Salam...
Mintak ampun ya... tuan rumah tak sempat nak jawab teka teki smlm. Balik dr K.Berang dah agak lewat, ingatkan nak masukkan n3 tup2 ada tetamu dtg rumah sampai ke Maghrib. Lepas tu duk main masak2 Mee Sizzling kat dapur. Habis projek mee sizzling godek pulak puff. Bila siap, PC pulak ada org guna. Last2 lepek dah.. tak larat nak tongkat mata. So pagi ni baru la ada masa nak update kisah tetamu istimewa di majlis pertunangan tu. Sori ya bg yg tertunggu2 jawapan tu..
Sebelum tu nak ucap tahniah pada LOVE yg dah jd pemenang teka teki yg tak berhadiah ni.. hehee.. Tahniah Love, sbb jd org pertama meneka dgn tepat. Memang tajam penglihatan Love sbb gambar tetamu tu kecik jer kan. Seterusnya tahniah juga buat Ummi, Mokwo, K.Rose dan sorang guest tak bernama di kotak shoutbox. Mulanya ptg smlm lepas baca komen2 sebelum jawapan dr Love tu, mmg niat nak besarkan gambar tp tak sempat sbb ada tetamu dtg kat rumah. Tup2 bila bukak balik blog lepas org tu balik, tengok2 Love dah bagi jawapan yg tepat.. Hehe.. Jom la ya, kita tengok gambar2 bersama TETAMU ISTIMEWA DI MAJLIS PERTUNANGAN baru2 ni, iaitu ROS JINTANMANIS
Haaa.... Dah nampak jelas kan.. hehe
Posing istimewa dr Ros utk peminat atau sapa2 yg merinduinya... hehee
Ni lah MIL Ros, yg merupakan adik bongsu pd arwah FIL K.Nor.
Dia lah satu2 yg masih tinggal dlm adik beradik arwah..
Ros sampaikan salam rindu buat semua yg mengenali dan merindui dirinya. Insyaallah Ros akan kembali on air bila line stremyx dah siap di pasang kat rumahnya nanti. Hari ni bermula lah Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ) antara Ros dgn Usop sbb Usop akan kembali ke Jepun utk tempoh lebih kurang 1 tahun lg. Sementara Ros dan anak2 akan menetap di rumah keluarga Ros di NS. Semoga segalanya akan dipermudahkan Allah buat mereka sekeluarga.. aminnn...