f Secubit Garam: Kerang Ala Thai

Thursday, January 13, 2011

Kerang Ala Thai

Menu yg diderhakakan dr resipi Daging Merah Ala Thai. Dah acapkali buat menggunakan daging dan pernah gak buat guna ayam.. sentiasa menyelerakan..Kali ni K.Nor masak menggunakan kerang pulak. Hasilnya?? Sangat.. sangat sedap!! Pada antu2 kerang, sila la try masakan ni ya.. :)


K.Nor letak kat sini resipi Daging Merah Ala Thai dan kalau nak guna kerang, tukarkan aje kepada kerang yg dah diperisikan ya..


DAGING MERAH ALA THAI
resipi : Jeezy MyR
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan:
1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)

Cara-cara
Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2.
Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.

*K.Nor suka masukkan daun ketumbar yg dihiris dlm masakan ni dr menggunakan daun saderi atau daun bawang. Sbb daun ketumbar mmg gandingan yg cukup ngam kalau adanya penggunaan sos ikan dan lebih menyerlahkan lagi rasa masakan thai.