f Secubit Garam: Jom Berkenalan

Thursday, January 20, 2011

Jom Berkenalan



Ada sapa2 nak berkenalan dgn K.Nor tak? Tak ada? Takper.. lagi mujur kan.. tak yah teruskan tag ni.. hahaha.. Haishhh... dah kena tag di AmFlora, tokey apam dot dot, tokey cistart.. ermm tokey apa lg ek.. haaaaaa.... tokey kek pisang!! hehehehe.. Am, jgn marah.. kang nanti kek pisang dan apam bantat hehe..

Bab kena tag ni laa yg lemah sket.. Dek menjaga persahabatan alam maya yg dah lama terjalin dgn tokey serba serbi tu, K.Nor tunaikan lah hajat dia nak berkenalan dgn K.Nor.. Kalau jawab ringkas2 aci kan Am... Masa amat mencemburui diriku akhir2 ni.. che
wahhhh... Jom berkenalan dgn K.Nor yg serba kekurangan nih..
Ni gambo utk tag ni kan Am?
Nor amik kat rumah Azlita (thanks Ita)


APAKAH STATUS ANDA


Haa.. tengok dlm gambar tu ya.. tu la status K.Nor, surirumah sepenuh masa. Opis hour 24jam setiap hari tolak time tidur malam jer dlm 6 -7 jam. Masa banyak abis kat dapur, tambah lg bila anak2 semua ada. Lagi banyak masa kat opis yg satu tu, nak tidur mlm pun duk pikir apa menu pagi, tengahari esok.. gini kut nasib full time HW ya.. hehe Selain jawatan surirumah ni, K.Nor ibu kepada 4 org anak2 yg terbaik dan isteri kepada seorang lelaki yg sangat baik hati dan memahami. Penyayang tu sememangnya la kan.. ehem... bang, dah
bodek nih.. agak2 start bulan depan elaun naik tak? Atau boleh tambah toy kat dapur ke... hihihii

CERITAKAN TENTANG DIRI ANDA
K.Nor dilahirkan hampir 44 tahun lepas. Dibesarkan tanpa kasih sorang ibu sejak umur 6 tahun. Mengalami keperitan hidup yg membuatkan diri ni terpaksa berdikari. Sekolah pun setakat SPM jer, tak ada rezeki nak melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi. Pada umur 21 tahun dilamar org, terus dinikahkan atas keizinan ayahanda (ni jodoh org tua yg atur ya.. cinta lepas kawin tau hehe) Kalau dulu 21 tahun tu kira umur sedang elok utk kawin. Kalau zaman sekarang 21 tu kiranya masih muda sgt lagi.. Tak kisah la kawin muda ke apa, skrg ni anak2 dah besar. Dah boleh releks sket la.. Kan untung kawin muda tu.. hehe

K.Nor suka main masak2 terutamanya baking. Yg K.Nor suka buat roti, puding, muffin, kek ... ermm mcm2 lg la... Selain dr memasak, K.Nor gemar gak gubah menggubah, buat kraftangan, menjahit, crosstich, mengait... tp tu dulu la.. skrg ni bakat tu dah berkarat. Haa... satu lg! K.Nor minat main puzzle! Kat dinding rumah ni ada banyak koleksi puzzle yg dibingkaikan. Tapi gambar pemandangan jer..

Ok Am, cukup la bab diri Nor ya.. :)


CERITAKAN TENTANG BLOG ANDA
Blog ni lahir setelah hampir setahun dipujuk suami dan anak dara K.Nor tu. Sebelum ni kan, K.Nor selalu post report (laporan masakan) kat MyResipi, kat forum MyResipi. Jadi suami kata, alang2 dah amik gambo, buat jer la blog. Boleh share ilmu kat situ pulak. K.Nor ni jenis penyegan dan pemalu gak ler. Tak tau nak pot pet apa kat blog. Kalau tak caya boleh tanya Lilydvalley, Izah MyR dan ramai lg la yg selalu pujuk suruh buat blog. Kita org dulu selalu sembang secara conference kat YM. Alasan K.Nor, malu dan tak reti nak pot pet atau ngarang dlm entry. Akhirnya satu hari duk buat kek utk anniversary K.Nor yg ke 21, terdetik dlm hati nak buat blog. Masa tu duk buat bunga dr fondant utk hias kat kek tu. Duk sorang2 kat rumah, mula la senyap2 godek blog sendirian. Buat sket2 akhirnya lahir lah SecubitGaramNor67.blogspot.com. Nama tu lahir hasil idea K.Nor dan diperkenankan penyimpan cop mohor kat rumah ni.. hehehe Pastu dia reka header K.Nor tu dgn tema secubit garam jer dr sebekas yg lebih besar.. ngam kan dgn tajuk blog... :)

Ni kek yg K.Nor buat dulu utk 21st anniversary K.Nor
tarikh blog lahir pun sama dgn tarikh anni.. senang nak ingat kan :)

Tajuk tu dipilih sbb garam bukan aje memainkan peranan dlm masakan juga dlm kehidupan. Org tua2 selalu kata "sapa yg makan garam dulu" Tu tanda pengalaman mustahak dlm kehidupan. Dan dlm masakan pulak tak leh guna lebih garam nanti dpt penyakit lain. Cuba perhatikan dlm kebanyakan resipi, biasanya ada jer dlm bahan2 tu "secubit garam".. haa... kan secubit garam ni penting! so kalau lepas ni tengok mana2 resipi yg perlukan secubit garam tu ingat2 la kat K.Nor atau blog SecubitGaram ni ya.. hehehe (aishhh panjang la pulak.. dah la ttg blog ya...)

APAKAH PANDANGAN ANDA TENTANG DUNIA BLOG
Semua benda ada baik dan buruknya, dlm kata lain ada pro dan ada kontra. Biasa la tu kan. Sesuatu benda tu lazimnya baik tp bila disalah guna jadi lah buruk. Cam dadah gak. Dadah kan ubat bila disalahguna jadi la najis, jadi penyebab kepada kemungkaran dan dosa yg lebih besar. Blog ni banyak manafaat kalau kita pandai guna dan pandai amik kesempatan darinya. Boleh dptkan ilmu dan maklumat, kawan maupun sahabat juga sebagai sumber rezeki. Yg buruknya bila digunakan utk menyebar fitnah, mengutuk dan menghentam org lain. Ada juga yg suka membuka aib org lain dlm blog masing2. Ada yg tumpang sekaki nak cari glamer dgn tayang berita2 yg dpt dr blog lain yg mendedahkan aib org lain. Perbuatan ni kena kita jauhkan. Jangan kerana nak tingkatkan trafik kita sama2 bersubahat menyebarkan aib org lain. Kita dikira bersubahat sama, jd kita sama2 tanggung dosa org yg mula2 buat perkara tak sepatutnya tu.. Masa ni kita tak sedar kita dah menghimpun dosa, nanti bila tiba hari perhitungan kat akhirat sana, tup2 dosa kita bersubahat ni bertimbun2.

Satu lagi, nak berblog, biarlah kita buat cara kita. Jgn ler duk ciplak hasil org lain terutamanya gambar dan artikel. Penat tau bg blogger masakan ni duk masak, hias masakan, amik gambar, edit situ sini, tambah watermark lagi. Bukan sikit masa dan tenaga yg dihasilkan. Dgn semudah Copy & Paste, dah boleh buat satu artikel bg yg suka menciplak ni.. Sedih tau bg K.Nor bila benda ni terjadi. Keciwa pun ada. Ambil sendiri gambar masakan anda, tak kira la blurr ke, tak lawo ke. Kurang2nya anda boleh berbangga dgn hasil tangan anda sendiri bukan dr ciplak hasil org lain.. Ada jugak kes mengambil resipi org lain dan tak bg kredit pd tuan asal resipi. Siap ngaku resipi dia lagi. Bila ditegur oleh tuan resipi asal, masih wat derk jer. Sampaikan ada jugak kes resipi yg dah ditukar nama. Bila dah ditukar nama, jadi lah org tu owner resipi baru tu pulak.. Kecik hati tuan resipi asal... :( (haaa.. kan dah jadi tempat luah perasaan hu hu)


NASIHAT ANDA PADA RAKAN2 YG BARU NAK BUAT BLOG..
Tak reti gak ni nak nasihat org lain.. Tapi kalau baca luahan hati kat atas tu, harap2 dpt la memahami apa yg patut dan tak patut buat ya..

Pada yg nak menjerumuskan diri dlm alam blogging ni, Selamat Datang K.Nor ucapkan. Buat la blog dgn cara yg terbaik, tidak melakukan perkara2 yg tak elok spt mencari musuh dgn blogger2 lain. Kalau kita tak suka kat blog org lain atau n3 org lain, jgn kutuk atau cari pasal. Kena ingat hukum Allah, hari ni kita buat kat org lain, suatu masa nanti kita akan dpt balasan dr NYA balik. Allah biasanya bayar cash tau.. Kita sebarkan ukhwah dlm alam maya ni dgn rasa cinta pada Allah.. Insyaallah ada keberkatannya..


NYATAKAN KEUNIKAN PADA BLOG ANDA
Apa ya? Kat mana uniknya ya? Bab ni, biar la pengunjung atau teman2 yg selalu singgah sini yg beritau. K.Nor tak tau kat mana unik blog K.Nor, kang org kata masuk lif dan tekan sendiri jer nak gi tingkat berapa.. hehe.. haa... nak bg tugasan ni.. sapa yg baca n3 ni, sila nyatakan apa keunikan blog SecubitGaramNor67 ni.. aci gitu? hehe


SAMPAI BILA NAK MENULIS BLOG DAN IMPIAN ANDA DLM DUNIA BLOG
Sampai bila ya.. ermmm.. tak tau sampai bila. Insyaallah selagi terdaya, selagi kerajinan menghapdet tu ada, selagi tu la SecubitGaram ni bernyawa. K.Nor buat blog ni pun sebagai tempat anak2 mengimbau kenangan bila dia org dah dewasa atau tua kelak. Kut2 masa tu K.Nor dah tak ada..Dia org rindu dgn masakan K.Nor ke, boleh la dia org masak balik apa yg pernah K.Nor masak sebelum ni kan. Selagi ada kenangan yg boleh diabadikan kat sini, insyaallah K.Nor letak utk tatapan anak2 serta keluarga mereka dikemudian hari..

Harapan K.Nor, agar SecubitGaram ni dpt memberi manafaat buat yg mengunjung, yg mencari resipi, yg mencari ilmu dan terutamanya memberi panduan buat anak2 K.Nor di masa hadapan..


TAG 5 ORANG YG ANDA NAK KENAL SGT..
ishhhh.. mana cukup 5 org.. nak lebih aci tak? Sebab nak berkenalan dgn ramai ni.. Kalau 5 rasa tak cukup.. aci ya Am hehee... Nak bg sapa ya... Rima, Mas, Hana, Nieza, Ayu S'pore, Yatie, Hazila dah kena dah ni.. Nanti mesti Mas pass kat Izah kan.. hehe.. kita cari target lain.. ermmmm ok2... Ni dia yg kena lak..

1. TTM

Ok dears, buat jgn tak buat homework ni ya... Nak berkenalan sangat2 nih... Nah amik bunga kat bawah ni sebagai hadiah sbb sudi berkenalan dgn K.Nor hehe



Am, dah jelas hutang nih.. fuhhhh... jd panjang la jugak!! Penat sih... Abis sepagi duk ngarang.. huhu... Harap puas hati ya.. dah kenal2 tak dgn Nor? Nak kenal lebih lg? Boleh2... bak sini cistart 300 pcs.. pastu kita sembang sambil ngadap 4 mata.. nak? hehheeh