Saturday, January 1, 2011

N3 pertama 2011



Alhamdulillah.. masih dipanjangkan umur utk berjumpa dgn tahun baru tahun 2011. 2010 dah melabuhkan tirainya semalam. N3 penutup bg SecubitGaram utk tahun 2010 adalah n3 Akhirnya... 1000.. Suatu yg amat manis utk dikenang, bila diakhiri dgn n3 sebegitu. Tak sangka jugak, tak sampai 2 tahun usia SecubitGaram dh dapat mencapai angka 1000 followers Tak nak la bandingkan dgn blog2 lain yg jauh lebih hebat, yg dlm sekelip mata dpt followers ribu riban cam Blog Ben tuh.. hehe SecubitGaram ni pun bukannya happening cam blog Ben, sekadar tayang gambar2 masakan harian yg biasa2 dan gambar2 sekitar kehidupan seharian K.Nor sekeluarga. Apa yg dicapai oleh SecubitGaram ni pun dah jauh dr apa yg K.Nor jangkakan. Yer la, niat menjadi blogger pada awalnya tu hanya sekadar nak kongsi ilmu yg tuhan beri pinjam. Tak ada niat nak cari glamer, cari untung dr iklan atau apa saja maupun cari musuh. Semua dibuat dgn seikhlas hati utk sama2 kongsi ilmu, rasa suka dan duka dlm kehidupan seharian. Alhamdulillah, dah hampir 2 tahun SecubitGaram ni, dpt kenali ramai kenalan alam maya ni. Harap2 bukan setakat berkenalan, bersembang dan bergurau senda di alam maya, bahkan dpt berjumpa dan bersua muka suatu hari nanti.. insyaallah..


Berbalik pd n3 pertama 2011 ni, K.Nor nak ulangtayang Lempeng Pisang Oat. Biar kita mulakan dgn sesuatu yg sihat. Memang bagus makan Lempeng Pisang Oat ni, kaya dgn oat yg sangat bagus utk kurangkan kolestrol dalam darah. Ni salah satu cara utk makan oat selain dibuat bubur atau diletakkan dlm minuman. Insyaallah setiap pagi K.Nor amalkan makan bubur oat. Kalau ada buah2an, K.Nor potong kecik buah2antu dan letak atas bubur oat. Sedap! Malam2 lak, K.Nor bancuh Anlean coklat segelas (tanpa gula atau krimer) dan masukkan 3 sudu besar oat dalam tu. Juga amat sedap! Silalah ya, amalkan makan oats, utk kebaikan kita semua gak ni tau. Jgn duk asyik plus kolestrol jer, kena la minuskan dia gak :)

Kalau nak resipi Lempeng Pisang Oats ni boleh tengok kat sini ya.. Thanks Ummi..