Last enty for tonite.. spekong jap ya... heee..... Lidah dah lari tonasi nya disebabkan kesedapan dan kelazatan Udang Bersos Plum yg K.Nor masak tengahari tadi. Betul tau, tarak tipu punya.. mmg sedaaaaaaaaaaappppp! Memang enakkkkkkkk!! Sapa2 yg ada Sos Plum kat rumah tu sila la buat (terutamanya Ayu yg baru jumpa Sos Plum kat Sabasun tu.. hehe) Memang tak rugi buat resipi ni, menjilat jari tau! Fuhhhhhh.. promosi baekkkkk punya ni! Che Mat, ada komisyen tak? hehehe
Semalam nampak Che Mat publish n3 Udang Bersos Plum ni, terus mintak izin utk copy & paste. Pagi td dlm duk pikir nak masak menu apa utk lunch teringat ada udang dlm freezer yg dibeli smlm masa ke Pasar Chabang 3. Kebetulan sos plum dah ada, capsicum hijau dan merah pun ada, resipi ni menjadi pilihan. Tapi kan.. cam biasa la, kalau tak menderhaka tak sah kan.. Leek tak ada, so tak letak la.. Rasanya tak la lari sgt rasa masakan ni kalau tak letak leek. Lagi satu, K.Nor letak 5 bj cili api utk beri lebih rasa pedas. Jadi la rasanya lebih sedap, masam2 pedas! Memang amat menyelerakan! Jadi dipersilakan la sapa2 yg terliur tu utk menerai masakan Udang Bersos Plum by CMG ni..
UDANG BERSOS PLUM
resipi : CMG
sumber : K.Nor@SecubitGaram
BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang saiz besar
1/2 camca teh lada sulah serbuk
1/2 camca teh serbuk kunyit
Sedikit garam
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang holland, dibelah 6
1/4 biji red capsicum, didadu
1/4 biji green capsicum, didadu
1/4 biji yellow capsicum, didadu
1/2 batang leek, hiris dan rendam
1 camca besar sos cili thai (mat guna jenama "LIFE")
1/4 cawan sos plum (mat guna jenama "LIFE")
Sedikit garam jika perlu
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
Udang dikerat hujung kepalanya, buang kaki dan janggut, cuci bersih, lumur dengan serbuk lada sulah, garam dan serbuk kunyit hingga rata. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
Tinggalkan kurang lebih 2 camca besar minyak dalam kuali yang sama. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masuk sos cili thai dan sos plum tadi, kacau rata dan masukkan udang. Gaul hingga rata.
Tambah red/yellow/green dan leek tadi, gaul dan masak hingga pekat dan sos menyaluti udang. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Masak sekejap dan angkat. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.