Ingat tak dulu pernah K.Nor post Bendi Bersambal? Dengan menggunakan sambal yg sama (K.Nor buat lebih sambal tu dan simpan dlm freezer) K.Nor goreng pulak dgn terung. Senang kerja akak! hehe.. Ni kes tengok terung yg sebiji (terung panjang) duk merenung nasib diri kat dlm esbok. Sebelum menopos baik masak dulu. Kang tak pasal2 jd habuan cik tong. Dah la sayur mahal skrg ni.. erkkkk!!! silap.. SEMUA MAHAL!!!! betul kan :)
Kaedah buat Terung Goreng Sambal ni mudah aje. Panaskan kuali dan masukkan sambal readymade tu. Kalau kurang minyak kat sambal, boleh la panaskan kuali bersama sedikit minyak. Bila minyak dah panas, masukkan sambal dan goreng hingga naik bau dan masukkan terung. Kacau2 dan biarkan terung masak sket dan boleh la dihidangkan. Rasa la dulu kut2 perlu tambah garam atau gula sket. Tabur dgn daun sup atau daun ketumbar.. siap!! Cepat jer siap satu hidangan kan.. Nak resipi sambal tu boleh tengok kat SINI..