f Secubit Garam: March 2011

Thursday, March 31, 2011

Chocolate Souffle

ASSALAMUALAIKUM...

Dah malam baru boleh tayang menu utk hari ni ya.. Tak per la.. dari tak ada langsung kan.. Meh layan Chocolate Souffle. Resipi ni K.Nor ambil dari dapur Ribbon & Circus. Ni lah 1st time K.Nor buat Chocolate Souffle. Subhanallah!! Teramat sedap! K.Nor dah double up adunan yg menghasilkan 4 cup ramekin tapi masih tak cukup! Mana nak cukup, mulut yg nganga ada 5 tapi dibuatnya 4 kan.. Tukang masak kena lah mengalah, mencuri rasa sesudu dua dari anak2.. hehe.. Tak per, ibu kan.. sanggup berkorban apa saja.. Memang kena buat lagi dan lagi la nih.. Memang yummy sgt2. Bahan2 dan cara penyediaannya pun tak susah sangat. Souffle yg dihasilkan sangat moist dan lembut, org tak ada gigi pun boleh layan bermangkuk2.. hihihi..


Terima kasih buat owner Ribbon & Circus dah share resipi yg sedap ni. Insyaallah akan dibuat lagi dan lagi nanti.. Oh ya.. souffle ni sedap dimakan begitu saja tapi kalau dimakan dgn eskrim, laaaaaaaaaaagi la sedap!


Chocolate soufflé {Taken from myrecipes's Individual Chocolate Souffle}
source : Ribbon & Circus
source : K.Nor@SecbitGaram

Ingredients;
Cooking spray ~ K.Nor gris dgn butter jer
4 1/2 tablespoons granulated sugar, divided-next time I'll used fine granualted sugar..
1 tablespoon all-purpose flour
1 1/2 tablespoons Dutch process cocoa-I used unsweetened cocoa powder + a pinch of soda
2 tablespoons fat-free milk
1/4 teaspoon vanilla extract
1 large egg white
1 teaspoon powdered sugar

Preheat oven to 350°.
Coat 2 (6-ounce) ramekins with cooking spray; sprinkle each with 3/4 teaspoon granulated sugar.
Combine 2 tablespoons granulated sugar, flour, cocoa, and milk in a small saucepan over medium heat. Cook 2 minutes, stirring until smooth. Spoon chocolate mixture into a medium bowl; cool 4 minutes. Stir in vanilla.
Place egg white in a medium bowl; beat with a mixer at high speed until soft peaks form. Add remaining 2 tablespoons granulated sugar, 1 teaspoon at a time, beating until stiff peaks form (do not overbeat). Gently stir 1/4 of egg white mixture into chocolate mixture; gently fold in remaining egg white mixture. Spoon mixture into prepared dishes. Sharply tap dishes 2 or 3 times to level. Place dishes on a baking sheet; bake at 350° for 15 minutes or until puffy and set. Sprinkle each soufflé with 1/2 teaspoon powdered sugar. Serve immediately.

** sedikit pesanan dr owner resipi. Kalau nak gandakan adunan utk menghasilkan 4 ramekin, JGN letak 2 sudu besar tepung tapi hendaklah letak 5 sudu kecil sahaja. Kalau letak 2 sudu besar tepung nanti adunan menjadi agak berat.


Cpt nganga mulut! Lambat kang, K.Nor perabis dulu nih.. ^___^


Happy 2nd & Happy 23rd ^___^ (updated)

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulilillah.. dipanjatkan syukur pada Yang Maha Esa atas segala limpah rahmat dan keberkatan dalam kehidupan K.Nor sekeluarga. Hanya Dia sahaja yg layak disembah dan dipuji atas segala-galanya..

Nak tau apa yg 2nd? Dan apa yg 23rd? hehee... Mesti ada yg boleh mengagak kan.. Yg 2nd adalah ulangtahun SecubitGaramNor67.blogspot.com dan yg 23rd adalah ulangtahun perkahwinan K.Nor bersama cik abg tersayang. Betul la tu.. dah 23 tahun dah usia perkahwinan K.Nor.. alhamdulillah...

Gambar pinjam dari Google.. tq..

Kita bercakap tentang SecubitGaramNor67 dulu la ya... Alhamdulillah... dah mencecah usia 2 tahun SecubitGaramNor67 ni. Tak sangka jugak dapat bertahan selama 720 hari ya.. Dengan 1445 followers, 1375 posts dan 702,750 hits... Alhamdulillah... syukur.. Apalah SecubitGaramNor67 tanpa sokongan teman2 semua, adik kakak, bloggers, bukan bloggers, followers, silent readers, pengunjung tetap ke, tak tetap ke.. semua sekali la ya.. Tanpa anda semua SecubitGaramNor67 takkan dapat pergi sejauh ini.. Ditambah lagi dgn hadiah terbaik buat SecubitGaramNor67 bila dilamarJelita April 2011.. Alhamdulillah.. Terima Kasih buat Jelita yg sudi melamar SecubitGaramNor67..

Bermacam suka dan duka bila menjadi blogger kan.. Yg duka kita buang jauh2 dari lipatan memori.. Kita kenang yg baik2, yg indah2 jer.. insyaallah.. Yg paling best bila menjadi blogger ni, dapat menambah kenalan walau secara alam maya. Tak pernah berjumpa, tak pernah bertentang mata, tak pernah bercakap secara life.. yg bercakap hanyalah jari jemari yg mengetuk keyboard.. hehe K.Nor amat menghargai ukhwah yg terjalin sekian lama ni dan doa K.Nor semoga ianya akan terus kembang mekar dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Kalau yg tak pernah berjumpa, mudah2an dapat berjumpa dan bersembang secara live dan yg dah pernah jumpa semoga diizinkanNya utk berjumpa lagi.. insyaallah..

Terima kasih buat semua sekali ya.. yep, SEMUA! Semoga kita dapat meneruskan blogging dengan lebih baik lagi, dgn positif, dgn hati yg ceria.. Tak ada hasad dengki, tak ada iri hati yg memusnahkan diri sendiri. Sama2 lah kita belajar utk menghormati hak org lain dan diri org lain juga.. Jangan lah jadi talam dua tiga muka, suka mengutuk org lain dan tak kurang jugak yg suka jadi batu api. Semua perbuatan ada pembalasannya.. Kena la beringat ya.. Tak guna nak sakit hati dgn org lain.. tak boleh org lain lebih dr diri dia.. Kalau jeles yg positif tak per.. Sekurangnya dapat menaikkan semangat kita utk menjadi yg lebih baik lagi tapi biarlah dgn jalan yg betul.. Adehh.. panjang tazkirah arini ya..hehe Semoga Allah memberikan kekuatan, semangat dan kerajinan utk K.Nor meneruskan blogging ni. Yg mana nawaitu berblogging hanya utk berkongsi ilmu dgn org lain dan utk dijadikan kenangan dan tempat rujukan buat anak2 K.Nor di masa akan datang.. insyaallah..


Ok.. utk yg 23rd tu.. Alhamdulillah.. dah 23 tahun usia perkahwinan antara Nor Azmihah Mohamed dengan Tolahah Muda. Kami menjadi ibubapa yg sangat bertuah kerana dikurniakan 4 org anak2 yg terbaik (tak ada rezeki yg 4 lagi, kalau tak dah jadi 8! hehe) yg sentiasa memberi kebahagian buat kami sepanjang kehidupan berkeluarga ni. Semoga ikatan perkahwinan ini akan terus berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat dan mudah2an juga hingga ke syurga nan abadi... amin...

UPDATED:
Terima Kasih K.Nor ucapkan pada Sofea@K.Fiza MyR yg telah bersusah payah "membakar, mendeco" kek sempena Ulangtahun ke2 SecubitGaramNor67 dan ulangtahun perkahwinan K.Nor dan cik abg yg ke 23. hehehe.. baik hati sungguh! Mekasih ya Pia.. Jadi K.Nor serve kat sini kek tu ya, utk dikongsikan bersama2 yg lain.. Tak larat wehhh nak ternak lemak sorang2.. Meh pakat ternak lemak sama2 ya.. hehehe... Mekasih Pia, cantik kek2 tu.. lain kali bg yg real lak ya.. yg boleh mengenyangkan perut dan bukan kenyang mata aje.. hehe..


Tak lupa mekasih buat pakcik google.. hehe

Dan yg ni hadiah khas dari Lieza. Terima Kasih ya Lieza, siap buat yg spesel utk K.Nor dan SecubitGaramNor67 ni.. Tq.. Tq...



Terima Kasih daun keladi ya Pia & Lieza .. ^_____^



Yg ni yg terbaru K.Nor terima dari Azlita Masam Manis.. Ada lagi rupanya n3 special utk K.Nor dan SecubitGaram.. Hasil belek2 n3 Ita yg lepas2 (terlepas kes baru balik dari KL la ni Ita, jgn marah ya.. hehe) Mekasih Ita atas ucapan dan ingatan special ni.. Semoga ukhwah antara kita berterusan mekar hingga ke akhir hayat... amin... :)

Wednesday, March 30, 2011

Kek Pisang Bercoklat

ASSALAMUALAIKUM..

Baru-baru ni tengok Ayu S'pore buat Kek Pisang Bercoklat ni. Rupanya Ayu seisi keluarga terutamanya ibu Ayu suka benor dgn rasa Kek Pisang Bercoklat ni. Alhamdulillah.. K.Nor pun tumpang happy bila tau hal ni.. Memang Kek Pisang Bercoklat ni rasanya lembut, gebu dan sedap terutama bila adanya coklat yg melted kat dalam tu bila kita makan masa panas2.. yummy sgt!


Sejarah Kek Pisang Bercoklat ni bermula bila Along K.Nor yg bagi idea utk masukkan cooking chocolate dalam kek pisang yg selalu K.Nor buat. K.Nor pun edit la sukatan gula dlm resipi kek pisang tu dah masukkan parutan cooking chocolate dalam adunan kek pisang. Dan hasilnya, kek pisang menjadi sangat2 sedap! Bukan K.Nor sekeluarga aje yg sukakan rasa Kek Pisang Bercoklat ni tapi abg K.Nor dan familinya yg duk Kuantan tu pun suka sgt tiap kali K.Nor buatkan kek ni utk dia orang.. Alhamdulillah.. Anak2 sdara K.Nor tu sentiasa berebut nak bahagian tepi yg garing2 tu.. hehe..

Sekali tu K.Nor terfikir nak share resipi ni kat MyResipi. Alhamdulillah..mendapat sambutan yg sangat baik terutamanya dari K.Chik Perwaja yg juga jatuh cinta dgn rasa Kek Pisang ni.. Rasanya bermula dari situ lah, banyak resipi Kek Pisang dimasukkan coklat dalam adunannya. Ada yg letak chocolate rice, ada yg letak chocolate chips.. Tak kisahlah.. walau menggunakan resipi yg berbeza tapi ilmu sudah dapat dipanjang2kan.. kan... itulah keindahan berkongsi ilmu.. ^___^

Jom tengok resipi Kek Pisang Bercoklat, kek pisang kegemaran anak2 K.Nor terutamanya Along dan Aisyah..


KEK PISANG BERCOKLAT
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
250gm mentega
3/4 cawan gula caster
2 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur gred A
1 cawan pisang yg dilecek
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang

Cara:
Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan tepung.
Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. K.Nor hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang dan gebu. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lg cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup

Terima Kasih & Ayam Mayonis

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. Jutaan terima kasih dari K.Nor buat semua yg menghadiahkan ucapan tahniah atas lamaran pihak Jelita pada K.Nor dan SecubitGaramNor67. Memang tak pernah sangka dan tak pernah menduga K.Nor boleh pergi sejauh ni bila menceburkan diri dlm alam blogging. Semua dgn keizinan Allah jua, jadi padaNya K.Nor panjatkan rasa syukur yg tak terhingga. Alhamdulilllahirabbil a'alamin...

Thank you

Pada teman2 semua, pada pengunjung yg bukan blogger juga, semua sekali K.Nor hargai. Tanpa sokongan anda semua tak mungkin SecubitGaramNor67 boleh mencapai sesuatu yg amat berharga ni. Tq.. Tq.. Tq.. Luv u all *__________^

~~~~~ *** ~~~~~

Ok.. Jom kita balik pada show hari ni.. Ayam Mayonis. Resipi yg K.Nor jumpa hasil gali2 kat SajiOnline. Maklum lah.. dah boring gak rasanya duk masak lauk yang sama. Bila ada free time, K.Nor suka google cari resipi2 yg boleh dicuba. Mana yg rasa memikat mata dan selera, terus save utk mudahkan K.Nor nak rujuk di waktu2 terdesak, tak tau nak masak apa. Tapi jgn lupa, lepas copy resipi, lekakkan juga backlink resipi tu ya... Kang tak pasal2 kena kutuk sbb ngaku resipi org sebagai resipi kita nanti hehe..


Bila ditanya pengkritik masakan tak bergaji kat rumah ni, dia org semua cakap pedas dan sedap! Ada kelainan dalam masakan ni bila diletak mayonis. Gravy dia tu likat dan lemak2 gitu.. Try la bagi sapa2 yg nak mencuba kelainan dalam masakan, tambah lagi bagi penggemar ayam dan jugak mayonis.. hehe.. Selamat mencuba, semoga kena dengan selera :)


AYAM MAYONIS
sumber : SajiOnline
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
600 gm daging ayam - dipotong kecil dan dibersihkan
1 labu bawang besar - mayang
4 ulas bawang putih - mayang
3 cm halia - mayang
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar sos cili
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
7 keping cendawan kering - rendam dalam air panas dan hiris
2 tangkai daun ketumbar - potong 2 cm
3/4 cawan air
1 1/4 cawan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
sedikit perahan jus limau nipis ~ yg ni K.Nor tambah
capsicum hijau & merah ~ yg ni K.Nor tambah

Cara Menyediakan:
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan ayam yang sudah digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kacau hingga rata dan tutup kuali kemudian biarkan hingga ayam empuk. Angkat dan ketepikan. (Ayam digoreng sekadar masak saja, tidak perlu garing)
Buangkan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan cili kisar. Kacau hingga rata dan biarkan hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan bahan-bahan yang dimayang kemudian kacau hingga naik aromanya.
Masukkan air, cendawan, serbuk lada hitam, garam dan gula. Kacau lagi hingga rata.
Masukkan ayam goreng, sos cili serta mayonis kemudian terus padamkan api.
Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan kacau lagi hingga rata. Hidang panas-panas bersama nasi.


Tuesday, March 29, 2011

DiLamar JELITA Juga...

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah... Syukur dipanjatkan pada Allah Taala.. Tak sangka boleh pergi sejauh ni dalam berblogging ni. Tak ada niat dan tak pernah terlintas pun yg satu hari K.Nor atau SecubitGaramNor67.blogspot.com boleh menerjah ke dalam majalah apatah lagi majalah JELITA, sebuah majalah yg gah di Malaysia ni. Kalau dulu2 masa remaja dan masa baru2 memasuki alam perkahwinan, selalu beli majalah Jelita. Suka benor kat ruangan resipi, hantaran, kraftangan dan lain2. Kalau beli tu, mmg jaga dgn elok buku2 tu. Bertahun dlm simpanan pun masih utuh kata org, spt yg baru keluar dr kilang percetakan. Tak ronyok, tak koyak dan masih cam baru dibeli. Bila tengok ruangan masakan, selalu duk tengok nama2 yg gah dalam tu spt Puan Zaidah, Chef Wan dan ramai lagi. Tak pernah terlintas dan tak pernah duk angan pun yg satu hari nanti nama Nor Azmihah Mohamed pun boleh masuk dalam tu! hehe

Cover Jelita April 2011

Sebelum ni Chef Adnan Ibrahim a.k.a CMGebu dah dilamar Jelita, pastu MamaFami dan yg terakhir sebelum ni Ummi Kuantan kan.. K.Nor nak ucapkan jutaan terima kasih buat K.Hanieliza yg menjadi pencetus kepada semua yg berlaku ni. Masa K.Liza call beritau hal ni, tak rasa sangat excited tau. Tak berani nak act lebih2.. kang tak menjadi dan takut pun ada.. hehe.. Jadi lebih baik K.Nor senyap2 jer dulu. Sampai la bulan Febuari baru2 ni Lily contact dan beritau semua hal ni. Dia mintak K.Nor emailkan pdnya gambar2 berserta resipi utk dimasukkan dalam Jelita. Wahhhh.... Masa tu baru kelam kabut nak pilih gambar dan resipi utk diemailkan pada Lily. Pilih gambar yg cantik2 sket dgn resipi yg memikat selera K.Nor sekeluarga pastu edit sket ayat2 kat resipi. Tau aje la, dlm blog resipi yg ditaip ikut selesa jer. Bahasa bercampur2, dgn shortform la.. so kena la edit balik. Pastu kena fikir nak buat yg mana utk slot step by step. Penat tapi seronok. Tak sabar gak nak tunggu hasil yg bakal keluar dalam Jelita kan..

Mana2 gambar dan resipi yg keluar dlm Jelita adalah pilihan pihak Jelita. Kepada tuan empunya asal resipi, K.Nor mohon maaf sbb tak mintak izin dari awal utk gunakan resipi yg dihantar pada JELITA. Tak ada niat langsung nak mengakui resipi org lain tu jadi resipi K.Nor. K.Nor sekadar share@berkongsi resipi2 yg pernah K.Nor cuba dan tak sangka resipi2 tu yg dipilih oleh pihak Jelita. Kepada tuan empunya asal resipi spt Jeezy MyResipi (Kerang Merah Ala Thai, resipi olahan dari Daging Merah Ala Thai), K.Liza (Puding Kiwi, resipi olahan dari Puding Laici), Rabiatun (Tiramisu Strawberi, resipi olahan dari Blueberry Tiramisu), Love2Cook (Raita- Indian Salad), Gert (Mango Panna Cotta) dan Rima (Congo Bars), K.Nor mohon maaf andai ada hati yg tersentuh dan K.Nor mohon halalkan resipi2 yg digunakan ni.

Tak lupa, terima kasih juga buat Cik Abg tersayang yg sentiasa menjadi tulang belakang dlm acara tembak menembak serta buat anak2 yg sentiasa menjadi pendorong K.Nor dalam alam blogging ni.. Sayang semuaaaa.. muuuuuuuuuah!

Jom tengok gambar2 yg dipaparkan dalam ruangan Sajian, Jelita April 2011.




Yg step by step pun ada... :)


Ni adalah hadiah terbaik buat SECUBITGARAMNOR67.BLOGSPOT.COM yg bakal menyambut ulangtahun ke2 blog :)



Opsss... Sebelum terlupa, nak ucap TAHNIAH juga buat Shamsinar@Hana Jepun (ehh.. tak leh panggil mek Jepun dah kan.. dah balik M'sia, dah kembali pegang kapur, mengadap anak2 murid hehe). Serentak rupanya kita keluar dalam Jelita ya.. Ingatkan yg Hana punya keluar bulan Mei.. Takper.. kita happy sama2 ya.. hehe.. Tapi yg bestnyer, resipi Hana keluar banyak!! 9 resipi gitu.. K.Nor punya 6 ajer tapi ada satu the making@step by step! hehe... Watper nak jeles.. Kalau jeles pun jeles yg positif tak per punya... Alhamdulillah.. syukur pada Allah... ^__^






Ayam Goreng Rempah Madu

ASSALAMUALAIKUM...

Bersiaran lewat hari ni.. Mood menghapdet masih belum pulih hehe.. Meh layan Ayam Goreng Rempah Madu, resipi teruna Sedenak nun. Ayam ni K.Nor gandingkan dgn nasi ayam. Dah selalu sgt duk tayang nasi ayam, jadi tayang menu ayam goreng ni ajer la ya..


Halal ya Che Mat, K.Nor nak panjang2kan resipi tu kat sini pulak.. Syok meratah ayam ni, tak makan nasi pun.. :)


AYAM GORENG REMPAH MADU
resipi : CMGebu
sumber : K.Nor@SecubitGaram

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, kerat 4 bahagian, buang kulit*
1 biji lemon, perah jusnya*
1 camca besar garam*(*diperap 20 minit, cuci dan toskan)
2 camca besar madu
2 camca besar kicap pekat
Garam secukup rasa
2-3 camca besar tepung beras

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 camca besar ketumbar
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
2 batang serai, hiris halus
2 biji buah keras
1/2 camca teh lada hitam
3 camca besar santan pekat (atau susu sejat)

CARA MEMBUATNYA :-)
Ayam direbus selama 15 minit. Tos dan sejukkan, stok ayam disimpan untuk kegunaan kemudian nanti. Ayam tadi letak dalam satu bekas.
Satukan madu, kicap dan bahan kisar halus pada ayam, lumur rata dan tambah garam secukup rasa. Perap semalam 12 jam dalam peti sejuk.
Panaskan minyak untuk goreng terendam. Tabur tepung beras pada ayam tadi., gaul rata dan goreng hingga ayam masak dan bahagian luar kuning keemasan. Angkat dan sejukkan. Potong ikut saiz yang anda kehendaki, boleh hidangkan bersama nasi ayam, sambal, dan supnya....

Monday, March 28, 2011

Selamat Pengantin Baru Yana

 ASSALAMUALAIKUM...

Pada hari Sabtu 26 Mac 2011, berlangsung majlis akad nikah Yana dgn Danial di rumah abg K.Nor (ayah Yana) di K.Trg ni. Alhamdulillah, majlis yg diadakan secara kecilan selamat berlangsung dalam cuaca yg panas tapi tak terik sangat. (2 hari sebelum majlis kawasan perumahan abg K.Nor ni dinaiki air termasuk rumah abg K.Nor tapi rumah abg K.Nor tak teruk sgt. Air memenuhi porch kereta dan juga ruang dapur) Acara akad nikah bermula lebih kurang pukul 11.15pg dengan dihadiri keluarga terdekat sebelah abg K.Nor dan SIL, rombongan dari sebelah pengantin lelaki (dari Batu Pahat dan Jelebu) serta jiran tetangga. Majlis hanya dibuat kecilan aje berdasarkan syarat dari pihak penganjur Gerbang Cinta yg mahukan majlis di Kuala Lumpur nanti menjadi lebih grand utk pasangan pengantin yg menjadi juara ni. Jadi tak ada lah makan beradap, bersanding dan lain2. Sekadar acara akad nikah, sarung cincin utk acara membatalkan air sembahyang dan pertukaran barang hantaran. Insyaallah Majlis Persandingan akan diadakan di Kampung Pengantin, Setapak pada minggu depan.


Kepada Yana dan Danial, Selamat Pengantin Baru dari Chu Sekeluarga.. Semoga ikatan perkahwinan ini mendapat limpahan rahmat dan keberkatan dari Allah Taala dan semoga bahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah.. Barakallahulakuma...







Oreo Cupcake

ASSALAMUALAIKUM...

Ermmm.... bila dah bercuti rehat mula lah rasa kurang rajin nak hapdet.. Mood pun hanyut ke dalam longkang, terus ke sungai pastu terus masuk laut tambah2 lagi dgn hujan yg tiap2 hari turun. Adehhhh.. dah bukak blog, tutup balik.. BW kejap, pastu tutup.. haihhhhh.. kemalasan melanda! hehe

Meh la nak tayang Oreo Cupcake yg dibuat minggu lepas. Tak berkesempatan nak masukkan n3 ni sebelum ni. Tak per la ya, gambar tak basi :)


Resipi dari rumah Rima tp dah dialihbahasakan oleh CMG. Jadi nak mudah citer, kang ada pulak yg suruh K.Nor translatekan.. jadi K.Nor amik yg kat rumah Che Mat jer la ya... Mekasih Che Mat dan mekasih jugak buat Rima.. :)


OREO CUPCAKE
sumber : Rima
sumber : CMGebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
2 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.
Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup (jika nak gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2 (mat bakar 15 minit). Sejukkan atas jaringan sebelum dihias atau dihidang begitu sahaja....

Saturday, March 26, 2011

Berehat Seketika

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni tak ada show masak2 ya.. Tuan rumah agak kebizian sket, ada kenduri kawin yg perlu dihadiri @ diuruskan.. Insyaallah.. dah settle semua nanti akan on air balik.. Jumpa lagi..... ^___^


Friday, March 25, 2011

Muffin Yg Mabeles!

Assalamualaikum..

Izahhhh... ooo Izah.. Meh makan mapin! Izah antu mapin kan.. Ni mapin yg sangat2 sedap! Lembut, manis yg sedang2 aje, very the chocolatey dan paling syok bila makan panas2 tu, coklat yg kita cincang tu cair kat dlm mapin tu tau. Yummy!!!
Nampak tak coklat yg cair kat dalam tu.. uishhhh shedap!! :)

Muffin ni K.Nor dah pernah buat dulu, tengok kat SINI. Resipi yg diambil kat dapur Jun JC. Kali ni K.Nor tabur choc chips dan almond nibs kat atas tu.. K.Nor nak letak resipi yg K.Nor dah edit sket kat sini ya Jun.. Tq :)


CHOCOLATE CHUNK MUFFINS
sumber : Jun JC
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2nya:
6 sudu besar butter
4oz (112gm) bittersweet chocolate-cincang (k.nor guna cooking choc biasa)
2 cawan tepung gandum *
1/3 cawan serbuk koko *
1 sudu besar baking powder *
1/2 sudu teh baking soda * (*diayak)
1/2 sudu teh garam
2/3 cawan gula castor
1 1/4 cawan buttermilk/sour cream
1 biji telur A
1 sudu teh esen vanilla
coklat chips dan almond nibs secukupnya ~ utk taburan

Dlm periuk kecil masukkan butter & 1/2 dr coklat, cairkan & ketepikan.
Dlm mangkuk besar campurkan semua bahan kering, kemudian masukkan telur, sour cream atau buttermilk & vanilla kacau rata.
Masukkan coklat cair & lebihan coklat yg dicincang td dan gaul hingga sebati. (jgn overmix)
Tak perlu risau kalu ada lump2 sikit. masukkan dlm muffin pan.
Bakar dlm oven yg suhunya 180C selama 20-25 min

* cara menghasilkan homemade buttermilk:
1 cawan susu segar + 1 sudu besar jus lemon/cuka
kacau2 dan biarkan dlm 10 - 15 minit baru lah digunakan..
** buttermilk juga boleh disubkan kepada yogurt


Thursday, March 24, 2011

Nasi Kuning & The Gang

ASSALAMUALAIKUM...


Nasi Kuning biasanya femes di Tganu jer, tak tau lah kalau dah dikenali di negeri2 lain gak. Nasi Kuning ni tak sama dgn Nasi Kunyit @ Pulut Kuning yg hanya menggunakan beras pulut sepenuhnya. Nasi Kuning dimasak menggunakan beras siam dan dimakan dgn gulai yg sama dgn Nasi Dagang @ Gulai Ikan Aya, Acar Timun Mentah dan Sambal Belacan. Yep, mmg wajib ada Sambal Belacan tau. Sambalnya pulak biasanya diblend jer sbb tu sambal tu cair2 sket. Tukang masak ni buat jer sambal belacan tu tp tak makan pun.. :)


Nak buat Nasi Kuning ni mudah jer, tak perlukan banyak bahan. Jom tengok Nasi Kuning K.Nor Style ya.. ^__^

NASI KUNING
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
4 cawan beras (cawan sukatan rice cooker)
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum cengkih
1/2 labu bawang besar ~ dihirs halus
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1in halia ~ diketuk
2 helai daun pandan
garam
sedikit pewarna kuning
air **
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu minyak

Cara:

Basuh beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Panaskan minyak dan minyak sapi dlm periuk nasi (rice cooker)
Masukkan kulit kayu manis dan cengkih.
Masukkan juga bawang besar. Goreng hingga wangi dan bawang layu.
Masukkan bawang putih, halia dan daun pandan.
Bila bawang putih menjadi kekuningan, masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan pewarna kuning.
Masukkan beras dan biarkan seketika.
Alihkan periuk ke periuk nasi dan masak lah sehingga nasi masak.
Hidangkan bersama Gulai Ikan Aya, Acar Timun Mentah dan Sambal Belacan.

** K.Nor tak letak sukatan air secara tepat sbb sukatan air yg diperlukan biasanya bergantung pd jenis beras yg digunakan. Jadi letaklah lebih kurang cam masak nasi putih ya..

~~~~~~~~ oOo ~~~~~~~~

SAMBAL BELACAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram


3 - 5 bj cili merah
7 - 9 bj cili padi
belacan sebesar ibu jari
1 sudu besar gula
3 biji limau kasturi
sedikit air

Blend cili merah, cili padi belacan dan gula bersama sedikit air.
Masukkan kedalam mangkuk dan perahkan jus limau kasturi.
Kacau hingga sebati dan hidangkan.


Gulai Ikan Aya@Tongkol

ASSALAMUALAIKUM...

Gulai Ikan Aya@Tongkol ni juga dipanggil Gulai Nasi Dagang. Biasanya gulai ni dijadikan lauk nasi dagang, juga dimakan dgn nasi kunyit@pulut kuning. Selain dari tu, ada satu lagi nasi yg biasanya dimakan dgn Gulai Ikan Aya ni iaitu Nasi Kuning. Nasi Kuning ni bukan lah Pulut Kuning atau kat Tganu ni org panggil Nasi Kunyit. Memang ada satu nasi khas yg dinamakan Nasi Kuning sbb warna dia kuning. Tidak menggunakan beras pulut spt pulut kuning sebaliknya guna beras siam jer.



Nanti K.Nor post n3 Nasi Kuning yg K.Nor gandingkan dgn Gulai Ikan Aya ni ya.. Resipi ni adalah versi K.Nor sendiri. Kalau org tua2 dulu dia org tidak tumis rempah2 masa memasak gulai ni. Cara sebenarnya dgn memasak santan hingga pecah minyak dan barulah dimasukkan bahan2 lain spt cili mesin, bahan2 yg diblend spt bawang, halia, lengkuas, kunyit.. Pastu masukkan rempah dll.. Masak cara gini mmg buat lauk gulai ni sedap tapi agak makan masa dan perlukan tumpuan sepenuhnya. Api tak leh kuat dan kena kacau setiap masa santan tu supaya tidak naik kepala. Kalau dah naik kepala mmg fail la gulai ni. Tak sanggup nak berdiri lama sambil mengacau santan, jadi K.Nor amik jalan pintas dgn menumis bahan2nya. Tak per la, tak ori cam gulai nasi dagang, asal rasa sedap ok la kan.. :)


GULAI IKAN AYA@TONGKOL (Gulai Nasi Kuning/Dagang)
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 ekor ikan aya@tongkol
3kpg asam keping
sedikit garam
air secukupnya

Bersihkan ikan aya dan potong.
Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
Air hendaklah melebihi paras ikan.
Masak dgn api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.

Bahan2 kuah:
4 sudu besar cili mesin
7 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1in halia *
1in lengkuas *
1in kunyit hidup * ( * diblend )
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang
2/3 cawan santan fresh/pekat
4 cawan air
air asam jawa
sedikit belacan ~ optional
nisan/gula melaka
garam
sedikit gula
7 - 9 bj cili padi
minyak

Bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yg dah dimasak tadi.
Renih lagi kuah hingga kepekatan yg disukai.
Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.

* ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam2 tu meresap ke dalam isi ikan.
** kalau ada belimbing buluh, boleh lah diletak dlm gulai ni. nanti rasa gulai lagi sedap :)



Wednesday, March 23, 2011

Custard Teacake

Resipi dari dapur Ida 1001Resipi. Dua hari lepas CMG dah buat, smlm HaSue dan Bee pun dah buat. Dah pakat dgn Mas smlm nak buat arini, kan Mas :) Memang lain dari yg lain rasa kek ni. Sedap kek ni disebabkan adanya sos kastard di dalamnya. Kek yg dihasilkan dari 1 adunan ni kecik jer. Kalau banyak mulut yg nak disuapkan boleh la double up adunan tu ya.. Tapi kalau utk testing rasa, boleh aje buat satu adunan tu dulu. opp... Dayang pun dah buat jugak.. ni versi derhaka dr Dayang.. hehehe.. Dan versi dr Rabiatun.. :)


Untuk adunan kastard K.Nor buat 1 1/2 adunan sbb takut tak cukup 1 adunan jer. Alhamdulillah.. sedang elok bila dibuat 1 1/2 adunan. K.Nor guna loaf tin saiz 10.5" x 6". Pastu saja menderhaka sket pd adunan kastard tu, dgn meletakkan pewarna oren dan merah utk menyerlakan kewujudan kastard dlm kek tu.


Mintak izin ya Ida, nak panjang2kan resipi tu kat sini pulak.. Mekasih..

CUSTARD TEACAKE
sumber : Ida 1001resipi
sumber : K.Nor@SecubitGaram

bahan kastard
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu
15g butter
2 sudu teh vanilla

Larutkan tepung kastard dan gula kedalam susu, panaskan hingga mendidih dan pekat.
Masukkan butter dan vanilla...sejukkan...



bahan utk kek:
125g (1/2 cawan) butter
1/3 cawan gula castor
1 biji telor
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung kastard
*k.nor tambah 1/4cawan susu fresh dalam adunan kek.


1) pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur...gaul rata...masukkan tepung (k.nor selang selikan dgn susu fresh) dan gaul rata.
2) guna kek pan yang boleh ditanggalkan di bahagian bawahnya...alas dengan kertas dan gris supaya tidak melekat...
3) letakkan sebahagian kek batter dan ratakan...tuangkan kastard dan kemudian tuang baki kek tadi, ratakan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 30 minit pada 180C...
4) keluarkan dari oven, sejukkan dan taburkan gula icing...

note: doublekan kuantiti jika mahukan kek yang lebih besar...



Singgang Tulang

ASSALAMUALAIKUM.....

Speechless Wednesday ...


SINGGANG TULANG
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Cara:
700gm tulang lembu
air secukupnya
1 labu bawang besar ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dihiris
1in lengkuas ~ diketuk
1/2in kunyit hidup ~ dihiris
3 keping asam keping
1 sudu besar ketumbar ~ ditumbuk
1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk
garam
sedikit gula
1 sudu besar budu ~ optional
5 biji cili padi


Cara:
Bersihkan tulang lembu dan toskan.
Masukkan kedalam periuk dan masukkan air.
Air hendaklah melebihi paras tulang.
Masak hingga daging hampir empuk (gunakan api sederhana supaya isi daging tidak liat/keras)
Masukkan bawang besar, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup, asam keping, ketumbar dan lada hitam.
Renihkan hingga daging empuk.(boleh ditambah air sekiranya kuah tidak mencukupi)
Masukkan garam, gula dan budu (jika suka) serta cili padi.
Masak lg utk seketika.
Sedia utk dihidangkan.


Tuesday, March 22, 2011

Ayam Kalasan Berseri

ASSALAMUALAIKUM..

Yaaa Ummi, ni haaa.. dah buat satu lg resipi Ummi yg dlm Jelita tu.. Sori la ya, Nor derhaka sket. Sket jer, rasanya tak sampai perlu pancung lg kan.. hihi Nor peha ayam totally tapi guna part2 ayam yg lain gak, kecuali tonggeng dan kaki jer yg terkecuali hehe.. Buat 1/2 ekor ayam jer ni, cukup lah utk sekali makan. Sedap, lemak2 dr kelapa parut yg digoreng garing tu menambah kesedapan ayam goreng ni.


Meh kita tengok resipi Ayam Kalasan Berseri, tapi tak se seri Ayam Kalasan yg Ummi tayang dlm Jelita la.. hehe...

AYAM KALASAN BERSERI
resipi : Ummi Kuantan@Jelita Mac 2011
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 cawan kelapa parut
sedikit garam
1/2 cawan air
4 ketul peha ayam, dibuang kulit dan dikelar sedikit (k.nor guna 1/2 ekor ayam)
minyak masak secukupnya

Bahan dikisar kering:
2 camca besar biji ketumbar
2 camca besar biji lada putih

Bahan dikisar basah:
5 batang serai
2.5cm halia
2.5cm kunyit hidup
sedikti air

Cara:
Campurkan kelapa parut bersama garam, air, bahan kisar basah dan bahan kisar kering di dalam periuk. gaul rata.
Masukkan ayam dan rebus ayam hingga lembut dan air hampir kering.
Angkat ayam dan tos.
Tos juga campuran kelapa parut di dalam bekas berasingan.
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga keemasan dan angkat.
Goreng bahan kelapa parut tadi sehingga bertukar keemasan dan rangup tetapi jangan sampai hangus.
Angkat dan toskan.
Hidang ayam goreng bersama serbuk kelapa yg sudah digoreng tadi.

Nota: Istimewanya ayam kalasan ini tidak menggunakan bawang merah atau bawang putih kerana bahan ini akan menghanguskan ayam dan rupannya tidak berseri. Menggunakan kelapa menambahkan lemak goreng ayam.


Buttermilk Berry Muffins

ASSALAMUALAIKUM...

Buttermilk Berry Muffin, resipi hasil dr menggoogle.. Sedap? Mesti lah.. kan sarat dgn buah tu.. K.Nor letak potongan strawberry dan blueberry, buah lebihan masa buat Fruit Pastry Cake aritu. Opss.... sebelum terlupa, buat muffin ni minggu lepas ya... Gambar terperam dlm folder, lupa nak post. So tak yah ngendeng ya.. semua dah licin.. ^__^


Cam biasa K.Nor edit sket tang sukatan gula, so jd lah manis2 buah jer muffin ni. Kalau yg nak mencuba tu, jenis suka manis2 boleh guna sukatan asal ya..


BUTTERMILK BERRY MUFFINS
source : JoyOfBaking
source : K.Nor@SecubitGaram


Bahan:
2 1/2 cawan (325gm) tepung serbaguna ~ k.nor guna tepung gandum
3/4 cawan (150gm) gula castor ~ k.nor letak 2/3 cawan
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonat
1/4 sudu teh garam
parutan kulit dr sebiji oren/lemon (orange/lemon zest)
1 biji telur A
3/4 cawan (180ml) buttermilk*
2/3 cawan (160ml) minyak bunga/sayur
1 sudu teh vanila
1 1/2 - 2 cawan buah berries segar (blueberry, raspberry atau blackberry)

Cara:
Panaskan oven 190C.
Dalam sebuah mangkuk, masukkan bahan2 basah : telur, buttermilk, minyak dan vanila. Gaul sebati.
Dalam mangkuk yg lebih besar, campurkan tepung, baking powder, soda bikarbonat (semua sekali diayak), garam dan orange zest. Gaul sebati dan masukkan buah berries ke dalamnya. (kalau guna strawberry hendaklah dipotong kecil terlebih dahulu)
Kemudian masukkan adunan basah ke dalam adunan kering.
Dengan menggunakan spatula, gaul adunan hingga sebati tp jgn overmix. (muffin biasanya tak boleh terlebih gaul nanti jd keras)
Masukkan ke dalam muffin cup dgn menggunakan sudu atau icecream scoop.
Bakar lebih kurang 20 minit atau sehingga masak.
Ayakkan gula icing ke atas muffin (yg ni K.Nor skip)

* buttermilk:
samada beli yg readymade atau boleh hasilkan sendiri
1 cawan susu fresh + 1 sudu besar cuka/lemon jus
kacau2 sedikit dan biarkan selama 10 - 15min.
sedia utk digunakan.


Monday, March 21, 2011

Ayam Ros Pandan

ASSALAMUALAIKUM...

Ayam Ros Pandan, resipi CMGebu. Sedap, pedas, wangi daun pandan dan daun limau... dan apa lagi ek... ermmm.. cuba sendiri baru tau.. :)


Mintak izin ya Cha Mat, nak share resipi tu kat sini pulak. Mekasih..

AYAM ROS PANDAN
resipi : CMGebu
sumber : K.Nor@SecubitGaram

BAHAN-BAHANNYA :-)
7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
2 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
1 cawan air
1 camca besar gula melaka
2 camca besar bawang goreng
Sedikit gula
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan.

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato merah
7 biji cili merah
2 biji buah keras
1/2 inci halia
1/3 inci lengkuas
1 camca besar sos tomato

CARA MEMBUATNYA :-)
Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal2 (lembap2 jangan garing sangat). Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing. Tuang air dan kacau rata. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecikkan api, Masak hingga pekat.
Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng..