Thursday, January 6, 2011

Marble Chocolate Cheese Cake

Dah lama aim nak buat Marble Chocolate Cheese Cake ni. Akhirnya terlaksana gak.. alhamdulillah.. sedap.. Resipi K.Nor ambil kat rumah Yatie, rasanya resipi asal dr K.Liza. K.Nor buat ikut sukatan yg Yatie letak tu, dgn menggandakan adunan utk kek coklat. Bila dah bermalam dlm esbok lg la nikmat kek ni.


Mintak izin ya Yatie, nak share resipi tu kat sini pulak ya.. Mekasih :)

MARBLE CHOCOLATE CHEESE CAKE
sumber : Yatie Memories

Bahan A:
250gm mentega
1 cwn gula halus (gula kastor)
5 biji telor gred A
1/2 cwn serbuk koko *
1 1/2 cwn tepung halus *(saya guna tpng gandum je)
2 sudu kecil baking powder * (bahan * diayak bersama)
1 sudu kecil pewarna coklat/coklat emulco
1/4 cwn susu cair

Bahan B:
250 gm cream cheese
3 sudu besar gula halus (gula kastor)
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telor gred A


Cara-Cara:
Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
Putar mentega dan gula hingga putih.
Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang seli dngn susu cair hingga habis.
Gaul rata dengan spatula. Dah siap ketepikan dulu.
Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
Tuangkan adunan coklat dalam loyang, ratakan.
Tuang pula adunan cream cheese dan ratakan dan buat selang seli hingga habis.
Tuangkan baki adunan coklat(akhir) dan ratakan.
Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.
Cucuk dngn lidi kecil/btng satay untuk test kek dah masak ke belum....kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi.