Thursday, February 17, 2011

Sotong 3 Rasa

Menu yg boleh dikatakan menjilat jari. Masam, manis, pedas dan yg pastinya sedap. Resipi yg diambil dr rumah Periuk Tanah atau puan empunya bernama Raihan kalau tak silap. Dah mintak izin aritu nak copy resipi. Mekasih ya....


SOTONG 3 RASA
sumber: PeriukTanah@Raihan
sumber: K.Nor@SecubitGaram

500 gm sotong sederhana besar- bersihkan, potong ikut citarasa
3 ulas bawang putih dihiris halus
1 labu bawang besar dicincang
5 biji cili api akar-dicincang ***ikut ketahanan pedas
4 tangkai cili merah dibuang biji dan dicincang
1 sudu makan cuka
3-5 sudu makan sos Thai
garam dan gula secukup rasa
minyak masak
sayuran seperti bunga kobis, kacang buncis dan jagung manis-ikut citarasa

Cara membuatnya:

1. Panaskan 5 sudu besar minyak dalam kuali. Goreng sebentar sotong untuk mengeluarkan airnya. Angkat dan ketepikan.
2. Gunakan minyak dan kuali yang sama, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
3. Masukkan cili merah dan cili padi. Kacau sebentar.Masukkan sayuran dan sedikit air. Biarkan sayuran masak sedikit.
4. Masukkan cuka dan sos Thai. Masukkan sotong yang telah digoreng tadi. Perlahankan api dan gaul sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sedia dihidang bersama nasi putih dan lauk-pauk lain.