Saturday, January 15, 2011

Asyik2 Roti Jer...

Erkkk... menu roti lg ler...  Asyik2 roti jer kan. Nak buat camna dan tuan rumah suka meroti! Lagi pun kalau meroti, laku kat pasaran nih.. Lagi la seronok.. penat hilang bila tengok apa yg kita buat dingap lepas satu.. satu sambil mulut sorang2 berbunyi.. sedapnyer mak.. bestnyer mak.. ermmm... si tukang meroti pun tersenyum puas hehe


Masih menggunakan resipi Basic Dough, kali ni menjelmakan 2 versi finger bun iaitu Strawberry Finger Bun dan Blueberry Finger Bun. 


Yg ni pulak versi lain sket, Triple Choc Marble Bun. Campurkan sedikit choc emulco pd doh dan uli. Uli sekejap dan letakkan sedikit choc chips dan uli lagi. Doh tak perlu sebati dgn choc emulco tu sbb nak jdkan bentuk marble. Buatkan bulat2 kecik anggaran 30 - 35gm tiap satu dan letak dlm loyang. Buat hingga habis dan biarkan naik 2x ganda. Bila nak bakar, tabur dgn sedikit choc chip pastu terus masuk dlm oven. Bakar la sampai masak. Haaa.. kan ada 3 step letak choc tu kan.. sbb tu diberi nama Triple Choc Marble Bun hehehe.. Sedap tau, Luqman sekali hadap 3 bj walhal baru jer lepas dinner :) Mas, Izah! Tak nak cuba ke? hehe

Nak mencuba resipi Basic Dough ni? Ok.. klik kat SINI . Dah siap doh tu nanti, bentukkan la apa aje yg disukai, bun tabur gula, roti pintal yg ditabur gula or cheese pun boleh.. Gunakan kreativiti masing2 dlm membentuk bun atau roti dgn doh ni.. Insyaallah.. roti yg dihasilkan dgn doh ni sangat gebu dan sedap :)