Saturday, February 12, 2011

Puding Jagung

Assalamualaikum...

Wah.... kurang rajin sungguh nak masukkan n3 arini. Gara2 pangku jawatan menteri pengangkutan yg membuatkan keluar masuk rumah jer hari ni. Masih perlu keluar masuk 3x lg ni. Gini la keadaan bila menteri pengangkutan tak ada kat rumah. Rasanya masih ada kat KL lagi tu, insyaallah malam ni balik ke Tganu la. Penat sih... Bila turun naik, keluar masuk ni..


Utk melayan badan yg letih, meh kita sejukkan anak tekak dgn Puding Jagung. Resipi F&N MyRresipi. Kes nak menghabiskan baki jagung cream yg duk bertapa dlm freezer.

PUDING JAGUNG
resipi: F&N MyR
sumber : K.Nor@SecubitGaram

1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair

Cara-cara
Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.