Jom layan bubur kacang pulak ya... Lama tak buat ni. Kali ni buat letak gak isi durian tp letak dlm mangkuk jer. Tak masukkan sekali dlm periuk masa memasak bubur kacang ni. Ni sbb Along kurang suka makan bubur kacang yg ada letak durian. Jadi jalan mudah, tenggekkan ajer isi durian tu dlm mangkuk bubur kacang bg sapa2 yg nak.. senang citer kan.. :)
Monday, January 31, 2011
Kerabu Ikan Tongkol
Sedap, enak dan menyelerakan bila dimakan dgn nasi putih panas2. Rasanya bg K.Nor tak perlu dah lauk lain, mmg dah cukup pekena kerabu ikan ni dgn nasi putih aje. Rasa masam dr limau kasturi, lemak dr ikan dan pedas dr cili padi tu, amat ngam sekali.
Resipi diambil kat rumah Yani Deco Choco, resipi asal dr Watierman MyR. Mintak izin ya K.Nor nak share resipi tu kat sini pulak.. Mekasih..
KERABU IKAN TONGKOL by Watierman MyR
sumber : Yani Deco Choco
sumber: K.Nor@SecubitGaram
Bahan-bahan
1/2 ekor ikan Tongkol(ikan Kayu) sederhana besar
2 labu bawang besar
2 biji cili merah
5 biji cili api (boleh tambah kalau suka)
sedikit air asam jawa dicampur dengan secubit belacan dibancuh
secubit garam ikut selera anda
air perahan limau kasturi/ limau nipis
sedikit gula ( ni sy tambah)
Cara-cara
Ikan tongkol dicuci bersih dan dibelah dua
lumurkan sedikit garam pada ikan dan dibakar
Biar ikan masak sebelah baru dialihkan ke sebelah lagi
Sementara menunggu ikan masak bolehlah menghiris nipis...bawang besar, cili merah dan cili api
Bila ikan dah masak perisi ikan macam nak buat kuah laksa
Campurkan dengan bahan yang dihiris tadi
gaulkan bersama dengan air asam & belacan, garam secukup rasa dan perahkan limau kasturi ....dah siap untuk dihidangkan...Cubalah!
French Loaf With Cheese And Tuna
Salam...
K.Anim, Nor dah buat!! CEDAP!!! Dari sebatang roti perancis tu, dpt banyak gak la.. Memang cukup puas hati bila makan ni masa sarapan. Rasa roti yg rangup tu, tambah lagi dgn rasa sardin dan tuna pastu dgn rasa cheese yg menambahkan lemak2 kat badan.. semestinya la enak bangat!! Memang sedap la.. Boleh dibuat lagi dan lagi nih.. Mudah sgt2 nak buat.
K.Nor cuma guna slice cheese yg di carik2kan dan juga tabur sedikit pizza seasoning dan serbuk lada hitam sebelum dibakar... yummy!! Mintak izin ya K.Anim, Nor nak share pulak resipi tu kat sini.. Maceh.. mmmmmuah! :)
FRENCH LOAF WITH CHEESE AND TUNA
by- anymz-mykitchen
sumber: K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
1 batang french loaf(ala yg jual kat supermarket,roti panjang yg keras kematu tu)
1 tin tuna/sardin
1 biji buah tomato di hiris bulat2 nipis
1 sudu teh lada putih/lada hitam
beberapa keping cheese-kali ni akak guna mozarella cheese
butter
Cara:
French loaf di potong bulat2 atau menyerong
Tuna atau sardin di lenyek hancur
Ambil sekeping french loaf yang sudah di potong
Sapu butter di atasnya dan letak tomato
Letak tuna/sardin yang sudah di hancurkan di atas tomato
Tabur serbuk lada putih/hitam
Akhir sekali letak cheese yang sudah di potong kecil2
Sedia untuk di bakar.
Bakar hingga keperang2an.
Dah siap..
Sunday, January 30, 2011
Asam Pedas Ayam ... lagi...
Menu ulangtayang ya.. sbb mudah nak masak dan rasa pun menyelerakan. Siapa2 yg belum pernah guna ayam utk buat asam pedas, try la resipi Ana Wahid ni.. Insyaallah, sedap! Resipi kat SINI ya.. hehe
Siew Pak Choy Bersos Tiram
Hidangan sayur yg sangat mudah disediakan, bahan2 pun simple jer tapi enak dan menyelerakan.. Layan aje la ya, menu ulang tayang ni..
SIEW PAK CHOY BERSOS TIRAM
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
4 - 5 pokok siew pak choy
air secukupnya
beberapa titik minyak
~~~~~
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
3 sudu besar sos tiram
sedikit gula ~ jika suka
1/4 cawan air
sedikit minyak
Kerat siew pak choy dan bersihkan.
Panaskan air dan masukkan beberapa titik minyak (kaedah letak minyak ni utk hasilkan sayur yg segar/hijau lepas dicelur)
Celur sekejap siew pak choy, angkat dan rendam dlm air paip biasa utk hentikan proses celur/masak.
Toskan dan susun dlm piring.
Sos:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga wangi/kekuningan.
Masukkan sos tiram dan sedikit gula.
Bila dah wangi, masukkan air.
Kacau dan masak hingga sedikit pekat.
Tuang atas sayur yg dah dicelur tadi.
Hidangkan panas..
SIEW PAK CHOY BERSOS TIRAM
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
4 - 5 pokok siew pak choy
air secukupnya
beberapa titik minyak
~~~~~
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
3 sudu besar sos tiram
sedikit gula ~ jika suka
1/4 cawan air
sedikit minyak
Kerat siew pak choy dan bersihkan.
Panaskan air dan masukkan beberapa titik minyak (kaedah letak minyak ni utk hasilkan sayur yg segar/hijau lepas dicelur)
Celur sekejap siew pak choy, angkat dan rendam dlm air paip biasa utk hentikan proses celur/masak.
Toskan dan susun dlm piring.
Sos:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga wangi/kekuningan.
Masukkan sos tiram dan sedikit gula.
Bila dah wangi, masukkan air.
Kacau dan masak hingga sedikit pekat.
Tuang atas sayur yg dah dicelur tadi.
Hidangkan panas..
Roti Poket
Salam buat semua.. Meh layan Roti Poket MamaZieza nih.. Dah tengok MamaFami buat, CMGebu pun dah buat. Baru2 ni nampak K.Anim pun buat, tu yg rasa diseru2 nak buat gak. Kebetulan bread crumbs mmg dah sedia ada kat dapur. Tapi bread crumb tu kaler putih bukannya oren cam yg Mama dan lain2 guna.. Tak kisah la kan, jadi gak tau cuma kaler yg terhasil tak sama la dgn org lain.. Janji sedap dan enak udah ler..
Bimbang gak masa nak buat ni, kut2 tak menggelembung atau yg parah lagi, bahagian tepi tu terbukak balik bila time goreng. Tapi alhamdulillah.. semua berjalan dgn baik sekali. Tak terbukak tepi tu dan menggelembung dgn elok. Ada yg gelembung sakan, sampai cam nak meletop jer.. hehe.. Memang sedap makan Roti Poket ni, rangup jer roti tu..
Mama, izin ya, Nor nak share resipi tu kat sini pulak.. Tapi ampun ya Ma, Nor tak buat inti spt dlm resipi, Nor guna inti sardin dan tuna jer.. Tq... :)
ROTI POKET
resipi : MamaZieza
sumber : CMGebu
Bahan:
· Serbuk roti
· Telur
· Mayonis
· Cream cheese
· Lada sulah / lada hitam
· Ayam
· Bawang Besar hiris
· Cili Benggala potong dadu
· Daun salad
· Roti Gardenia jgn lupa..
Roti:
1. Lapiskan dua roti
2. Gelekkan dgn kayu penggelek sampai nipis.. tak der penggelek botol sos pon boleh..
3. Gunakan Acuan bulat (kalau ikut gmbr deme guna tutup thermos, tin pon boleh) utk memotong roti..
4. Celupkan dlm telur n serbuk roti n gorengkan hingga kuning keemasan. Confirm akan menggelembung.
5. Toskan.
Inti
1. Tumiskan bawang
2. Masukkan cili benggala
3. Masukkan ayam n lada sulah/lada hitam
4. Masukkan mayonis & Cream cheese
5. Kacau2.. rasa.. kalu tak cukup garam tambah lah yer..
Cara hidang:
1. Potong 2 roti yg telah digoreng (guna gunting cantik sikit)
2. Letakkan daun salad
3. Masukkan inti yg siap dimasak
Saturday, January 29, 2011
Tenggiri Bersos Plum
Memang dah addicted dgn menu yg satu ni.. Dah pernah masak menggunakan udang, sotong, kali ni buat dengan ikan tenggiri pulak. Rasanya lepas ni nak buat dgn ayam, daging pun boleh kut.. Wahaha.. berbaloi betul try resipi CMGebu ni.. Dari satu resipi dah boleh buat 2 hidangan lain.. Dah la nak masak menu ni mudah, bahan2 pun simple jer. Cuma nak kena ada stok sos plum. K.Nor guna sos plum brand Life.
Mekasih ya Che Mat, dah share resipi yg mabeles ni.. Bukan aje Puding Laici yg dah beranak pinak tp rasanya resipi ni pun bakal beranak pinak gak.. insyaallah..
Nak resipi? Ok.. boleh ajer... sila klik kat SINI ya.. hehe
Tauhu Goreng Ikan Bilis
Resipi hasil skodeng kat rumah Ayu S'pore. Enak diratah begitu sajaaaaa..... Ikan bilis tu K.Nor tak gaulkan sekali dgn bahan2 lain dlm kuali tapi letak atas darat. Maksud K.Nor, bila semua bahan lain dah siap dimasak, hidangkan dlm piring dan tabur jer ikan bilis yg dah digoreng garing tu. Lagi syok makan gitu bila ikan bilis masih terasa garingnya tu.. Apapun terpulang pd selera masing2 ya...
Ayu, izin ya.. nak C&P resipi tu kat sini.. Opss resipi asal dr Ifa.ms MyR.. Thanks to both of u ladies... :)
TAUHU GORENG IKAN BILIS
resipi : Ifa.ms@myresipi.com
sumber : Ayu S'pore
Bahan-bahan ( 4 orang )
Tauhu 4 keping-(Ayu goreng tauhunya dulu jangan sampai garing hanya kuning aje - ketepikan)
Ikan bilis - ikut suka banyak mana
bawang merah 3 biji-(Ayu gunakan 1 biji bawang besar)
bawang putih 2 biji
cili merah 1 tangkai-(Ayu gunakan 10-15 biji cili padi diketuk)
kiub ikan bilis - potong 2
garam secukup rasa
3 sudu minyak untuk menumis
Cara-cara
Hiris bawang merah, bawang putih dan cili merah. Goreng ikan bilis dulu sampai garing. Angkat dan asingkan.
Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dihiris tadi. Kemudian masukkan tauhu. Goreng hingga tauhu kekuningan-kuningan tetapi jangan sampai garing.
Kemudian masukkan garam dan kiub ikan bilis. Akhir sekali masukkan ikan bilis, kacau dan hidangkan.
Friday, January 28, 2011
Projek Tak Gempak
Masih ingat lagi K.Nor pernah citer yg K.Nor duk layan projek yg gitu2 tu 2 minggu lepas? Sebenarnya semuanya dah settle dlm masa seminggu tu jer tp dah terlupa nak masukkan n3 dan paling utama lupa nak shoot. Kebetulan hari duk shoot macam2 td, terus grab projek ku itu utk sama2 posing.
Macam K.Nor kata sebelum ni la... projek tu biasa2 jer, kiranya tak ada apa2 pun nak2 bg org yg dah biasa buat kerja tu. Tapi utk org cam K.Nor yg jarang2 eh.. kadang2 jer buat tu, nak2 kalau bukan musim yg sepatutnya mmg la dah jadi projek mega.. eh.. mega ke? Tak kut.. kalau mini mega mungkin ya.. hehe...
Ni la dia yg duk dilayan selama seminggu tu... Projek mengukis! K.Nor diminta buat Choc Chips oleh sister K.Nor lebih kurang 900pcs. Dia nak buat kenduri aqiqah dan cukur jambul cucu ke 2 dia yg lahir baru2 ni tu. Kalau dah buat, takkan nak buat ngam2 jer sebanyak yg dia nak. Kena la lebihkan.. tau aje la buat kukis bukan time puasa. Mula la satu simpan, satu ngap.. eh... bukan satu ngap, 3 .. 4.... yg dingap. Mana boleh nak tahan nafsu anak2 nak makan kan..tambah pulak mmg kegemaran dia org choc chips kukis ni.
Yg nyebabkan penat teramat tu, maklum ler lepas settle lunch, start la menggodek. Sehari 2 adunan. Sorang2 jer tau.. ada gak anak yg menulung terutamanya Naim. Masa tu Along ke Shah Alam seminggu. Aisyah selalunya balik sekolah lewat dan Luqman pun lebih kurang gak. Tiap2 hari main duk ngadap kukis tu sampai tidur malam lena betul! Penat sgt la tu.. tambah lagi umur dah makin tua kan.. hehe...
Kukis ni akan terbang ke Puchong esok insyaallah.. Semoga selamat tiba dan sipenerima/penempah puas hati ya... hehe...
Nasi Goreng Belacan
Menu lunch hari ni.. Nasi Goreng Belacan, salah satu menu dlm list anak teruna nak makan. Memang nasi goreng kegemaran dia dan yg lain2 gak. Cuma si tukang masak jer la yg tak leh nak hadap sama. Tau aje la kalau dah nama Nasi Goreng Belacan, semestinya letak belacan kan.. Si tukang masak kena diet la dulu utk tghari ni, makan yg ringan2 jer, karang baru godek apa2 yg terasa nak makan..
Jom tengok resipi.....
NASI GORENG BELACAN
resipi : K.Nor @SecubitGaram
Bahan:
2 mangkuk nasi putih (yg telah sejuk)
7 biji cili api hijau (kalau nak lebih pedas guna yg warna merah)
1 labu bawang besar
50 gm udang kering (dibersihkan dan direndam)
belacan sebesar ibu jari
3 ulas bawang putih - diketuk
sedikit serbuk pati ayam
1 bj telur
garam dan gula secukup rasa
Untuk daging goreng:
300gm daging - dipotong kecil2
3 sb kicap
1 sk serbuk kunyit
1/2 sk serbuk lada hitam
sedikit garam dan gula
2 biji telur- dijadikan telur dadar
daun salad, tomato/timun
cili api sebagai hiasan( juga utk menambahkan pedas)
sedikit minyak utk menggoreng daging dan nasi
Daging Goreng:
Panaskan sedikit minyak (lebih kurang 3 sb) dan masukkan daging.
Kacau seketika dan masukkan kicap, serbuk kunyit, serbuk lada hitam, gula dan garam.
Masukkan sedikit air(melitupi daging dalam kuali) dan goreng hingga kering.
Telur Dadar:
Pecahkan 2 biji telur ke dalam mangkuk.
anaskan frying pan, masukkan sedikit adunan telur dan goreng hingga telur masak(kekuningan).
Angkat dan gulung.
Ulang sehingga habis kesemua adunan telur.
Apabila dadar telah sejuk bolehlah dipotong nipis2.
Nasi Goreng:
Blend cili api, bawang besar, udang kering (bersama air rendaman) dan belacan sehingga lumat.
Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak( lebih kurang 3 sb) dan masukkan bawang putih yg telah diketuk. Goreng hingga wangi dan kekuningan.
Masukkan bahan2 yg telah diblend dan goreng hingga kering sedikit dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan telur dan kacau rata.
Masukkan serbuk pati ayam, nasi dan goreng sehingga nasi masak. Hidangkan panas2 bersama daging goreng, telur dadar yg telah dipotong nipis dan daun salad serta tomato/timun. Bagi yg suka makan pedas2 bolehlah diitambah cili api tambahan.
Tahniah Yana & Danial
Alhamdulillah... Dan confirm pun.. Duk tunggu2 dr pagi td nak tengok keputusan secara rasmi. Kalau ikutkan smlm dah dpt tau keputusan bagi Gerbang Cinta Musim Ke 2 tapi biar lah tau secara rasmi dulu dr paper. K.Nor tau bila bukak facebook tengok kat ada yg mengucapkan tahniah pada Yana atas kemenangan dia dan Danial. Terus K.Nor call Yana dan dia beritau ada yg call dia kalau tak silap dr Gerbang Cinta beritau yg dia dah berjaya jd juara.. Yep.. JUARA bagi Gerbang Cinta Musim Ke 2.. Alhamdulillah.. syukur... Tak sangka sungguh dia dpt jd juara sbb kalau ikutkan result kat vote tu dia duk kat tempat ke 3. Memang dah tau yg vote tu cuma bagi 30% jer dr pemarkahan keseluruhan.. Apa pun.. alhamdulillah.. ada rezeki dia dan Danial, tunangnya tu..
Pagi ni cik abg siap beli Utusan lagi (dah bertahun tak beli tau.. hehe) Bila balik terus dia tunjuk.. wahhhh.. so happy!
K.Nor mewakili Yana dan Danial, termasuk seluruh keluarga, terutamanya abg dan SIL K.Nor ( ayah dan emak Yana) mengucapkan jutaan terima kasih pada yg telah sudi mengundi dan mendoakan kemenangan buat Yana dan Danial ni. Hanya Allah juga yg dapat membalas budi dan jasa kalian semua.. Mudah2an perkahwinan yg bakal dia org tempuhi nanti mendapat rahmat dan keberkatan dr Allah Taala dan dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah.. amiin...
*Kalau ikut perancangan sebelum ni, dia org ni nak langsungkan perkahwinan dlm bulan Jun ni. Tapi tak tau la camna skrg ni, kena tunggu pihak penganjur dtg berbincang dulu dgn parents masing2 bagi menetapkan semuanya.. insyaallah...
Cucur Nasi Dgn Udang
Salam pagi Jumaat buat semua...
Dah sarapan ke belum? Kali ni nak tayang menu sarapan pulak. Lebihan nasi smlm digodek2 dan terhasil lah Cucur Nasi Dgn Udang. Dah raaaaaaaaamai yg try buat kan.. rasanya K.Nor mmg dah ketinggalan ketapi ni. Tak per la, better late than never... spekong jap di pagi Jumaat ni..
Resipi K.Nor amik kat rumah Hana dan Hana kata dia amik kat rumah Cikgi Zana. Mekasih buat 2 org cikgu ni. Yg sorang tu tak lama lg akan berkhidmat balik sbg cikgi kat Pahang nun.. Halal ya, nak share kat sini pulak. Opss lupa, resipi asal letak ikan bilis tp K.Nor derhaka sket, letak udang. Lagi syok weh... :)
CUCUR NASI Dgn UDANG (resipi asal Cucur Nasi Ikan Bilis)
sumber: Zana, Hana
Bahan-bahan
1 cwn nasi*
1 cwn air* * diblender..
1 cwn tepung gandum(boleh ditambah jika adunan lembik)
1 biji kentang di sagat/dipotong halus
1 biji bwg besar di hiris nipis or dadu
1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
Ikan bilis ikut selera ~ k.nor gantikan dgn udang
Daun sup/bawang (di hiris halus) jika suka
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng
Cara-cara
Campurkan tepung ke dalam nasi yang telah dikisar.
Campurkan semua bahan2 hirisan, ikan bilis, garam dan gaul sebati
Panaskan minyak n goreng adunan cucur hingga masak.
Cucur ni mmg best jika cicah sambal tumis.
Thursday, January 27, 2011
Spiral Potato With Jalapeno Cheese
Dah lewat ni, mata pun dah kuyu... Tapi sebelum masuk titun nak post n3 terakhir utk hari ni. Tengok tajuk n3 yg panjang2 mula la terasa nak wat short form jer.. haha.. nanti ada yg marah2 lagi tuh..
Sedap bangat tau Spiral Potato bila di makan dgn Jalapeno Cheese ni. Pastu picit pulak mayo.. perghhhh.. enak sih.. Meh nak promote lagi Jalapeno Cheese tu. Sebelum ni K.Nor dah tayang wedges yg dimakan dgn JP dlm n3 NI.. Kalau tak tengok bentuk asal serbuk cheese ni, jap ek.. nak upload gambar dulu.. Sapa2 yg nak merasa JC ni boleh order dgn Ummi's Cheesy House. Kalau tak dpt bukak link tu, add jer nama tu kat facebook. Skrg ni JPC ni cam goreng pisang panas tau.. hehe. sampai tak menang tangan si Ummi duk melayan pertanyaan kat wall dia :)
Jalapeno Cheese Powder
(200gm per pack)
Yummy!
updated: Utk Shida@Vanilla Ice yg tanya camna K.Nor buat spiral potato ni..
K.Nor tak buat cam yg dlm you tube tu ajar, tp guna alat yg kat atas ni. Alat ni dtg sekali dgn set penyagat yg K.Nor beli dulu tu (ada dlm n3 INI). Cara guna cuma cucukkan yg muncung tu ke dlm kentang, tekan sampai ke spiral tu dan pusing holder dia tu. Blade yg leper antara spiral dan holder tu akan hiris kentang tu.. Agak2 faham la ya.. hehe
Butter Prawn .... Yummy!!
Lama betul tak buat Butter Prawn. Kebetulan skrg ni hampir CNY banyak ler udang yg besar2 kat pasar2. Tapi K.Nor tak beli yg besar2 gedabak tu, K.Nor beli yg sedang2 jer. Cukup la tu, tak padan dgn isi dlm poket nak beli yg gedabak tu kan.. hehe..
Plannya tak nak buat jurai2 yg halus sgt tp yg terhasil halus la jugak! Lain kali tak leh guna botol mayo 3 muncung tu dah, kena guna acu roti jala tu jer. Lubang besar sket boleh hasilkan jurai2 yg lebih besar dan cantik sket la.. Tak la halus sgt cam arini nih..
Ada yg berhajat nak buat? Nak resipi? Sila rajinkan jari anda utk klik kat SINI ya... Kat n3 tu ada K.Nor letak tip2 camna nak dptkan jurai2 telur yg halus dan cantik... Slmt mencuba :)
Ikan Goreng Dalam Sos Daun Limau Purut
Ermmm.. ikutkan hati nak buat short from jer tajuk yg panjang berjela tuh.. Kang ada pulak yg bising2.. heeeee.... Tak per la.. K.Nor taip penuh la ya.. Menu hari ni, Ikan Goreng Dalam Sos Daun Limau Purut, menu yg tak puas dimakan. Sedap dibuat dgn apa aje ikan semestinya ikan yg isinya putih la spt ikan talapia, tenggiri, siakap, bawal.. apa lagi ek.. Haa... kalau nak tukar guna udang atau sotong pun sedap. K.Nor dah pernah buat dulu dgn menggunakan udang. Tetap sedap hingga menjilat jari...
Jom tengok resipi Ikan Goreng Dalam Sos Daun Limau Purut, resipi masakan Thai utk menu lunch hari ni..
IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
2 ekor ikan bawa/talapia
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng
Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.
Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.
Strawberry Tiramisu
Alhamdulillah... akhirnya dapat gak mencapai impian nak buat tiramisu. Ni gara2 sorang adik yg begitu baik hati, tau yg K.Nor duk ngidam nak buat tiramisu tp tak ada lady's finger atau dgn nama lain biskut tiramisu. Tak suruh dan tak mintak pun tp dia dgn baik hati belikan utk K.Nor. Dia beli dulu baru dia mintak add K.Nor tau.. Dah tau la tu, kalau tanya memang gerenti K.Nor kata TAK PAYAH kan.. hehe.. Apapun mekasih banyak2 buat Tun yg sudi belikan lady's finger ni buat K.Nor. Sebabkan Tun dah beli biskut ni, tak jadi la K.Nor nak cuba buat lady's finger resipi Dayang tu. Lain kali lak Dayang ya, kalau ngidam lg nak makan tiramisu, insyaallah K.Nor try resipi Dayang tu :)
Disebabkan Tun yg baik hati tu tolong belikan utk K.Nor biskut ni jadi K.Nor dgn rasa happynya mencuba resipi tiramisu Tun, Blueberry Tiramisu. Tapi cam biasa la, suka bab derhaka ni, jd K.Nor tukar ke Strawberry Tiramisu sbb masih ada banyak baki strawberry filling dlm esbok. Seronok betul masa buat tiramisu ni. Along dan Aisyah pun tak sabar2 nak merasa keenakkannya. Bila tiramisu dah set elok2 dlm esbok selama 3 jam lebih.. kita org pun hadap ler.. Ya rabbi.. sedapnyer!!! Jakun betul kan, tak pernah makan tiramisu hihii... Apapun mmg sedap sgt Strawberry Tiramisu ni. Dengan adanya cheese dan jugak biskut tu pastu ditambah lg dgn rasa masam2 filling strawberry... perghhh.. rasanya boleh jer K.Nor hadap 2 cup tu.. hehe.. Tapi tak leh la tamak sgt kan, kesian anak2 pun nak makan gak. Nanti buat lagi sbb biskut ada balance lagi tu..
Now U see it ...................... Now U don't
^_________^
Mekasih ya Tun, dah share resipi tiramisu yg enak bangat! Izinkan K.Nor share kat sini pulak ya... Lagi pun utk mudahkan K.Nor nak buat lagi dan lagi nanti.. insyaallah.. Mekasih daun keladi.. hahaha... Psst.. Tun, sori la ya smlm masa kita sembang akak tak citer dah buat tiramisu ni, saja nak suprisekan Tun pagi ni :)
resipi : Rabiatun
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan untuk syrup: (dapat 4 cup spt di atas)
150 g blueberry (strawberry) filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional
Bahan2 lain:
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ shiffted
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry segar ~ ni Tun tak letak sbb takde stok.
Cara:
1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)
* K.Nor guna whipping cream aje sbb tak ada stok whipped cream, jd K.Nor letak 250 whipping cream
** dlm adunan syrup tu K.Nor tambah 1 sudu kecil gelatin (halalgel) dan panaskan kejap atas api (selepas dah bancuh semua bahan2) tu supaya gelatin tu larut (saja letak nak kasi syrup tu tak cair sgt)
Bahan untuk syrup: (dapat 4 cup spt di atas)
150 g blueberry (strawberry) filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional
Bahan2 lain:
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ shiffted
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry segar ~ ni Tun tak letak sbb takde stok.
Cara:
1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)
* K.Nor guna whipping cream aje sbb tak ada stok whipped cream, jd K.Nor letak 250 whipping cream
** dlm adunan syrup tu K.Nor tambah 1 sudu kecil gelatin (halalgel) dan panaskan kejap atas api (selepas dah bancuh semua bahan2) tu supaya gelatin tu larut (saja letak nak kasi syrup tu tak cair sgt)
*** biskut tu K.Nor celup sekejap dlm air bancuhan nescafe sebelum letak dlm cup
Wednesday, January 26, 2011
F.N.O
Yep, F.N.O.. bukan U.F.O ya anak2... haa... cepat!! Teka apa maksud disebalik tajuk short form ni... Ain (Precious Moments) cepat teka.. Tadi kata nak tau apa lak tajuk n3 K.Nor malam ni kan.. cpt! Masa nak abis nih.. 5... 4... 3... 2..... aikkk tak ada jawapan? Duk garu kepala tak gatal? erkkk ada cik tu tak? hahaha.. cepat... cepat!! tuttttttttttttttt... masa udah abis ya Ain dan anak2 yg lain.. hihihi
Jawapannya....... FAMILY NITE OUT... haha.. Kesian sungguh la duk kena paksa pikir apa la tajuk n3 K.Nor hari ni ya... siap ada yg ingat K.Nor masuk MHI (Malaysia Hari Ini lagi.. Sue & Mokwo.. buat K.Nor dan cik abg tergelak sakan tau hehehe...) Ish... mana ada masuk tivi ler.. Masuk bilik ada laa... ngeeeeeeee.... Masih jauh lagi perjalanan K.Nor nak masuk tivi tu.. Dan tak pernah terlintas pun sampai ke tahap tu.. Daku kan pemalu.. mana ler boleh masuk tivi.. haha.. gerenti lidah kelu dan shaking sepanjang masa kang.. ish... dah jauh melalut ni.. Jom balik ke pangkal jalan.. ^_____^
Family Nite Out ni berlangsung hari apa ek.. kalau tak silap hari K.Nor tayang N3 Nasi Lemak & Sambal Kerang tu.. K.Nor masak Nasi Lemak tu utk lunch jer dan memang dah plan malam tu nak bawak anak2 keluar makan. Kalau nak tau sejak Along balik, tu la 1st time kita org keluar makan sama2. Non stop duk masak, 7 hari seminggu sampai gas abis lebih awal dr jangkaan! haha... Tak per.. demi anak2 tersayang.. opss.. termasuk cik abg gak kan.. hehe
Kita org gi dinner kat Radic Fried Chicken jer. Along yg request nak merasa makanan kat RFC. Masa gi tu dah lepas solat Isyak, menu pun dah tak banyak yg ada. Amik jer la apa2 aje yg ada.. Tak kisah la kan.. Dah rezeki utk kita org camtu.. tak per.. alhamdulillah.. Yg penting, keseronokkan bersama keluarga yg lengkap. Semoga dipanjangkan umur kami semua agar dapat bersama2 lagi menikmati kebahagian berkumpul seperti ini lagi di masa akan datang.. amiin...
M.H.I
Kita main short form lagi kali ni.. tak per kan.. hehehe... Tu bukan Malaysia Hari Ini la.. tapi Menu Hari Ini... Menu yg simple jer sbb tuan rumah rasa tak rajin nak masak yg tak simple.. aci gitu? hehe.. Jom layan mata ya, dgn M.H.I K.Nor yg simple arini tapi sgt2 menyelerakan kita org sekeluarga makan tadi..
Sambal Belacan
C.B.B.S..
Panjang benor nama, aci tak kalau buat short form gitu? hehe.. Apapun nak beritau, TAK RUGI mencuba resipi ni. Manyak2 sedap!! Tambah pulak dimakan panas2, syok abis. Anak2 dah tak sabar nak makan, tak dan nak tunggu sejuk. Lepas keluarkan dr loyang, ingat nak biarkan sejuk. Baru potongan tak berderai. Dek anak2 yg nak makan panas2, terus aje potong. Tak per la berderai sket pun, asal anak2 puas hati dpt makan kek yg masih suam panas ni. Memang enak sungguh, tambah lg bila bila ada combination pisang, coklat dan kacang badam. Dah ramai yg buat kek ni kan tp bg sesiapa yg belum buat tu try la.. Adunan tak banyak tp hasil kek tu besar la jugak.
Resipi kek ni K.Nor ambil kat rumah Rima, sorang yg sangat terror dlm membaking. Tak rugi menerjah rumah dia tiap kali ada entry baru. Hasil baking dia sangat2 cantik terutamanya kek lapis.. Cukup teliti masa melapis, cantik jer..Memang tabik kat Rima ni kalau dia membaking.. Ok Rima, mintak izin ya, K.Nor nak C&P resipi tu kat sini utk rujukan di lain waktu.. Thanks ..
choc chips bahagian atas tu cair disebabkan kesilapan buka api atas masa last minute bakar..
CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARE
source : Rima
source : K.Nor@SecubitGaram
Ingredients
1/2 cup butter - 113g
1 cup sugar ~ dari 1 cup tu k.nor buangkan 2 sudu besar
1 egg
1 tsp vanilla extract
1 1/2 cups mashed banana (about 3 medium bananas)
1 1/2 cups flour
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
1/2 tsp salt - I used 1 tsp since i used unsalted butter
1/4 cup baking cocoa - barry callebaut
1 cup chocolate chips - i used both white and chocolate chips
*tabur almond nibs - ni K.Nor tambah
Method
1. In mixing bowl, cream butter and sugar. Add egg, vanilla, and bananas, beating thoroughly.
2. In a separate bowl, combine flour, soda, baking powder, and salt. Add to creamed mixture and mix well.
3. Divide batter in half. Add the cocoa to one portion of the batter. Spread that portion in the bottom of a greased 9 x 13-inch (I used 9x9) baking dish. Spoon remaining batter on top, swirling gently with butter knife if desired, and sprinkle with chocolate chips.
4. Bake at 170C for 30 minutes or until batter tests done with a toothpick or fork. Cool and cut into 24 squares
Tuesday, January 25, 2011
Daging Rusa Masak Kunyit
Ni dia masakan yg menggunakan daging rusa yg K.Nor masak utk dimakan bersama Bubur Nasi. Sebelum tu nak beritau ya, daging rusa ni bukan hasil buruan K.Nor dlm hutan tp hasil pemberian jiran sebelah rumah tau.. Tak kose nak gi berburu semata2 nak makan daging rusa. Dah la binatang yg dibawah perlindungan, hutan mana la pulak akak nak gi redah tu.. hehe..
Sebelum ni dah pernah makan daging rusa (biasanya dimasak sendiri sbb org bg daging mentah). Sedap sbb dagingnya lembut dan cepat empuk. Urat daging tu halus2 jer cam urat daging kuda. Haa... betul tau, bukan daging rusa jer K.Nor pernah makan, daging kuda pun pernah gak tau. Ingatkan daging kuda keras dan liat tp tak! Urat daging kuda lagi halus, lembut dan manis daging kuda ni. Daging kuda pun pemberian org bukan sembelihan kuda K.Nor hahha.. mana K.Nor ada bela kuda.. Kuda tak kepang ada la.. hihihi... Selain tu daging unta pun dah biasa makan, daging arnab...erkkkk!! oh tidak... tak pernah dan tak tertelan rasanya. Dan tak sanggup nak ku telan andai ku tau itu daging arnab... Eh.. tahun ni tahun arnab kan,UMMI!!! tak ada ang pow lebih ka... hehehehehe
Ok.. berbalik pd masakan kali ni, resipi ni Daging Rusa Masak Kunyit ni K.Nor amik kat rumah HaSue minggu lepas. Kebetulan daging rusa baru jer jiran sebelah bg terus mintak HaSue share resipi dan save resipi tu. Sedap gak daging rusa dimasak gini dan ngam jer bila dimakan dgn bubur nasi td. Kalau boleh meratah ni kan best, tp dek kerana gigi masih baru lg kena tampal tak leh nak makan banyak2.. Izinkan K.Nor share resipi tu kat sini ya Sue.. Mekasih ...
DAGING RUSA MASAK KUNYIT
resipi : HaSue
sumber: K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
600g daging rusa -hiris saiz yang sesuai>*rebus sampai empuk bersama sedikit halia yg dihiris nipis dan sedikit garam,toskan dan simpan air rebusan
2 tangkai cili merah/boleh tambahkan cili padi jika suka
4 inci kunyit*(saiz jari kelingking,kalau yang besar ibu jari tu pandai2 laa ejas ye)
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 cm halia*
2-3 batang serai*
Sedikit belacan(optional)*
Asam keping
1/2 sudu makan serbuk kunyit
Sedikit daun kunyit-dimayang halus
Garam dan perasa/gula secukup rasa
1/3 cawan minyak masak
Cara2:
Bahan2 bertanda * ditumbuk halus. Panaskan minyak masak dan tumis bahan2 bertumbuk tadi sehingga wangi dan kekuningan.
Masukkan serbuk kunyit dan asam keping. Kacau sebati
Masukkan daging rusa yang sudah direbus tadi dan gaul sehingga sebati dengan bahan tumis,perlahankan api dan biarkan seketika. Tambah sedikit sahaja air jika perlu.
Apabila bahan2 kelihatan sudah sebati bersama daging,barulah tambahkan air rebusan, garam,perasa/gula secukupnya.
Renihkan seketika dan taburkan daun kunyit yang dimayang halus untuk aroma jika suka.Sukatan air terpulang kepada masing2 ye..jika suka berkuah boleh lah letak air lebih dan begitu juga sebaliknya.
Jika suka,boleh juga tambahkan sedikit santan pekat dalam masakan. Selamat mencuba!
Bubur Nasi.. Lagi?
Dah petang baru nak tayang menu tengahari. Pagi tadi pun tak letak n3. Ni kerana tuan rumah mmg tak ada kat rumah dr pagi. Masih ingat lagi K.Nor pernah kena sakit gigi pd bulan Dis. tahun lepas.. (baru jer lagi kan... hehe) Pastu dah kena tampal tp tampalan tu hanya sementara jer. Kalau ikutkan dentist tu, K.Nor kena gi semula dan buat tampalan kekal 3 minggu selepas tu tp masa tu ada kat Puchong tak leh nak gi la.. Pastu terus terlupa nak gi sampai la smlm cik abg pulak sakit gigi. Ada satu lubang besar kat gigi gerham atas dia. Doc tu mmg kata tak leh tampal dah, kena buat buang saraf tp cik abg ku tak nak. Dia rela buang jer gigi tu.. ikut dia la kan.. gigi dia.. :)
Jadi pagi tadi bertemankan 'Dentist To Be', K.Nor pergi bertiga ke Klinik Gigi tu. Org tak ramai lg masa tu tp lama pulak masa yg diambil utk sorang2 patient. Selepas gigi K.Nor ditampal, giliran cik abg lak kena cabut gigi dia. Semua settle dlm pkl 11:30 pg. Pastu cam biasa la kalau dah keluar tu, ada la tempat situ sini yg disinggah. Sampai rumah pun dah dekat pkl 12 tghari. Cik abg kata beli nasi bungkus aje la tp K.Nor kata baik buat bubur nasi sbb dua2 mmg tak leh nak ngunyah lagi benda keras2. Lagi pun kalau buat bubur gerenti anak2 akan tumpang bermangkuk2.. mmg semua antu bubur! hehe
Jadi bubur nasi arini bukan utk org sakit demam ke apa tp utk org sakit gigi.. hehe... Mcm biasa kalau buat bubur wajib ada Sambal Ketuk. Ok jer makan sambal ketuk sbb semua bahan2 dah kena blend jd tak la keras pun bilis2 tu. Pastu kebetulan dah keluarkan daging rusa yg duk bertapa kat freezer tu, K.Nor masak la jugak daging rusa tu utk dijadikan peneman bubur nasi. Tapi anak2 jer la yg makan. Kita org amik sket2 jer, nasib baik la daging rusa cepat empuk dan lembut jer. Nanti K.Nor masukkan n3 masakan daging rusa tu ya..
Jom layan mata dgn menu Bubur Nasi org sihat.. :)
Bubur Nasi & The Gang.. Sambal Ketuk dan Daging Rusa Masak Kunyit
Monday, January 24, 2011
Cendawan Goreng...
Hampir 1kg K.Nor beli cendawan kat pasar tani baru2 ni. Semata2 nak buat cendawan goreng dan bagi si anak teruna tu rasa kesedapan cendawan goreng. Dengan menggunakan resipi Cendawan Goreng Hot & Crunchy K.Nor goreng cendawan ni sebanyak 2 hari.. Yer betul... 2 hari berturut!! Semua gara2 kehabisan gas memasak.. Malam semalam dah goreng hampir setengah dr cendawan2 tu tup2 gas habis. Tak sempat shoot sekeping pun gambar masa tu sbb Cik Abg dan Along dah tak sabar2 nak makan. Ingatkan lepas dia org dah kenyang, baru la nak shoot cendawan yg sedang digoreng tu. Bila gas abis, tergendala projek nak shooting. Tak leh nak sambung goreng lagi sbb tong gas spare pun kosong jugak! Adehhh.. punya la terlupa nak order gas sampai dua2 sekali kosong. Rasanya baru sgt lagi tukar gas baru tup2 dah abis. Ni penangan masak banyak sangat la lately.. Awal pg td baru la boleh order gas lain.
Seronok tengok anak2 berebut2 makan cendawan goreng ni. Angkat jer dr kuali, letak dlm pinggan terus licin. Sampaikan yg K.Nor dah siap atur dlm piring pun kena sambar kes tak sempat nak tunggu yg lain masak. Bila dah kena larang jgn amik lg yg dah siap diatur tu baru la boleh shooting. Abis shooting aje, K.Nor pusing masuk dapur, tup2 licin terus yg kena posing tadi.. hehehe...
Makan dgn Jalapeno Cheese pun sedap sgt nih..
Ok la.. jom tengok resipi yg K.Nor guna utk goreng cendawan kali ni. Semestinya menggunakan resipi Cendawan Goreng Hot & Crunchy, hasil olahan resipi Yogurt Fried Chicken dr Love2Cook..
CENDAWAN GORENG HOT & CRUNCHY
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
400 gm cendawan tiram
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cup/bekas yogurt plain
1/2 sudu besar serbuk cili ~ lebihkan jika ingin lebih pedas
1 sudu besar serbuk cili kasar
1 1/3 cawan air
1 sudu kecil garam
minyak utk menggoreng
Cara2:
Siatkan cendawan ikut saiz yg dikehendaki.
Basuh bersih dan toskan. Lapkan dgn paper towel sekiranya ada lg lebihan air pd cendawan.
Bancuh kesemua bahan2 lain kecuali minyak hingga sebati.
Panaskan minyak dgn api yg kuat.
Bila minyak dah cukup panas, celupkan cendawan ke dalam batter dan masukkan dlm kuali.
Goreng hingga masak/garing.
Angkat dan toskan.
Boleh lah dihidangkan dgn sos cili thai atau sos cili kegemaran masing2.
Selamat mencuba :)
* proses menggoreng cendawan mmg perlu menggunakan api yg kuat supaya cendawan tidak menyerap minyak dgn banyak atau lebih dikenali dgn panggilan kembang minyak :)
Sotong Beriani Masam Manis CMG
Hari ni tak ada idea nak mengarang. Badan terasa penat sangat2 kes jogging terlebih sket arini. Ni gara2 tukar port baru utk jogging. Biasa2nya kat tepi Bank Negara tu jer tp pagi tadi jogging kat Jogging Track di TTI.. Jogging track ni mengelilingi tasik buatan yg terletak berhadapan dgn Pusat Konvensyen. Seronok gak jogging situ sbb tak ramai org tp yg tak tahan, trek tu luat sgt. Penat nak mengejar cik abg arini.. Laju bukan main lg dia bila trek tu lengang. Betul2 fenat....
Layan jer la ya, menu lunch hari ni. Resipi yg diangkut dr TiffinBiru sapa lagi kalau bukan CMGebu. Sedap gak masak gini. Sotong yg diguna tu kecik2 jer tu yg nampak banyak. Rempah beriani tu K.Nor guna rempah beriani Batu Pahat mari.. hehe.. Dan cam biasa la kalau tak derhaka tak sah kan.. Ampun ya Che Mat.. K.Nor derhaka sketttttt jer kali ni.. Dan halalkan ya nak panjang2kan pulak resipi tu kat sini.. Mekasih ...
SOTONG BERIANI MASAM MANIS
resipi: CMGebu
sumber: K.Nor@SecubitGaram
BAHAN-BAHANNYA :-)
8 ekor sotong saiz sederhana
1 1/2 camca besar rempah beriani mix "Maggi"
1/2 biji red capsicum, didadu
1/2 biji green capsicum, didadu
1/2 biji yellow capsicum, didadu
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih hiris halus
1 camca besar sos lada hitam
1 1/2 camca besar sos cili thai
Sedikit garam, jika perlu
1/4 cawan air
Hirisan daun bawang, sebagai hiasan
Bawang goreng, sebagai hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
Sotong dibersihkan, buang kulitnya, dawat, muncung dan juga mata. Badan sotong dikelar2 tapi tak putus, buat hingga siap, cuci dan toskan (tak payah kerat kecil2). Gaul dengan rempah beriani mix "maggi", ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan sos lada hitam dan sos cili, kacau rata dan masukkan red/green/yellow capsicum tadi, kacau rata.
Masuk sotong dan gaul rata, tuang air dan masak hingga kuah pekat, rasa dan jika perlu boleh tambah garam. Bila pekat, angkat dan alih dalam bekas sesuai, hias dengan taburan daun bawang dan bawang goreng...Hidangkan segera..
* K.Nor tambah daun kari, hirisan cili padi dan perahan limau nipis
** sotong tu K.Nor goreng dulu sekejap( selepas dah gaul dgn rempah), biar keluar air dulu dan ketepikan.
*** air tu digunakan balik dan tak perlu lagi tambah air lain.
sumber: K.Nor@SecubitGaram
BAHAN-BAHANNYA :-)
8 ekor sotong saiz sederhana
1 1/2 camca besar rempah beriani mix "Maggi"
1/2 biji red capsicum, didadu
1/2 biji green capsicum, didadu
1/2 biji yellow capsicum, didadu
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih hiris halus
1 camca besar sos lada hitam
1 1/2 camca besar sos cili thai
Sedikit garam, jika perlu
1/4 cawan air
Hirisan daun bawang, sebagai hiasan
Bawang goreng, sebagai hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
Sotong dibersihkan, buang kulitnya, dawat, muncung dan juga mata. Badan sotong dikelar2 tapi tak putus, buat hingga siap, cuci dan toskan (tak payah kerat kecil2). Gaul dengan rempah beriani mix "maggi", ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan sos lada hitam dan sos cili, kacau rata dan masukkan red/green/yellow capsicum tadi, kacau rata.
Masuk sotong dan gaul rata, tuang air dan masak hingga kuah pekat, rasa dan jika perlu boleh tambah garam. Bila pekat, angkat dan alih dalam bekas sesuai, hias dengan taburan daun bawang dan bawang goreng...Hidangkan segera..
* K.Nor tambah daun kari, hirisan cili padi dan perahan limau nipis
** sotong tu K.Nor goreng dulu sekejap( selepas dah gaul dgn rempah), biar keluar air dulu dan ketepikan.
*** air tu digunakan balik dan tak perlu lagi tambah air lain.
Potatoes With Jalapeno Cheese
Dah lama betul tak makan wedges yg mcm kat kepCtu. Yg ada cheese Jalapeno tu.. Memang best kan.. 2 minggu lepas masa duk main2 kat FB ternampak ada org tag Ummi Kuantan kalau tak silap K.Nor. Dia tag Jalapeno Cheese Powder.. pastu hati terdetik nak tengok. Dari apa dimaklumkan cheese tu mmg rasanya cam cheese yg diletak kat wedges kepC tu. Teringin la pulak nak mencuba, tawakkal aje la.. mudah2an rasa cheese tu nanti sedap cam yg kat kepC tu..
K.Nor mssg org yg jual JCP tu dan soal la sikit sebanyak ttg produk tu. Lepas tu order dan beberapa hari lepas tu K.Nor terima. Tak susah pun nak prepare JCP tu, cuma bancuh dgn air panas didih dan kacau hingga sebati. K.Nor cuma kacau dgn hand wisk dan kejap jer dah siap utk hidangkan.. Kalau nak elok lagi, biarkan seketika sbb cheese tu masih panas kan.. Pastu picit aje la atas apa pun.. Atas wedges, nugget, sosej.. atas salad pun sedap!
tambah mayo utk menambahkan keenakkannya.. :)
Pada sapa2 yg nak mencuba boleh la contact UmmiZamna ni kat email dia ummizamna@yahoo.com atau cari jer kat FB, Ummi's Cheezy House (Ummi's Cheezy House). K.Nor dah tanya dia dan katanya JCP ni ada sijil halal dr Jakim. Kalau masuk acc FB dia, boleh tengok kat photo, dia ada letak sijil halal tu. Berkaitan dgn harga kena tanya dia ya.. Dan harap maklum, K.Nor tak amik apa2 charge dlm promosi atau jualan JCP tu nanti ya.. Promote cara ikhlas jer nih... K.Nor bukan Along tau, sekadar nak tulung jer... hehe
versi spiral
** K.Nor pun dah repeat order utk Along nak bawak balik ke Jordan nanti..
Sunday, January 23, 2011
Sambal Kerang
Sambal Kerang yg digandingkan dgn Nasi Lemak, menu lunch hari ni. Selamat mencuba bg sapa2 yg ingin mencuba :)
SAMBAL KERANG
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
2kg kerang
3 btg serai ~ diketuk
sedikit garam
3/4 cawan air
Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali.
Panaskan dan tutup kuali.
Biarkan seketika hingga keluar wap dan kacau2 biar sebati.
Tutup lg dgn penutup kuali dan masak seketika lg.
Padamkan api dan toskan kerang.
Kopek kerang hingga habis dan bilas sket utk buang kekotoran dlm kerang dan ketepikan.
Bahan utk sambal:
2 sudu besar cili mesin
3 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1/2 in halia ~ dihirs
1 labu bawang besar ~ dihiris
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
air asam jawa
sedikit garam dan gula
1/2 cawan air
minyak
Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yg dihiris.
Tumis hingga bahan2 kekuningan dan masukkan cili mesin.
Masak hingga pecah minyak dan masukkan bawang besar yg dihiris.
Masak lagi hingga bawang layu dan masukkan kicap dan sos tiram.
Masukkan juga air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
Kacau2 dan biarkan seketika, masukkan 1/2 cawan air.
Biarkan merenih dan masukkan isi kerang.
Masak lagi hingga kuah pekat dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Sedap dimakan dengan nasi lemak dan juga dgn nasi putih.
* K.Nor lebih suka guna bawang besar yg dihiris dr diblend sbb bawang tu berikan rasa manis pada masakan.
Nasi Lemak
Menu hari n, Nasi Lemak. Cam biasa, Trg stail, berlaukkan ikan aya@tongkol. Disamping tu ada tambahan lauk, Sambal Kerang atas permintaan sang teruna yg suka makan kerang. Lagi pun dia mmg lebih suka makan nasi lemak berlaukkan kerang dr ikan aya.
Utk resipi Sambal Ikan Tongkol dan Sambal Kerang, K.Nor akan postkan kemudian. Nak keluar ni, ada hal sket.. ** AlongWaniey.. harap bersabar ya... hehe
updated:
Resipi Nasi Lemak upon request by Wan@KalamHati
NASI LEMAK K.Nor Style
resipi : K.Nor@SecubitGaram
bahan:
3 cawan beras
1/3 cawan santan pekat
air secukupnya
1 in halia ~ dihiris
2 helai daun pandan ~ disimpul
garam
cara:
Bersihkan beras.
Masukkan kesemua bahan termasuk beras dlm periuk.
Biarkan 5 min baru la dimasak (boleh guna rice cooker)
Bila nasi setengah masak, kacau perlahan2 seketika utk mesrakan santan dan bahan2 lain dgn nasi.
Tanak hingga nasi masak.
Biarkan seketika dan switch off rice cooker.
Biarkan dlm 5 min lg, baru la digemburkan nasi.
Sedia utk dihidangkan dgn lauk dan bahan sampingan nasi lemak.
*K.Nor tak nyatakan sukatan air secara tepat sbb sukatan air berbeza bg jenis beras. Sukatan air yg dah dicampur santan tu hendaklah mcm biasa kita menanak nasi.
** K.Nor suka biarkan beras terendam seketika sebelum menanak/memasak nasi. Ini akan buat nasi kita gebu dan sedap dimakan.
~~~~~~~~~ ### ~~~~~~~~~
SAMBAL IKAN TONGKOL@AYA
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
2 - 3 keping ikan tongkol
3 kpg asam keping
garam
air
Masukkan semua bahan dalam periuk.
Sukatan air utk mati air ikan (setengah tempat panggil rebus) hendaklah dilebihkan sket dr paras ikan.
Masaklah dgn api sederhana hingga ikan masak/ air rebusan tinggal separuh dr asal.
Ketepikan (jgn buang air rebusan)
bahan2 lain (utk sambal):
3 sudu besar cili mesin *
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah *
1/2 in halia * (*diblend)
2 sudu besar udang kering ~ ditumbuk halus/blend
1 sudu besar kicap manis
air asam jawa
1 cawan air
air rebusan ikan
1 sudu besar gula
minyak
Panaskan minyak dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga cili garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Goreng lagi hingga kering sedikit dan masukkan udang kering.
Masukkan kicap dan masukkan 1 cawan air.
Masak lg hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa dan air rebusan ikan.
Biarkan merenih hingga sedikit pekat dan masukkan ikan tongkol.
Teruskan memasak, masukkan gula dan tambah garam jika perlu.
Masak lah hingga kepekatan yg disukai.
Boleh lah dihidangkan dgn nasi lemak.