f Secubit Garam: Once A Year Chips

Sunday, January 23, 2011

Once A Year Chips

Tau pasal apa tajuk tu gitu? Ni sebab mmg setahun sekali jer ada keluar arrowhead kat pasaran, iaitu time nak masuk tahun baru Cina. Masa ada ni la perlu rebut peluang rembat arrowhead@buah ngaku ni. K.Nor pernah buat dah sekali tahun lepas kerepek ni. Bimbang gak masa mula2 nak buat, kang tak sedap. Tapi bila dah buat.. perghhhh sedap! Sebab tu sentiasa menunggu tahun baru Cina utk dpt beli lg dan buat lagi kerepek lemak2 ni.


Cukup best dpt mengunyah kerepek ni nak2 time ngadap TV atau time BW.. hehe. tak sedar abis sebekas kerepek. Nak buat mmg leceh sket la bg yg kurang kerajinan tu tp kalau dah biasa buat, insyaallah.. sekejap jer siap. Kena guna kuali yg luas sket permukaannya supaya banyak ruang kita nak letak kerepek tu masa menggoreng. Dgn cara ni baru kerepek tu tak melekat antara satu sama lain. Nak lagi elok, sagat terus atas kuali, biar jatuh kepingan direct atas minyak panas.

Lepas siap goreng tu, toskan kejap dan boleh la dimakan. K.Nor tak letak apa2 dah lepas goreng tu. Bg K.Nor rasa semulajadi arrowhead yg dijadikan kerepek ni dah cukup sedap. Lemak2 dan rasa manis tu dah cukup. Tapi kalau nak tabur garam halus dan pepper sket pun tak per. Terpulanglah pada citarasa masing2.


Ni K.Nor letak resipi Kerepek Arrowhead versi mudah yg K.Nor buat.. Nak tengok buah ngaku@arrowhead ni boleh klik kat SINI

KEREPEK ARROWHEAD
resipi: K.Nor@SecubitGaram

bahan:
ubi arrowhead
salt & pepper ~ optional
minyak utk menggoreng

Kupas kulit arrowhead dan bilas bersih.
Hiris nipis2. Boleh gunakan sagat (yg utk kopek kulit kentang/carrot pun boleh_
Goreng dlm minyak yg panas hingga keemasan/garing.(api jgn terlalu kuat sbb nanti cepat hangus)
Angkat dan toskan.
Sedia utk dingap :)