Pagi2 gini aci tak tayang dessert? Tak kisah la kan.. Kut2 boleh dijadikan idea utk org lain nak buat gak petang nanti. ehhh.. ada ke yg nak buat? hehe.. Tak per lah... nak tayang gak.
Ok.. Adegan menternak lemak dgn tiramisu. Yer la selagi ada baki biskut tiramisu tu, selagi tu la kena buat tiramisu. Kang payah pulak nak merasa tiramisu bila biskut tu dah abis. Mana nak cekau lagi kat sini. Kat Giant? Tarak ada wooo... Agaknya lepas ni kalau ngidam nak makan tiramisu kena buat kek tiramisu atau kalau terlebih angin rajin boleh la buat biskut tiramisu sendiri. Resipi dah ada Dayang Jack tayang kat blog dia. Sapa2 yg teringin boleh la mencuba ya..
Kali ni K.Nor buat Simple Tiramisu, resipi dr K.E, dah rami yg mencuba kan. K.Nor ambil resipi ni kat rumah Hana di Jepun nun. Mekasih buat K.E dan jugak Hana, mintak izin ya nak share kat sini pulak. K.Nor tak guna kek span tp guna biskut tiramisu dan buat betul2 simple sekadar letak gitu2 jer atas plate. Memang betul2 simple ni :)
SIMPLE TIRAMISU by K.E MyR
sumber: HanaMemories
Bahan-bahan
1 biji sponge kek atau apa2 kek ~ k.nor guna biskut tiramisu
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan
Cara-cara
Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
Satukan gula, cheese dan cream
Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
Potong kek pada 2 bahagian
Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek
then sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek
Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...
warning!! lepas ternak lemak tu jgn lupa minuskan dia dgn bubur oat ya.. baru tak rasa bersalah sgt bila bedal tiramisu.. hehee