Wednesday, February 23, 2011

Mysore Chicken

Assalamualaikum...

Sebelum pergi kepada menu hari ni, K.Nor nak amik kesempatan utk mengucapkan terima kasih pada Pengurus Besar Sykt......... yg telah menalipon pagi td utk menyampaikan permohonan maaf atas perbuatan beberapa org pekerjanya yg telah mengambil gambar dari SecubitGaram (juga blog2 lain yg terlibat) tanpa izin tempohari. Sebelum tu, Hana, AlongRoz dan juga Semah ( hihihi anda tau sapa anda) telah menerima email permohonan maaf dr beliau. Bila K.Nor check mmg ada masuk email tp mungkin ada kesilapan teknikal yg menyebabkan hanya menerima foward email yg K.Nor hantar pd dia org baru2 ni.

Alhamdulillah.. segalanya telah selesai, yg keruh dah kembali jernih. Buat En. Suffian, permohonan maaf tu saya terima dengan ikhlas hati. Bukan niat saya dan teman2 lain nak kecoh2 dalam hal ni tapi sebagai menuntut hak kami kerana dah kerap kali perkara ni terjadi terhadap kami blogger2 masakan. Besar harapan kami agar perkara ni tidak berulang lagi samada dr pihak tuan maupun dari sapa2 saja yg suka amik jalan mudah atau jalan pintas utk menghasilkan sesuatu. (Kalau pihak perlukan apa2, sila beritau ya. Lagipun dah ada alamat email kami kan..) Saya juga mohon maaf andai ada tersilap kata saya dalam email yg dihantar tempohari. Semoga segala apa yg terjadi ni ada hikmah di sebaliknya. Hanya Allah yg mengetahui atas segela sesuatu.. Terima kasih sekali lg dari saya dan suami...


~~~~~~~~ ***** ~~~~~~~


Ok.. semua.. jom balik pada menu hari ni... Yg dah lepas tu, lepas la ya.. kita buka buku baru dgn masakan yg pertama kali dicuba ni. Pada anak tekak K.Nor sekeluarga, Mysore Chicken ni sedap. Ada rasa rempah2 dan pedas2.. Resipi diambil kat dapur baby tukang masak rambut kerinting, nun di Singapura. Tak tau nak masak apa, tak ada idea... gi la geledah dapur Cik Puan Ayu tu.. insyaallah.. ada lah idea nanti.. hehe.. Mekasih Ayu, dah share resipi tu dan cam biasa ya.. Nor nak share kat sini pulak.. Tg :)


MYSORE CHICKEN
sumber : Ayu S'pore
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
11/2kg ayam-dibuang kulitdan potong kecil
2 bawang besar dipotong 2 dan hiris nipis
2 batang cili hijau-dipotong panjang
1 batang cili merah-dipotong panjang
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil kunyit serbuk
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil halia kisar
garam dan serbuk perasa secukupnya
2 cawan air
8 sudu besar minyak
daun ketumbar

Cara:
Campurkan ayam dengan bahan2 (melainkan minyak dan 1 cawan air) di dalam mangkuk besar. Panaskan minyak dan masukkan ayam dan goreng hingga naik bau. Masukkan 1 cawan air lagi tadi, tutup dan biarkan mendidih dengan menggunakan api perlahan hingga ayam kering dan betukar warna brown, kacau sekejap2 supaya tak hangus. Hiaskan dengan daun ketumbar

Sources:-From Zarina Easy Cooking