Friday, January 28, 2011

Cucur Nasi Dgn Udang

Salam pagi Jumaat buat semua...

Dah sarapan ke belum? Kali ni nak tayang menu sarapan pulak. Lebihan nasi smlm digodek2 dan terhasil lah Cucur Nasi Dgn Udang. Dah raaaaaaaaamai yg try buat kan.. rasanya K.Nor mmg dah ketinggalan ketapi ni. Tak per la, better late than never... spekong jap di pagi Jumaat ni..


Resipi K.Nor amik kat rumah Hana dan Hana kata dia amik kat rumah Cikgi Zana. Mekasih buat 2 org cikgu ni. Yg sorang tu tak lama lg akan berkhidmat balik sbg cikgi kat Pahang nun.. Halal ya, nak share kat sini pulak. Opss lupa, resipi asal letak ikan bilis tp K.Nor derhaka sket, letak udang. Lagi syok weh... :)


CUCUR NASI Dgn UDANG (resipi asal Cucur Nasi Ikan Bilis)
sumber: Zana, Hana

Bahan-bahan
1 cwn nasi*
1 cwn air* * diblender..
1 cwn tepung gandum(boleh ditambah jika adunan lembik)
1 biji kentang di sagat/dipotong halus
1 biji bwg besar di hiris nipis or dadu
1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
Ikan bilis ikut selera ~ k.nor gantikan dgn udang
Daun sup/bawang (di hiris halus) jika suka
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng

Cara-cara
Campurkan tepung ke dalam nasi yang telah dikisar.
Campurkan semua bahan2 hirisan, ikan bilis, garam dan gaul sebati
Panaskan minyak n goreng adunan cucur hingga masak.
Cucur ni mmg best jika cicah sambal tumis.