Friday, February 11, 2011

Apam Gula Merah

Assalamualaikum semua..

Dah ramai yg menunggu menu sarapan pagi ni ke? Kesian pulak... meh kita sarapan sama2. HaSue!! Dah balik ke? Ni akak serve Apam Gula Merah. Org bg dia Puff Inti Kacang Merah smlm dia tak dtg makan ya.. Lepas ni kalau tak makan yg ni tak ada dah nak bg sarapan lain kali utk Sue ya... hehee


Apam Gula Merah, resipi Yatie si ratu Kuih Talam dab kuih lama yg main kukus2 ni. Cantik jer kalau Yatie buat kuih kukus2.. Bila dah biasa buat, mesti lebih expert kan.. Mintak izin ya Yatie, K.Nor nak share resipi tu kat sini. Derhaka sket ni, K.Nor combine sukatan gula merah tu dgn nisan. Org Ganu mana boleh tinggal nisan sbb rasanya kalau guna gula merah saja kang pahit. Sebab gula merah yg K.Nor ada ni yg timbang punya, nampak gelap sgt kalernya tu. Bila combine ok jer, tak la rasa pahit sgt gula merah tu. Apa pun mekasih ya.. :)

APAM GULA MERAH
resipi : YatieMemories

Bahan A
1 cwn gula merah*
1/2 cwn gula pasir*
1 cwn air*
2 helai daun pandan*(* di masak dan sejukkan)
Bahan B
1 sudu besar yis mauripan
1/4 cwn air suam
1 sudu kecil gula pasir
Bahan C
3 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung beras
1 cwn air
Cara-Cara
Masak bahan2 (A) bertanda* hingga gula larut dan sejukkan.
Bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
Campurkan ke semua bahan C ke dlm mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yg telah sejuk tadi.(Masukkan dlm blender lagi senang)
Gaul sebati dan masukkan bahan C tadi. Gaul sebati, setelah sebati, tutup dan biarkan perap selama 1 jam atau naik 3 x ganda.
Lenserkan loyang dngn sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dlm loyang dan biarkan selama 10 minit.
Kukus adunan selama 40 minit dngn api sederhana kuat.
Biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn pisau tajam dngn cara spt gergaji kedepan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
=Sedap di makan bersama kelapa parut putih yg di gaul dngn sedikit garam.

Jemput Makan...
Nak gi bancuh kopi O seteko jap ya.. :)