Friday, January 7, 2011

Siakap Stim 3 Rasa... lagi...

Agaknya org dah jemu tengok K.Nor duk ulangtayang menu yg sama ni kan. Nak buat camna, sbb tuan rumah seisi keluarga suka dgn keenakkan masakan 3 rasa ni. Sesekali buat versi stim tp lebih lebih sedap kalau buat versi goreng. Tapi time minyak masak payah ni elok ler kita masak versi stim kan.. heeeeee.....


Tengok tu, sekali buat 2 ekor ikan siakap! Bukan apa, ikan tu tak besar mana pun. Kang kalau beli yg besar payah nak masuk kuali utk stim. Time stim ikan K.Nor suka guna kuali jer, males nak keluarkan pengukus gedabak tu. Masak 2 ekor ni sekali hadap jer 6 beranak masa lunch kejap td. Alhamdulillah.. sedap!

Spt biasa K.Nor guna resipi Siakap Stim 3 Rasa by Chef Norzailina Nordin. Sapa2 yg nak resipi boleh klik kat SINI ya...