f Secubit Garam: Sticky Caramel Chicken

Monday, February 21, 2011

Sticky Caramel Chicken

Tak tau nak masak apa hari ni. Blur semacam jer. Tak timbul lagi dah soal geram atau marah cuma tak ada mood. Bila kena keadaan gini mmg boleh menerbangkan mood melayang2 jauh ntah ke mana. Ikutkan hati mmg terasa nak stop blogging. Kecewa dengan kejadian yg tak penah ada titik noktah. Manusia suka mengambil jalan mudah, amik senang atas kepayahan orang lain. Amik jalan pintas yang hanya sekadar C&P yg tak sampai 5 saat sedangkan org yg mengerah tenaga dan masa habiskan berjam2 dari A- Z utk menyiapkan satu hidangan juga satu n3. Peliknya manusia bila melakukan sesuatu tanpa ada rasa bersalah, tanpa pikir halal haram sesuatu yg disuapkan ke mulut anak isteri maupun diri sendiri. Apakah ada keberkatan dari Allah bagi perniagaan atau rezeki yg diperolehi atas jalan salah yg dah dilakukan. Kalau lah masing2 ingat dan percaya sesungguhnya DOSA DAN PAHALA ITU BENAR, PEMBALASAN DI AKHIRAT ITU BENAR, SYURGA DAN NERAKA ITU BENAR.. rasanya tak terlintas dipikiran masing2 nak buat perkara yg tak sepatutnya, kan... haaa.. kan dah jadi sesi luah perasaan ...

Waktu dah hampir pukul 12.00 tghari, masih tak ada idea nak masak apa. Ronda2 situ sini... check balik dalam draf kut2 ada resipi yg pernah disimpan dan boleh dicuba masak.. blur la jugak. Akhirnya masuk rumah Ayu, selongkar dapur dia.. nampak dia buat Sticky Caramel Chicken Wing. Rasanya Che Mat pun buat semalam. Terus copy resipi dari blog Che Mat (sbb lebih cepat, Ayu ada letak 2 versi resipi, in Malay & English) dan masuk dapur. Buat Singgang Pedas Ikan Selar utk dijadikan partner Sticky Caramel Chicken. errkkkk... Dah tukar nama resipi ya... sebab K.Nor tak guna chicken wing keseluruhannya tapi guna 1/2 ekor ayam. Pastu tambah sedikit serbuk lada hitam spt yg Ayu sarankan. Memang kena bg lebih pedas. Lebih pedas lebih sedap kan Ayu :)


Mekasih pada Ayu yg mencetus idea nak masak dan juga mekasih pada Che Mat sbb K.Nor dah kopipes resipi dari TiffinBiru.


STICKY CARAMEL CHICKEN WING
resipi asal : MutiaraAzura MyResipi
sumber: CMGebu & K.Nor@SecubitGaram

BAHAN-BAHANNYA :-)
12 keping kepak ayam (kalau besar kerat dua), cuci bersih dan toskan
2 camca besar minyak masak
3 ulas bawang putih, dititik dengan kulit2nya, tak payah kupas
1 camca besar cincangan halia
1 camca besar sos ikan
1 camca besar kicap
1 camca besar sos cili
7 - 8 camca besar madu

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan kepak ayam, gaul rata dan masak dengan api sederhana selama 5 - 6 minit.
Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap dan tutup kuali. Kacau sekali sekala hingga kepak ayam kelihatan bersalut, masak kurang lebih 15 minit. Biar hingga pekat dan warnanya bertukar perang keemasan. Angkat dan hidangkan...

* K.Nor tambah 1 sudu besar serbuk lada hitam


UPDATED:

Setelah beberapa email yg dihantar oleh Hana, AlongRoz, Izah dan jugak K.Nor.. pihak yg terbabit dah pun amik tindakan dgn mendelete ruangan resipi kat blog tersebut. Alhamdulillah.. sekurang2nya kita org dpt mempertahankan hak kita org. Bukan atas dasar kedekut, sikit pun tidak. Memang menjadi hasrat nak berkongsi ilmu dan kalau nak gambar boleh. Tapi buat lah cara yg betul. Kita org Islam kan.. kena ada adat dan kena berhemah. Mintak izin la dulu.. dah tu, dah amik letak la sumber dan kalau boleh letak la backlink. Dan yg paling penting, jgn sunatkan watermark (ayat org Sedenak hehe) kita org. Bukan sikit masa dan tenaga yg dah dicurahkan utk menghasilkan satu2 resipi dan satu2 entry. Bila dipikirkan rasa cam nak letak gambar yg blurr jer atau tak letak langsung gambar kat n3 masakan. Habis camna org nak tengok dan nak jatuh hati nak buat kan.. Itu lah masalah menghasilkan sebuah blog masakan yg sebolehnya cuba utk menarik minat pengunjung.

Rasanya kalau lah ada permohonan maaf (dgn cara balas email kita org) lagi la elokkan. Sedar atas kesilapan dan mohon maaf.. Harap2 la ada kut selepas ni... Mudah2an lepas ni tak timbul lagi soal curi hasil kerja org lain gini.. Harap2 sangat.. dah penat rasanya melayan perkara yg tak pernah ada titik noktah gini... Dalam doa mmg K.Nor panjatkan agar semua ni tak berlarutan, agar semua selesai dgn cara terbaik. Tak nak la sampai kena saman menyaman, kena naik court... Ok la ya.. mekasih atas sokongan teman2 dan adik2 semua pada apa yg terjadi pada K.Nor dan rakan2 lain.. Semoga org tidak lagi memandang Blog Masakan hanya blog cikai.. blog komang kata org Ganu :) Semoga ikatan antara kita blogger ni bertambah utuh walau kita tak pernah bersua muka.. insyaallah...