gi lagi, terus ajak dia gi sekali. Pastu pakat la dgn Lily nak gi hari Ahad, 19 Dis tu. pastu plan dgn Lily nak ajak geng2 forum MyR yg lain spt Izah, Kakyu, Bee, Rabiatun, Ton, Hani@Hunny, Ayu.. Mulanya K.Cik pun plan nak join gak. Tapi bila tiba hari nak jumpa tu, ramai yg tak dpt join.. sedih gak rasa.. tak per la.. Tak ada jodoh nak jumpa la tu kan.. Yg hadir cuma K.Nor, Lily dan Bee. Hani pulak 'paksa' hehe kita org ke rumah dia lepas dah ziarah Zie dan bb nya tu. Kiranya paksa dlm rela la kan..


Dari rumah Zie, kita org naik kereta Lily ke rumah Hani di Puchong Perdana. masih gak sesat tp tak la lama sgt. Alhamdulillah.. sampai gak rumah Hani. Hani dah siap dgn mcm2 hidangan atas meja. Kiranya kita org buat potluck la kat rumah Hani tu. Bee bawak savory puff dan Lily pulak bawak cuppies. Seronok betul dpt gader kat rumah Hani, walau secara kecil2an jer. Lepas makan, kita org solat Zuhur pastu berangkat pulang. Mekasih buat Hani yg sediakan mcm2 juadah utk kita org aritu. Ada Mee Bandung, ciskek dan Puding Laici. Sendat perut balik rumah aritu hehe. Mudah2an diizinkan Allah agar kita dpt jumpa lagi di lain waktu..




Part yg paling best nih.. heeeeeeeee... nak tayang gak, tak kira! Jgn ada yg jeles ya.. Ni bukan hadiah tp K.Nor bayar tau! Imported! Memang betul2 suprise bila Lily buka boot kereta dia dan nampak kotak ni. Dah lama duk ngidam benda alah ni.. Duk ngendeng dgn "yg sorang" tu sbb berkenan sgt2. Si pengirim/pembeli tu kirimkan benda ni melalui SIL Lily yg kebetulan ke "sana" Alhamdulillah... seronok tak terkira bila benda dah depan mata! Rasa nak call jer si pengirim tu.. hahaha... Mekasih banyak2 buat *** yg sudi belikan utk K.Nor Cupcake Stand ni dan mekasih banyak2 gak buat Lily (yg pandai simpan rahsia hehe) serta SIL Lily tu.. mekasih daun keladi semua ya... psst!! *** kalau ada lg yg cun melecun beritau la ya.. boleh order lagi nanti.. hahaaa..

Simple but very2 nice!

Dan ni pulak gift dr Bee dan Hani... Mekasih banyak2. Segan sungguh sbb tak sempat nak beli apa2 sebagai buah tangan aritu.. hu hu..



*Maaf ya, mutu gambar2 kurang memuakan, sbb guna kamera tecik jer. Kamera gedabak gi ikut tuannya outing kat Zoo bersama geng2 foto hehe*


Kurma Ayam

Salam semua....


Kurma Ayam?? Atau Ayam Masak Kurma?? Sama jer rasanya tu kan.. hehe.. Lama tak buat Kurma Ayam, sekali buat Luqman makan nasi bertambah2. Harum semerbak bau lauk ni katanya. Along dulu pun suka makan Kurma Ayam. Sejak dia jauh ni dah lama betul K.Nor tak masak lauk ni.

Updated:
Melayan permintaan Izah yg nak resipi Kurma Ayam yg simple ni. Sebenarnya K.Nor tak pandai gak nak masak Kurma Ayam yg sedap2. Kalau nak tau K.Nor cuma ikut cara yg kat belakang pack rempah Kurma Adabi tu jer. Dan cara ni la yg K.Nor duk guna selama ni. Meh nak letak kat sini resipi olahan Kurma Ayam stail K.Nor (lebih kurang yg belakang pek rempah kurma tu gak ni)


KURMA AYAM

1/2 ekor ayam ~ dipotong
1 labu bawang besar ~ dihiris nipis
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1/2 in halia ~ dihiris halus/pjg
1 paket rempah kurma Adabi ~ bancuh dgn sedikit air panas utk jdkan pes
4 cawan santan (sederhana pekat)
2 bj ubi kentang ~ dipotong
1 bj tomato ~ dipotong 8
1 bj cili merah ~ dibelah 2 tp tak putus
garam dan gula (jika suka)
minyak

Panaskan minyak dan masukkan bawang besar.
Goreng hingga bawang kekuningan dan masukkan bawang putih dan halia.
Goreng lg hingga wangi.
Masukkan pes rempah kurma, kacau2 dan biarkan hingga pecah minyak dan masukkan ayam.
Gaul ayam hingga mesra/sebati dgn rempah dan biarkan seketika (boleh dimasukkan sedikit air jika rempah terlalu pekat).
Bila ayam dah bertukar warna, masukkan santan dan ubi kentang (gunakan api sederhana jer)
Masak hingga mendidih dan jangan lupa utk mengacau supaya santan tak naik kepala.
Masukkan tomato, garam dan sedikit gula.
Bila ayam dan ubi kentang dah empuk, masukkan cili merah.
Kacau dan biarkan sekejap, boleh lah dipadamkan api.
Sedia utk dihidangkan.


*kalau kuah agak pekat, boleh lah dimasukkan sedikit air panas dan masak utk seketika lg.


Onde2 Keledek

Ini la hasil projek petang semalam, onde2 Keledek. Sebelum ke Puchong baru2 ni ada beli sedikit ubi keledek tp tak sempat nak buat apa2 dgn keledek tu. Duk la termenung kat dapur. Kesian la pulak. Ingatkan dah masuk angin, tp alhamdulillah.. masih ok lg. Masa masuk rumah Yatie smlm terpandang dia buat Onde2 Keledek ni terus ingin nak cuba. Bila direbus, sedap pulak ngap keledek isi oren ni. Aisyah pun sama naik duk ngap gak. K.Nor mmg suka makan keledek rebus atau keledek goreng.. best!


K.Nor guna keledek oren jd K.Nor skip jer la pewarna dlm adunan tu. Kiranya pewarna asli gitu hehe.. Kalau buat dgn keledek jepun yg kaler purple tu pun cantik gak kan.. jadi la onde2 kaler purple, kan...

Mintak izin ya Yatie, K.Nor nak C&P resipi tu kat sini. Mekasih..

ONDE-ONDE KELEDEK
sumber: Yatie Memories
sumber: K.Nor@SecubitGaram


Bahan-Bahan
2 cawan keledek- yg telah direbus dan dilenyek
2 cawan tpg pulut
1 ketul gula melaka - dipotong kecil2
1/2 biji kelapa - diparut putih sahaja dan digaul dgn secubit garam
pewarna kuning
1/2 cwn air atau secukupnya- utk diuli dgn adunan dan utk merebus onde2


Cara-cara
Lenyek keledek yg di rebus hingga lumat dan digaul sebati dgn tepung pulut. kemudian masukkan air sedikit2. Seterusnya masukkan sedikit pewarna dan gaul rata hingga menjadi doh.
Kemudian buat bebola kecil, masukkan potongan cula melaka ditengah2nyer tutup dgn kemas dan golekkan supaya menjadi sebiji bola. Lakukan sehingga adunan habis.
Jerang air dlm periuk hingga mendidih. Masukkan bebola tadi kedlm air mendidih. Angkat apabila ia sudah terapung (maknanya... dah masak la tu..)
Akhir sekali golek2kan diatas parutan kelapa tadi.

Sunday, December 26, 2010

Ariqa Fatina

Ni adalah cucu sdara ke 2 bg K.Nor, adik pd Azrul yg pernah K.Nor tayang gambar2 dia dulu. Nak tengok boleh klik kat SINI. Mummy Azrul dan Ariqa ni adalah anak sulong kepada sister K.Nor yg duk kat Puchong tu. K.Nor mmg dah plan dr awal utk jenguk 'cucu' baru ni yg dilahirkan pada 27 Nov 2010 masa ke Puchong minggu lepas. Sepatutnya Ariqa ni  jadualkan dilahirkan pada 12 Dis tp dia dah tak sabar2 nak keluar dan nak tengok dunia hehe. Alhamdulillah, pd pukul 1.02am, 27 Nov, bb Ariqa Fatina ni selamat dilahirkan dan still keluar melalui 'tingkap'.

ARIQA FATINA

Jom layan gambar2 Azrul, si model cilik yg tomei nih.. Tak larat nak mengedit gambar2 dia yg banyak tu. Pandai sungguh bergaya dpn kamera. Dengan keletahnya yg nakal, buat hati sentiasa rindu nak jumpa dia lagi. 





Pok Man sedang melayan keletah anak sepupu :)

Telur Masak Sambal


Menu yg tak pernah jemu dimakan dan selalunya dimasak bila time cuti sekolah. Sebab apa? Sebab banyak kenduri kawin dan banyak la dpt telur rebus..kan.. hehe Tapi sekarang ni dah jarang2 org bagi telur rebus sbg cenderamata atau buah tangan masa kat kenduri kawin. Dah la leceh, banyak kerja yg perlu dilakukan bila bg telur rebus ni. Mula dr membasuh telur, merebus berjam2, angkat dan sejukkan sampai la nak kena isikan dlm bekas bunga telur. Tambah lg harga telur sekarang bukan main mahal tu. ermmm kita tinggalkan bab bunga telur ya.. kembali ke menu hari ni la ya.. Nak gi godek2 sesuatu utk minum petang nih..

Saturday, December 25, 2010

Menjawab Tag yg Terlewat



Maaf banyak2 buat Cplud Miera yg menghadiahkan Awesome Chef Award dan mentag K.Nor... Tak sangka la pulak kena taq masa pergi bercuti baru2 ni. K.Nor ni bukannyer chef handalan tau Miera , takat main masak2 kat dapur sekangkang kera tu boleh la.. Nak sampai ke tahap chef tu jauh sgt2 lagi rasanya..Tp kalau dah org memberi, kena la menerima dgn hati terbuka. Jutaan terima kasih K.Nor ucapkan buat Miera yg merekacipta award ni utk beberapa org dr blogger masakan. Terharu pun ada gak rasanya ni.. hehe.. Jadi utk tak nak menghampakan niat baik Miera yg dah menghadiahkan award ni, kena la jawab tag yg diberi. Kalau ikutkan hati, huhu.. malessssssssssssssss sungguh menjawab tag. Bila difikir2kan agaknya nak kena ubah pendirian dah kut. (agaknya kena jd azam tahun baru 2011 hihii) Dulu masa mula2 buat blog ni, mmg tak suka sungguh ditag. Kalau org bg award, kecik tapak tangan, talam besor K.Nor tadahkan. K.Nor akan cuba la menjawab tag2 yg mendatang. Tapiiiiiiiiiii kena tengok gak tau tag2 yg camana.. kalau ada yg mengarut atau yg tak senonoh/masuk akal tu.. harap maaf la ya.. Memang tak akan dilayan.. hehe.. Pernah gak tau K.Nor tengok org tag dgn soalan2 yg org kata, "citer dlm kain".. harap faham maksud K.Nor.. Tak baik citer benda2 yg tak sepatutnya kita citer kat org lain.. Islam melarang bab tu ya..

Ok berbalik pd tag dr Miera ni, award dan tag yg sama jugak K.Nor terima dr Ayu@Citarasa Rinduan, Che Mat Gebu dan Dayang Jack. Jadi K.Nor jawab sekali gus la ya dlm satu n3 ni. Mekasih buat semua yg menghadiahkan award tu buat K.Nor.. Lain kali bg award yg tak ada tag ya lepas ni.... hihihii


Pemberi award dan tag:

ermmm....kena jawab soalan ya... ok2..

1) Sejak Bila anda mula memasak dan apekah masakan pertama anda?
~ ermm.. bila ya.. betul2 tak ingat secara tepat ni. kalau bab buat kukis raya, rasanya masa sekolah rendah lg. masa tu duk tulun sister sulong K.Nor yg buat.
~ kalau bab masak lauk pauk, rasanya dah masuk sekolah menengah kut.. ada cerita disebalik tabir yg menyebabkan K.Nor tak main masak2 masa umur yg lebih muda atau masa masih bersekolah rendah.. biar la citer tu hanya mereka yg tertentu jer yg tau..
~ mula betul2 memasak sorang diri utk dihidangkan pd org lain masa ayah dan arwah mak tiri K.Nor ke Mekah (tahun 1988). kena amik alih tugas memasak sbb abg dan SIL kerja. Maaf la mmg tak ingat la masak lauk apa tp mmg masak menu lunch dan dinner utk dia org (termasuk anak sulongnya) serta abg K.Nor yg sorang lg.
~ sebelum tu biasa gak gi kelas Kemas yg jiran sebelah rumah buat.

2) Sape yg menggalakkan anda memasak ni?
~ kalau sebelum kawin, tak ada sapa2 yg galakkan. Sbb memang minat memasak dan baking. Mungkin mengalir dr arwah ibu kandung K.Nor.
~ lepas kawin semestinya la cik abg dan anak2 yg menjadi pendorong utama kan hehe

3) Masakan yg paling anda suka masak dan paling digemari org2 kesyangan anda?
~ semua K.Nor suka masak sbb dia org suka makan semua yg K.Nor masak! Baik ayam, ikan, daging, seafood
~ pun suka masak mee atau pasta
~ kalau bab baking, semestinya suka buat roti! :)

4) Tag 5 org blogger masakan yg sering berkunjung ke blog anda ;)
~ ermmmm... rasanya award dan tag ni dah lama on air kan. dan rasanya dah ramai yg kena tag dan org2 yg selalu dtg blog ni pun dah kena tag sama. jadi K.Nor skip aje la bab tag 5 org yg selalu dtg ke Secubit Garam ni. harap Miera dan lain2 tak marah ya.. hehe

Ok ya semua, harap puas hati dgn jawapan yg diberikan.. Kalau tak puas hati gak tu, tak tau la nak citer camna lagi.. hehe

Udang Mamak


Menu yg sangat2 sedap, mmg direkomen pd penggemar seafood maupun penggemar menu mamak. Rasanya kalau nak buat guna ayam pun boleh cam Izah dan Mas pernah buat. Rempah kari tu K.Nor lebihkan sket baru terasa kari pd masakan ni.

Udang yg K.Nor guna ni hasil shopping kat pasar di Kuala Kemaman smlm masa on the way balik ke K.Trg. Segar2 sungguh hasil laut kat situ. Nak rembat banyak2 pun kereta dah sendat dgn beg2 dan barang2 lain. Jom la layan n3 masak2 pertama lepas balik dr cuti2 ke Puchong selama seminggu ni. Mintak izin ya Soda Hikari (empunya resipi Udang Mamak yg mabeles ni) K.Nor nak share resipi tu kat sini pulak ya.. Tq..



UDANG MAMAK by Soda Hikari
sumber: HanaMemories , K.Rose
sumber: SecubitGaramNor67


Bahan-bahan
1 kilo udang - kalo udang galah, lagi terbaekk punya
2 biji limau nipis - ambil jusnya
1 biji bawang besar - cincang
1 biji bawang putih - cincang
1 cm halia muda - tumbuk
1 batang serai - di ketuk
1/2 cawan air/stok ikan
1 susu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar serbuk kari ikan - k.nor letak 2 sb
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 senduk gulai cili kisar ~ k.nor letak 3 sb
2 tangkai daun kari
4 helai daun pandan
Garam, gula serbuk lada sulah

Cara-cara
Perapkan udang dgn garam, serbuk lada sulah & jus limau untuk seketika.
Panaskan minyak, goreng udang hingga masak, ketepikan.
Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, daun pandan, daun kari hingga naik bau.
Masukkan bawang putih, halia, serai, serbuk kari & cili kisar, goreng seketika.
Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, stok ikan, garam, gula secukup rasa, gaul sebati.
Last, masukkan udang, balik2 kan & tutup api.


**
K.Nor guna 650gm udang jer dan sukatan bahan2 lain semua ikut resipi.
Saja tak kurangkan sukatan bahan2 lain supaya dpt lebih gravy.
1/2 dr perahan jus limau tu k.nor gaul dgn udang dan 1/2 lg k.nor masukkan dlm kuah.



Kembali Bersiaran...


Alhamdulillah... selamat dah tiba kat rumah masuk waktu Maghrib petang semalam setelah seminggu jalan2 telan angin, cuci2 mata yg berdebu dan sedikit acara kempiskan poket hehe... Rasanya ni la kepuasan sebenar bila bercuti bila dpt ke tempat2 yg dah lama duk aim nak gi. Tambah lg dpt ronda2 dgn sister K.Nor dan anak2 K.Nor serta anak dara bongsu dia selama 3 hari berturut! Memang best kan bila dpt gi tempat2 yg menepati citarasa org pempuan ni kan.. Selama 3 hari tu la cik abg ke Nilai, Bangi, Shah Alam, KL dan Rawang serta Puchong Tasik Prima utk menyiapkan tugasan photo shooting yg diperlukan. Dr pagi dia keluar hingga la sampai ke larut malam baru la balik. Alhamdulillah semua tugasan settle pd hari Khamis. Dgn sbb tu la hari Jumaat (smlm) dpt la kita org berangkat pulang ke Tganu. Selagi tak settle mmg terpaksa la stay kat Puchong tu. Kalau ikutkan boleh aje stay sehari dua lagi tp Naim perlu balik sbb dia kena ke sekolahnya semula esok (Ahad) Ada acara graduasi yg diaturkan oleh YIK utk pelajar2 sekolahnya.


Macam biasa la kan, bila balik dr holiday ni.. Acara yg paling tak best nak kena buka kedai dobi, nak2 time menarah bukit kain tu nanti hu hu... Meh la sapa2 yg tak ada kerja tu, tulun2 tarah bukit kain kat sini.. Nak upah???? ermm boleh aje... jom tengok upah apa yg K.Nor nak bagi ya.. JOM!! ^____^

Amacam?? Best tak offer di Big Apple ni untuk upah tarah bukit kain? hihihihi

Haa.... bg yg duk tunggu2 ole2 dr K.Nor, amik la yg ni lak ya.. 
Silakan amik seketul sorang.. tak leh lebih2.. dan jgn berebut tau! Sopan2 sket ya mak2 dara ^_____^


Tuesday, December 21, 2010

Yuhuuuuuuuuuu ^_____^


Salam semua... wahh rindunya nak BW, nak gurau2, nak main masak2.. Mekasih dr K.Nor buat semua yg sudi bertandang dan meninggalkan komen di n3 sebelum ni serta di shoutbox. Kehadiran serta komen2 dr anda dan anda semua amat2 dihargai. So touching ler, terasa diriku amat berharga..... chewahh.. hihii..

Buat masa ni K.Nor dan famili masih berada di Puchong Putra Perdana (rumah sister K.Nor). Cik abg hari ni sibuk dgn photojobnya di Bangi dan Nilai. Sementara K.Nor, sister dan anak2 sibuk gak.. Kita org sibuk cuci mata kat IOI Mall dr pagi hingga ke petang!! hikhik.. Maka tercapai la hajat di hati nak menjejakkan kaki ke Daiso!! Bg sapa2 yg nak botol mayo 3 mata tu boleh la ke sana ya. K.Nor tengok td ada stok botol tu kat situ.. hehe sempat lg mengempen tu! Rasanya tak la banyak, tak sampai 7 botol kut.

Ok la ya.. tak leh nak pot pet banyak2.. Laptopnya satu, kena gilir2 guna. Lain kali andai berkesempatan K.Nor akan on air lagi, insyaallah. Nak upload gambar2 "cucu" ke2 dan gambar gader2 pun tak leh gak lagi. Rasanya kena tunggu balik rumah dulu kut.. Bila?? Ntah ler, tak tau lagi, tunggu habis job dia baru boleh balik.. Sampai kita ketemu lagi, jgn lupakan K.Nor ya.. mmmmuah!! sayang semua ^_____^

Friday, December 17, 2010

Hasil Kebizian...

Ni la dia hasil dr kebizian seharian arini. Tak termasuk menu lunch hari ni, Nasi Ayam. erkkkkkkkkkk!!! Nasi Ayam lupa nak posing.. hehe

Yg dah settle:
Kek Coklat Marble Shiela Mambo (anak sdara yg request utk besday dia Ahad ni)

2 biji Eggless Chocolate Cake (utk org dlm pantang hehe)


Yg belum settle:
1. bukit baju belum ditarah... dah siap tarah pun :)
2. pakaian belum pack lagi.. hu hu...

Conclusion????
P E N A T !!!!!
^________^






Insyaallah, awal pagi esok K.Nor sekelurga akan ke Puchong, Selangor. Suami K.Nor ada beberapa photo job yg perlu dilaksanakan. Mem besar kena la ikut kan, mana boleh tinggalkan mem besar lama2. Kalau sehari dua tak kisah sgt. Berkemungkinan seminggu gak nanti projek dia baru siap tu. Cepat siap, cepat la kita org boleh balik. Dah mem besar pergi, anak2 kena la dibawak sama. Mana boleh nak honeymoon berdua jer. Lagi pun kan sekarang cuti sekolah, boleh gak bawak dia org jalan2. Boleh la dapur K.Nor amik MC lama sket kali ni. Ni tak, siang malam 7x seminggu duk beroperasi jer.. Kesian dia kan.. huhu.. si tukang masak jer tak ada org nak kesian hehe

Mana2 yg singgah sepanjang tuan rumah gi holiday ni, terima kasih K.Nor ucapkan. Pada yg nak amik resipi, silakan.. (ingat ya, resipi aje... serik rasanya hu hu) slmt mencuba mana2 resipi yg dipost kat blog ni. Pada yg merindui (ada ke yg akan rindukan tuan rumah? mudah2an ada la kan..) rindu anda sangat dihargai.. mudah2an kita berjumpa lagi nanti.. insyaallah.. Yg rajin dtg tiap2 hari dan jadi pengomen tetap spt PIA, jgn lupa datang gak tau, tolong kemas mana patut, tolong sapu2 lantai, sapu sawang ya PIA. Dapur dah pun K.Nor lap tu hehe.. Ha.... Jgn dimintak ole2 sbb tuan rumah bukan gi soping moping, gi lepak2 jer kat rumah sister K.Nor kat Puchong nun disamping jenguk 'cucu' ke 2. Tak sabar nak tengok cucu baru.. 

Kalau berkesempatan, K.Nor akan cuba jenguk Secubit Garam dan jugak FB. Al maklum la kan, duk rumah org ni payah sket nak lepak2 dpn PC :) Ok ya... nak gi pack baju lak.. huhu... malesnyer... sapa2 nak ikut, tunggu kat highway Pantai Timur ya... haha.. Jumpa Lagi.... mmmmmmmmmuah!! Sayang semua.. ^____^