Daging Gril Pedas, menu masakan Thai yg jadi hidangan lunch hari ni. Dah ramai yg cuba masakan yg sedap ni.. Bagi yg belum tu, cuba la.. insyaallah tak rugi punya terutamanya bagi mereka penggemar masakan Thai..
resipi : K.Nor@SecubitGaram
250gm daging batang pinang
1 sudu besar kicap
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam yg ditumbuk
Gaulkan semua bahan dan perap selama 30 minit.
Kemudian gril dlm oven atau frying pan hingga masak.
Hiris daging nipis2 dan ketepikan.
5 ulas bawang merah ~ dihiris halus
daun pasli/daun saderi ~ dihiris
daun bawang ~ dihiris
1/2 cawan daun pudina ~ dicarik
2 sudu besar gula
2 sudu besar sos ikan
2 1/2 sudu besar air limau nipis
cili padi (ikut kepedasan) ~ diketuk dan dihiris
letak serbuk cili kasar
Masukkan kesemua bahan dalam sebuah bekas dan gaul sebati.
Masukkan pula daging yg dah dihiris nipis2 td dan gaul hingga mesra.
Rasa lah, biar ada pedas, manis, masam dan masin.
Tabur dgn serbuk cili kasar semasa menghidang.
# nak lagi sedap, masak daging yg ada lemak2 skit. Tp kena ingat guna daging batang pinang aje ya, supaya cepat masak.