Wednesday, February 2, 2011

Ayam Goreng Berempah Serai

Menu yg terhasil dr proses campak mencampak. Mungkin ada persamaan dgn resipi ayam goreng berempah atau ayam goreng serai yg lain. K.Nor tak tengok resipi masa buat tadi, sekadar masukkan apa yg terlintas di kepala jer. Alhamdulillah.. rasa ayam ni memenuhi piawaian kat rumah ni.. hehe




AYAM GORENG BEREMPAH SERAI
resipi: K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1/2 ekor ayam ~ dipotong
3 ulas bawang putih
1 in kunyit hidup
sedikit garam kasar
3 btg serai ~ dihiris
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar cili mesin
sedikit perahan limau nipis/kasturi
2 - 3 sudu air
1 tangkai daun kari
minyak utk menggoreng

Tumbuk bawang putih, kunyit hidup dan garam hingga lumat.
Masukkan serai dan tumbuk lagi (tak perlu lumat sekadar melembutkan serai jer)
Gaulkan bahan tumbuk dgn serbuk kari, cili mesin, perahan limau, air dan daun kari hingga menjadi paste.
Masukkan ayam dan gaul hingga sebati.
Perap sekurang2nya 1/2 jam
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak/garing.
Angkat, toskan dan boleh lah dihidangkan panas2.