Tuesday, January 25, 2011

Bubur Nasi.. Lagi?

Dah petang baru nak tayang menu tengahari. Pagi tadi pun tak letak n3. Ni kerana tuan rumah mmg tak ada kat rumah dr pagi. Masih ingat lagi K.Nor pernah kena sakit gigi pd bulan Dis. tahun lepas.. (baru jer lagi kan... hehe) Pastu dah kena tampal tp tampalan tu hanya sementara jer. Kalau ikutkan dentist tu, K.Nor kena gi semula dan buat tampalan kekal 3 minggu selepas tu tp masa tu ada kat Puchong tak leh nak gi la.. Pastu terus terlupa nak gi sampai la smlm cik abg pulak sakit gigi. Ada satu lubang besar kat gigi gerham atas dia. Doc tu mmg kata tak leh tampal dah, kena buat buang saraf tp cik abg ku tak nak. Dia rela buang jer gigi tu.. ikut dia la kan.. gigi dia.. :) 

Jadi pagi tadi bertemankan 'Dentist To Be', K.Nor pergi bertiga ke Klinik Gigi tu. Org tak ramai lg masa tu tp lama pulak masa yg diambil utk sorang2 patient. Selepas gigi K.Nor ditampal, giliran cik abg lak kena cabut gigi dia. Semua settle dlm pkl 11:30 pg. Pastu cam biasa la kalau dah keluar tu, ada la tempat situ sini yg disinggah. Sampai rumah pun dah dekat pkl 12 tghari. Cik abg kata beli nasi bungkus aje la tp K.Nor kata baik buat bubur nasi sbb dua2 mmg tak leh nak ngunyah lagi benda keras2. Lagi pun kalau buat bubur gerenti anak2 akan tumpang bermangkuk2.. mmg semua antu bubur! hehe


Jadi bubur nasi arini bukan utk org sakit demam ke apa tp utk org sakit gigi.. hehe... Mcm biasa kalau buat bubur wajib ada Sambal Ketuk. Ok jer makan sambal ketuk sbb semua bahan2 dah kena blend jd tak la keras pun bilis2 tu. Pastu kebetulan dah keluarkan daging rusa yg duk bertapa kat freezer tu, K.Nor masak la jugak daging rusa tu utk dijadikan peneman bubur  nasi. Tapi anak2 jer la yg makan. Kita org amik sket2 jer, nasib baik la daging rusa cepat empuk dan lembut jer. Nanti K.Nor masukkan n3 masakan daging rusa tu ya..

Jom layan mata dgn menu Bubur Nasi org sihat.. :)

Bubur Nasi & The Gang.. Sambal Ketuk dan Daging Rusa Masak Kunyit