Wednesday, January 5, 2011

Serupa Tapi Tak Sama


Betul kan, nampak serupa jer gambar 2 ni, tp yg pastinya tak sama. Maksud K.Nor tak sama dr segi nama masakan dan sudah semestinya tak sama rasanya tu. Yg di sebelah kiri tu Lala Goreng Tomyam, menu baru hasil campak2 td manakala yg disebelah kanan tu Lala Masak Serai. Lala Masak Serai ni, resipi yg dah lama K.Nor letak kat MyResipi. Cuma belum pernah jd tayangan amal kat sini jer lagi.

Masa ke pasar pg td, K.Nor beli 2kg lala. Mula2 plan nak buat Lala Masak Serai yg jd kegemaran anak2 tu. Tapi masa duk cuci tu, terfikir nak try resipi lain. Lepas dah masak Lala Masak Serai, K.Nor try la buat yg style baru tu, terhasil lah.. Lala Goreng Tomyam. Alhamdulillah.. not bad gak rasanya. Biasa la kan, apa2 lauk yg tomyam ni biasanya memang menyelerakan.. Jom tengok kedua2 resipi ya..


LALA MASAK SERAI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
1kg lala - dibersihkan dan toskan
5 batang serai - dipotong serong
3 ulas bawang putih - diketuk
1in halia - dipotong panjang
7 - 9 biji cili api - diketuk
3 sb sos tiram
1 biji bawang besar - dipotong bulat
daun bawang/daun saderi
tomato ceri/tomato biasa
garam dan gula utk perasa
3 sb minyak

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan serai serta cili api. Kacau hingga naik bau.
Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan masukkan lala. Kacau sekejap dan tutup kuali. Biarkan lebih kurang 3 minit atau sehingga cengkerang lala berubah warna.
Sekiranya masakan agak kering, masukkan sedikit air. Kacau hingga sebati pastu masukkan bawang besar, tomato dan daun bawang/daun saderi.
Padamkan api dan kacau sekejap dan terus hidang kedalam pinggan. Bolehlah dimakan dgn nasi putih.

~~~~~~~~ 0X0 ~~~~~~~~


LALA GORENG TOMYAM
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1kg lala ~ dibersihkan dan toskan
3 ulas bawang putih ~ diketuk
3 ulas bawang merah ~ dihiris halus
3 sudu besar pes tomyam
1 btg serai ~ diketuk
5 - 7 bj cili padi ~ dibelah 2
3 helai daun limau purut
1 sudu besar sos ikan
1 bj tomato
daun ketumbar
sedikit air
garam dan gula secukup rasa
perahan limau nipis
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan bawang merah.
Tumis hingga wangi dan masukkan pes tomyam.
Masak hingga pecah minyak dan masukkan serai, cili padi, sos ikan dan tomato.
Kacau sebentar dan masukkan lala.
Kacau lala hingga sebati dan tutupkan kuali seketika hingga lala berubah warna dan mengeluarkan air.
Jika terlalu kering, masukkan sedikit air. Jangan terlalu banyak nanti lala akan keluarkan airnya sendiri.
Masukkan garam, gula dan daun limau purut yg dicarik2kan.
Kacau2 lagi dan masukkan jus limau nipis dan daun ketumbar.
Kacau2 dan padamkan api.
Hidangkan panas2.